Setelah tujuh tahun perbicaraan berlangsung, semalam rakyat Malaysia menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman gantung ke atas enam tertuduh yang membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Keputusan mahkamah itu membuatkan warga maya mengimbau kembali saat kes ini mula menggemparkan negara pada 2017, yang mana berpunca daripada salah seorang tertuduh mempercayai ramalan seorang ‘pengamal perubatan Islam’ yang menuduh Allahyarham Zulfarhan mencuri komputer ribanya
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tidak bersetuju individu itu dirujuk dengan istilah ‘pengamal perubatan Islam’, sebaliknya lebih sesuai dirujuk sebagai bomoh, dukun, pawang atau sebagainya.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Kamilin menegaskan betapa liciknya golongan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Dr Kamilin tidak menafikan yang golongan jin mungkin mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai perkara ghaib.
“Dalam hadis riwayat Bukhari disebut bahawa jin-jin ini dia suka curi berita daripada langit,” jelasnya.
Setelah mencuri berita, golongan jin akan menyampaikannya kepada pawang atau bomoh yang menggunakan khidmat mereka.
Ads
Namun jelasnya lanjut, Nabi SAW ada mengingatkan yang di sebalik satu kebenaran yang dibawa oleh golongan jin telah ditokok tambah dengan 100 penipuan dan pendustaan.
“Maksudnya jin dan syaitan ini mesti akan cari juga peluang untuk nak sesatkan manusia. Bagi gaduh keluarga ke, bagi jadi buat syirik ke, bagi porak peranda ke. Apa-apa lah, asal bagi dosa besar”.
Manusia Mudah Kalah Pada Emosi
Tambah Dr Kamilin, itu jugalah sebabnya mengapa dosa besar seperti membunuh boleh berlaku disebabkan syaitan tahu kelemahan manusia yang mudah kalah pada emosi.
“Sebab itu Nabi larang kita jumpa bomoh. Pawang ke, dukun ke, tukang ramal ke sama sahaja. Haram dan boleh jatuh syirik,” tegasnya.
Foto: Enam tertuduh dalam kes Allahyarham Zulfarhan Osman.
Memetik hadis riwayat Muslim, ibadah solat seseorang yang menemui tukang ramal dan bertanyakan tentang suatu perkara tidak akan diterima selama 40 hari, demikian kongsi.
Ads
Selain itu, Dr Kamilin memberitahu yang hadis riwayat Ahmad menyebut bahawa sesiapa yang mendatangi tukang ramal dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi SAW.
Oleh itu Dr Kamilin menegur sikap masyarakat yang suka merujuk kepada bomoh untuk mencari barang yang hilang, pesalah atau perkara ghaib lain.
Katanya, sikap demikian adalah kesempatan terbesar bagi golongan jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Maka, Dr Kamilin memberi peringatan kepada masyarakat yang masih mempercayai perkara khurafat dan syirik agar perkukuhkan akidah dan tauhid.
Ads
Terdahulu, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain meninggal dunia pada 2017 akibat melecur ditekap seterika wap pada hampir keseluruhan badan termasuk di bahagian kemaluan.
Zulfarhan dibelasah dan didera sedemikian oleh enam rakan seperjuangan iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Penglihatan mata sangatlah penting dalam kehidupan semua orang terutamanya pada zaman penuh mencabar ini. Malah pekerjaan paling sederhana tidak boleh diselesaikan apabila mata memiliki gangguan.
Tentunya dalam kehidupan pekerjaan sekarang, ketelitian dari penglihatan merupakan faktor yang teramat penting untuk diambilkira dalam menyelesaikan tugas. Untuk itu rawat dan jaga mata anda dengan 6 cara ini, seperti yang dilaporkan oleh Lifehack.org, Isnin (16/1/2017).
1. Rutin ke doktor mata
Rajin ke doktor mata untuk memeriksakan mata anda, akan mengurangi pelbagai risiko yang tidak diinginkan. Mata akan diperiksa mulai dari penangkapan cahaya, tekanan darah, hingga fokus pandangan mata. Dengan cara ini, mata akan tetap terjaga dan siap untuk bekerja seperti setiap harinya.
2. Pengambilan makanan sihat
Tidak diragukan lagi, mengambil pelbagai makanan sihat akan memberikan manfaat baik untuk tubuh, termasuk mata anda. Biasakan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A dan mineral yang penting untuk menjaga kemampuan mata. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga baik untuk diambil demi kesehatan mata.
3. Hindari mata kering saat bekerja
Faktanya banyak gangguan yang terjadi ketika mata kering. Selain kesalahan dari kelenjar mata, beberapa penyebab juga sering menjadi alasan mengapa mata sering kering, seperti keadaan lingkungan sekitar, penuaan, dan perubatan. Mata kering dapat menyebabkan pandangan tidak fokus dan sensitif dengan cahaya yang terang.
4. Rehatkan mata saat bekerja
Baik pekerjaan di dalam ruangan dan di luar ruangan, mata sebagai alat penglihatan harus sentiasa dijaga dengan merehatkannya. Memandang komputer terlalu lama juga dapat menyebabkan kelelahan pada mata anda. Keadaan lainnya yang dapat terjadi adalah pusing, mata kabur, dan tidak fokus.
