Gaya Hidup

Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri. Memang Nikmat Tapi Awas!

Share

Bila cuaca panas memang nikmat kalau dapat tidur menghadap kipas. Lebih-lebih lagi bila buka kipas dengan kelajuan yang maksimum, boleh buat tidur makin lena.

Tapi awas! Jika anda tidur menghadap kipas maka anda harus menghentikannya sekarang kerana perbuatan ini sebenarnya boleh merbahayakan diri.

Menurut The Sleep Advisor, tidur menghadap kipas yang terbuka untuk membuatkan bilik lebih sejuk dan segar boleh mengundang debu dan habuk. Ia tidak bagus lebih-lebih lagi jika anda mengalami alergi, asma atau demam.

Cuba periksa kipas di bilik anda. Jika ia mengumpul habuk pada bilah kipas, zarah-zarah tersebut mudah terbang melalui udara setiap kali anda menghidupkannya.

1. Gangguan pada pernafasan

Kipas angin berfungsi untuk menggerakkan udara tanpa dijamin udara yang dihasilkan adalah udara yang bersih atau sebaliknya. Masalah akan menjadi lebih teruk jika bilah kipas angin anda tidak dicuci dan dipenuhi dengan habuk. Ini secara tidak langsung memberi potensi udara yang tidak bersih disedut ke dalam salur pernafasan sepanjang anda tidur. Apabila habuk, kuman atau sebagainya disebarkan, ini boleh mengganggu penafasan terutamanya bagi pesakit asma atau anda yang mengalami batuk.

2. Penyakit bell palsy

Ia merupakan penyakit kelumpuhan di bahagian wajah di mana akan terasa sukar untuk senyum dan ketawa. Jika setiap malam wajah anda tertumpu pada kipas, ini akan menyebabkan keadaan saraf wajah menegang kerana menerima suhu yang sejuk sepanjang malam berbanding tubuh-tubuh yang lain.

3. Tubuh kekurangan oksigen

Angin yang terhasil daripada putaran bilah kipas yang dihadapkan ke wajah akan menghalang proses pernafasan yang normal. Didapati jumlah gas oksigen berkurangan bahkan gas karbon dioksida pula akan meningkat kesan daripada putaran pengudaraan tidak baik di sekitar wajah.

4. Kulit menjadi kering

Menurut kajian, tubuh akan mengalami kekeringan disebabkan udara sejuk menyerap air dalam tubuh. Jika setiap malam anda tidur menghadap kipas, kelembapan tubuh akan menurun dan mendorong untuk menjadi hipotermia. Dengan keadaan ruang yang terlalu sejuk juga memberi kesan yang sama pada kulit. Lantas apabila anda terlalu lama menggunakan kipas angin yang menghadap ke wajah menyebabkan efek kekurangan air terjadi pada kulit muka.

Tip menggunakan kipas angin secara sihat

1. Pastikan anda sentiasa bersihkan bilah-bilah kipas untuk pengudaraan yang lebih bersih tanpa habuk.

2. Jangan gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau bilik yang tidak memiliki sistem pengudaraan udara yang baik.

3. Jangan hadapkan kipas angin tepat pada wajah anda kerana ia akan sangat mempengaruhi jumlah oksigen dan karbon dioksida yang ada di sekitar wajah.

4. Jangan halakan kipas angin pada satu arah sahaja, sebaliknya biarkan kipas angin itu berpusing ke kiri dan ke kanan.

5. Jangan gunakan tahap kelajuan yang maksimum tetapi cukup sekadar menggunakan kelajuan sederhana.

Published by
Roselinda