MASKULIN yakin ramai di antara anda mesti akan luangkan sedikit masa menggunakan telefon pintar sebelum tidur dalam keadaan berbaring.
Kalau sekejap itu biasanya tak mendatangkan masalah. Tapi bayangkan jika anda berbaring mengiring dan menggunakan telefon pintar; sebagai contoh bermain pemainan video berjam-jam lamanya.
Tahukah anda perbuatan ini hanya memberikan kesan buruk kepada kondisi belakang anda?
BACA: Elak 7 Jenis Posisi Tidur Yang Boleh Buat Anda Sakit Belakang
Dalam satu kes yang pernah berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Taiwan. Dia mengadu sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh pada bahagain belakang. Risau dengan keadaan itu ibunya membawa ke hospital untuk mengetahui punca sakit tersebut.
Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar Ortopedik, keputusan X-ray
tulang belakangnya ternyata sangat memeranjatkan kedua-dua beranak ini.Mana tidaknya, tulang belakang gadis ini mempunyai 50 darjah lengkungan! Doktor menjelaskan masalah tersebut mungkin berpunca daripada tabiat pesakit suka bermain handphone sambil baring mengiring.
BACA: Sado Dalam 6 Bulan, Lakukan Senaman Bodyweight Ini Di Rumah!
Pasti ramai antara anda yang buat macam ni kan? Menurut sumber posisi tersebut memberi tekakan berlebilan pada sisi kanan, terutamanya pada lumbar vetebrae dan thoracic vetebrae
seseorang. Lagi menjadi teruk apabila gadis tersebut jarang bersenam membuatkan otot teras dalam badan tidak mampu untuk menampung postur badan gadis tersebut untuk masa yang lama.Selain itu, gemar bermain telefon bimbit sambil tunduk juga boleh menyebabkan tulang belakang bengkok.
Jadi sama-samalah kita beringat selepas ini ya!