Cermin mata yang ada kesan calar pasti merunsingkan terutamanya bagi orang yang menghadapi masalah rabun kerana ia boleh mengganggu penglihatan.
Bagi mereka, cermin mata dianggap sebagai ‘nyawa’ untuk menerangi penglihatan yang kabur. Malah mereka juga boleh hilang mood kalau cermin mata tersalah letak, rosak atau ada kesan bercalar.
Sebaik mungkin pasti anda terutamanya yang menghadapi masalah rabun ini ingin memastikan agar cermin mata sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi dengan penularan COVID-19 ini, seboleh mungkin kita ingin mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan kekerapan untuk keluar rumah.
Namun ada ketikanya walaupun sudah menjaga cermin mata dengan baik, secara tidak sengaja anda telah merosakkannya hingga cerminnya bercalar.
Sebelum anda ingin mengambil keputusan untuk menukar ke cermin mata yang baharu, apa kata anda buat tiga cara mudah ini untuk settlekan kesan calar masalah ini.
Dengan kebenaran sumber asal bernama Rosie Zam, cara beliau ini boleh juga anda gunakan pada cermin jam tangan yang bercalar.
Artikel berkaitan: Membersihkan Lampu Hadapan Kereta Gaya Bajet Dengan Ubat Gigi
Artikel berkaitan: Hanya Gosok 5 Minit, Kesan Hitam Pada Seterika Kembali Bersih Guna Ubat Gigi Je!
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
3 langkah settle kesan calar:
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Cuba tau.
#tipsrosie
Subscribe & tonton video di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=11s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI