Kesan Buruk Yang Anda Akan Alami Jika Makan Pil Tahan Sakit Untuk Demam

Share

Pernah tak anda mengalami demam yang agak teruk dan susah nak kebah. MASKULIN rasa pastinya ramai lelaki di luar sana pernah mengalaminya. Demam boleh berlaku di atas banyak sebab dan biasanya bila demam badan kita akan panas dan sakit badan.

Bak kata orang tua demam yang membuatkan kita sakit urat dan menggigil kesejukan. Mungkin pada awal peringkat demam kita akan mengambil ubat biasa seperti Paracetamol untuk mengurangkan demam tersebut.

Namun demam juga boleh membuatkan kita menjadi bertambah teruk seperti sakit kepala, sakit tekak, loya dan muntah. Bila perkara ini berlaku ada orang yang mahu ambil jalan singkat dengan membeli dan memakan ubat tahan sakit atau lebih dikenali sebagai pain killer.

BACA: Diet & Elak Makanan Bergula, Ini Langkah Mudah Kurangkan Ketaguhan Gula

Tapi tahukah anda menggunakan pil tahan sakit tanpa preskripsi doktor sangat merbahaya? Dr Khariul Faizie Mohammad Kamar yang sebelum ini sering melakukan perkongsian berguna tentang kesihatan umum telah membuat satu posting menarik tentang perkara ini.

Jelasnya, pil tahan sakit merupakan sejenis ubat NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs) yang boleh meninggikan risiko atau komplikasi buruk kepada penggunanya.

RISIKO & KOMPLIKASI

Antara risiko yang merbahaya ialah PERDARAHAN, terutamanya pendarahan pada bahagian usus. Dan kedua hepatotoxicity atau KEROSAKAN HATI.

Sekiranya demam anda semakin teruk dan tidak kebah dalam tempoh lama mungkin sebenarnya anda alami demam denggi. Oleh itu segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan rawatan.

Dan jika adan hanya demam dan sakit kepala ubat yang paling selamat ialah paracetamol. Ia berfungsi sebagai ubat untuk menurunkan suhu badan yang panas dan mengurangkan sakit. Untuk lebih cepat sembuh anda juga dinasihati untuk minum air yang mencukupi.

Perasan tak bila demam doktor juga akan berikan antibiotik. Menurut Dr Khairul Faizie lagi, antibiotik sebenarnya tiada fungsi. Ia bukan untuk melawan jangkitan virus tetapi untuk bakteria.

Jelasnya lagi antara ubat tahan sakit jenis NSAIDS yang perlu anda elak sekiranya demam yang mempunyai simptom atau suspek denggi ialah;

  • Ponstan
  • Ibuprofen
  • Voltaren
  • Synflex
  • Celebrex
  • Arcoxia

Semoga perkongsian dari Dr Khairul Faizie ini boleh membantu anda semua untuk kesihatan yang lebih baik.

Kredit: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Published by
Farizul Izwany