Lelaki yang ditahan atas tuduhan merogol dan membunuh doktor pelatih Dr Moumita Debnath di Kolkata, India mencabar pihak polis untuk mengenakan hukuman gantung terhadapnya.
Tertuduh, Sanjoy Roy tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau kesal melakukan jenayah itu terhadap Dr Moumita ketika ditahan pada 23 Ogos yang lalu.
Memetik laporan Republic World, Sanjay mengaku melakukan jenayah itu namun langsung tidak kesal atau merasa bersalah, malah dia turut dilaporkan berkata “gantunglah saya jika anda mahu” kepada pihak polis.
Sanjay bekerja sebagai sukarelawan sivik di lembaga kebajikan polis dan pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali sebelum ini namun kesemua perkahwinannya gagal.
Menurut pihak polis tempatan, Sanjay turut menyimpan banyak kandungan lucah di dalam telefon bimbitnya.
Susulan penemuan mayat Dr Moumita di salah satu dewan seminar Hospital & Kolej Perubatan RG Kar, Kolkata pada 9 Ogos lalu, Sanjay mengaku melakukan jenayah tersebut sebelum beredar dan membasuh pakaiannya untuk melupuskan bukti.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Sanjay apabila salah satu fon telinganya tercicir di lokasi kejadian, yang mana fon telinga itu mempunyai sambungan bluetooth dengan telefon bimbitnya.
Kecuaiannya itu menjadi petunjuk penting bagi polis yang membawa kepada penahanannya.
Dalam pada itu, salah seorang bekas ibu mentua Sanjay turut mendedahkan sikapnya yang panas baran dan suka memukul wanita, demikian lapor Times of India
.Wanita itu menceritakan bagaimana anaknya mengalami keguguran akibat dibelasah Sanjay ketika masih bergelar isteri.
“Ketika mengandung tiga bulan, dia keguguran. Dia (Sanjay) belasah dia, aduan polis didaftarkan untuk perkara yang sama. Berikutan itu, anak saya terus sakit, saya tanggung semua perbelanjaan perubatannya,” kongsi bekas ibu mentua Sanjay yang enggan dikenali.
Enggan mengulas mengenai kejadian yang menimpa Dr Moumita, wanita itu hanya berkata, “gantunglah dia (Sanjay) atau lakukan apa sahaja yang anda mahu terhadapnya”.
Dia juga tidak menolak kemungkinan yang jenayah itu bukan dilakukan oleh bekas menantunya itu secara bersendirian.
“Tidak mungkin dia (Sanjay) lakukan seorang diri. Dia tidak ada kemampuan melakukannya bersendirian,” tambahnya lagi.
9 Ogos lalu, Dr Moumita yang berusia 31 tahun ditemui maut dalam keadaan yang menyayat hati di hospital tempatnya bertugas.
Doktor malang itu diperlakukan kejam ketika sedang berehat selepas selesai bertugas selama 36 jam
Laporan autopsi kemudian mendedahkan yang Dr Moumita telah dirogol dan dicekik sehingga mati.
Sejumlah 150 mililiter air mani turut ditemui di dalam tubuh doktor malang itu, jumlah yang mustahil terhasil dari hanya seorang lelaki yang secara purata hanya mampu menghasilkan kira-kira 10 mililiter sahaja.
Sumber: Republic World, Times of India
BACA: Kes Dr Moumita: Bapa Kecewa Anak Tidak Selamat Di Tempat Kerja