5. Gunakan kacamata
Banyak pekerjaan yang menuntut keamanan mata. Dalam keadaan ini jangan segan-segan untuk menggunakan kacamata untuk menghindari berbagai hal yang boleh membahayakan mata anda. Sangat dicadangkan untuk membeli sebuah kacamata yang melindungi mata dari sinar UVA dan UVB.
6. Ikuti aturan saat menggunakan lensa kontak
Lensa kontak memberikan banyak kenyamanan jika dibandingkan dengan kacamata, namun lebih banyak perawatan yang harus dilakukan agar mata kekal sihat saat menggunakan lensa ini. Selalu patuhi aturan penggunaan lensa kontak sehingga terhindar dari risiko penyakit yang boleh ditimbulkan dari lensa.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada siapa yang ingin mendengar tentang hakikat ini, namun pada hakikatnya apabila semakin umur kita bertambah, begitu juga dengan berat badan kita.
Walaupun begitu, terdapat beberapa nutrisi mikro dalam beberapa buah-buahan yang tertentu boleh membantu menghalang peningkatan berat badan anda dengan begitu berkesan.
Perubahan kecil seperti menambahkan beberapa biji buah beri ke dalam menu harian anda boleh memberikan kesan yang besar untuk jangkamasa yang panjang.
Malah pengambilan buah-buahan dari kategori ini dengan banyak juga boleh membantu mengurangkan berat badan.
1. Beri Biru
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan.
Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
2. Epal Merah
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas di mana daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia dibuang terus dari sistem.
Pectin – salah satu bentuk fiber yang terkandung di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
3. Buah Pir
Seperti uga epal merah, buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik. Malah ia juga kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2.
Salah satu sebab adalah kerana buah pir memberikan anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan anda dengan berkesan.
4. Strawberi
Buah strawberi memiliki lebih dari satu sumber antioksidan, ia menawarkan khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol.
Pengambilan strawberi mengikut kajian membuktikan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bentuk badan menarik bukanlah sesuatu yang ingin dijadikan kebanggaan tetapi lebih pada membina keyakinan diri. Pelakon popular Saharul Ridzwan ini walaupun kini semakin sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya, dia tetap mementingkan kesihatan tubuh badan juga penampilannya.
JAGA BADAN ANDA WALAUPUN SIBUK SEBAGAI AYAH
“Ketika di bangku sekolah, saya merupakan seorang remaja yang gemuk. Kerana kegemukan itu, saya disisihkan dan rasa rendah diri mula menyelubungi diri. Ketika itu, saya merasakan keyakinan diri berada di tahap paling rendah. Untuk tidak disisihkan rakan-rakan, saya cuba sedaya upaya untuk berdiet dan menurunkan berat badan.
Mungkin kerana tertekan, berat badan saya turun mendadak sehingga menyebabkan badan saya terlalu kurus. Tiga tahun lalu, saya mula menjadi ahli pusat kecergasan berhampiran tempat tinggal. Lapan bulan pertama saya melakukannya sendiri. Selepas faham dan tahu mengenai teknik workout yang betul, saya terus melakukannya. Saya juga dapatkan nasihat daripada beberapa orang yang punyai pengetahuan mengenai penjagaan tubuh dan cara workout.
Saya akan workout tiga kali seminggu dan baru-baru ini saya mula membuat senaman cross fit. Ia sememangnya amat berkesan dan bagus. Kesannya dalam dilihat dalam jangka masa yang agak cepat kerana ia memberikan tindak balas dari seluruh tubuh dan semua anggota badan.”
PENDORONG SEMANGAT
“Ramai, kebanyakannya rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Apabila melihat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan menarik dan sasa, saya juga menginginkan bentuk badan sedemikian. Mungkin pada mulanya sedikit sukar kerana terpaksa bekerja keras, tapi lama kelamaan saya mula melihat hasil yang diinginkan.
Selain dari itu, keluarga juga turut memberikan dorongan untuk saya berusaha. Kata mereka, bukan semata-mata untuk bentuk badan menarik, tetapi penting juga menjaga kesihatan tubuh. Bagi saya, tidak rugi sekiranya kita menjaga kesihatan.”
KEPENTINGAN MEMPUNYAI BENTUK TUBUH MENARIK
“Bagi saya, bentuk tubuh menarik memberikan kelebihan kepada kita terutamanya lelaki. Saya tidak membina bentuk badan menarik semata-mata untuk mencuri perhatian, tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan kepuasan diri sendiri.
Banyak faedah sebenarnya. Jika kita rajin bersenam dan workout, kita kurang alami penyakit. Setiap kali melakukan workout, tubuh akan membuang toksin-toksin yang boleh memberi penyakit dan menghilangkan stres”.
PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
“Makanan tambahan semestinya perlu untuk pertumbuhan otot. Saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan. Untuk pemakanan pula, saya mengambil tiga hidangan setiap hari tetapi elak mengambil nasi dan makanan berminyak. Saya menggantikan nasi dengan mi dan sumber karbohidrat lain. Air kosong adalah penting dan perlu diminum dengan kuantiti yang mencukupi.”
LIMA CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN
Berani
Sentiasa jujur dengan diri sendiri
Tegas dengan pendirian
Tampil dalam keadaan berkeyakinan
Bijak mengatur langkah dalam kehidupan
Nama: Mohd Saharul Ridzwan b Hashim
Nama panggilan: Syarul
Tarikh lahir: 26 Januari 1989
Asal: Bangi
Berat: 73 kg
Tinggi: 178 cm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.