Kes Penonton Melimpah, Perbadanan Stadium Malaysia Tak Ingin Perkara Ini Berulang

Share

Seperti mana yang kita semua tahu, perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2018 yang berlangsung pada hari Selasa yang lalu dipenuhi dengan kontroversi limpahan penonton.

MASKULIN yang turut berada di dalam stadium pada perlawanan tersebut mendapati terdapat banyak aspek-aspek keselamatan yang telah gagal dipatuhi. Selain limpahan penonton melebihi kuota muatan tempatan duduk stadium faktor keselamatan merupakan yang paling kuat diajukan oleh peminat bola sepak tempatan.

BACA: Stadium Melimpah, Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya? 

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini mengeluarkan kenyataan media mereka berkaitan perkara tersebut. Ia juga merupakan kenyataan media merujuk kepada sebuah artikel daripada sebuah laman portal sukan antarabangsa baru-baru ini.

Perkara pertama yang dinyatakan ialah PSM sentiasa memberi keutamaan terhadap keselanmatan penonton di semua venue kelolaan mereka.

Jumlah penonton yang melebihi kapasiti menyebabkan ramai duduk di kawasan yang tidak sepatutnya dan merbahayakan mereka

Namun untuk kesemua acara yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia dikendalikan oleh badan bola sepak negara sendiri. Ini di atas permohonan yang dibuat oleh FAM untuk menguruskan kemasukan penonton di semua pintu masuk.

Berkenaan dengan isu penonton melimpah dan melebihi kapasiti, PSM menyatakan mereka sedang mengkaji semula prosedur sedia ada dan akam mengadakan perbincangan dengan pihak FAM bagi mengatasi masalah ini di masa akan datang.

Dan satu perkara yang menarik perhatian MASKULIN ialah PSM dengan tegas berkata mereka mempunyai makluat sahih tentang kecuaian petugas yang mengawal kemasukan penonton di pintu-pintu masuk stadium. Ia juga dikenal pasti sebagai PUNCA UTAMA berlakukan lebihan penonton di stadium.

Haru-biru kerja macam ni bro!

PSM juga dalam proses mengumpul maklumat pengurusan dan kawalan keselataman menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Ia kemudiannya akan dikongsikan dengan pihak FAM ketika sesi postmortem yang akan diadakan nanti.

Berikut antara isu-isu yang akan dibincangkan;

  • penggunaan sistem tiket automatik sedia ada
  • sistem turnstile
  • tempat duduk bernombor
  • kawalan keselamatan lebih ketat
  • tapisan lebih terperinci dalam melantik petugas keselamatan

Tambah PSM lagi, pada malam yag sama acara viewing party dianjurkan percuma oleh mereka berjalan dengan baik kerana menggunakan sistem turnstile bagi mengawal jumlah kemasukan penonton.

Program viewing parti yang dikendalikan PSM di Axiata Arena berlangsung dengan cukup lancar

Okay, sekarang kita tunggu apa pula kata FAM dan adakah mereka bersedia untuk menerima cadangan PSM. Apa yang pasti kita semua tahu sistem yang lebih baik sudah ada untuk dilaksanakan.

Kredit foto: @jimiecheng

Published by
Farizul Izwany