Memiliki kerjaya gaji paling tinggi merupakan impian setiap lelaki. Di dalam dunia globalisasi yang hadir dengan pelbagai peluang, memilih kerjaya yang sesuai boleh menjadi cabaran yang besar.
Kebanyakan lelaki yang memiliki impian kerjaya dengan gaji paling tinggi pasti tertanya-tanya apakah jenis kerjaya tersebut?
MASKULIN akan bawa anda meneroka beberapa kerjaya bergaji tinggi di dunia sepanjang tahun 2024. Satu perkara perlu kita ingat setiap kerjaya ini bukan hanya menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan tetapi juga memerlukan kepakaran dan dedikasi yang tinggi.
Seorang CEO mempunyai tanggungjawab besar dalam mengurus operasi keseluruhan syarikat. Kerjaya ini memerlukan kemahiran kepimpinan yang kuat dan kebolehan berkomunikasi yang cemerlang.
Gaji purata bagi CEO boleh mencecah USD310,000 (RM1,475,172.45) dengan potensi untuk meningkat bergantung pada pengalaman dan kejayaan dalam industri tersebut.
Doktor dan pakar perubatan lain seperti kardiologis dan anestesiologis menduduki tangga teratas dalam senarai kerjaya gaji paling tinggi. Contohnya, seorang kardiologis boleh mendapat purata USD345,754 (RM1,645,312) setahun.
Permintaan yang tinggi untuk profesional perubatan, dipercepatkan lagi oleh pandemik, telah meningkatkan gaji dalam bidang ini secara signifikan.
Sebagai penasihat undang-undang dalam dunia korporat, peguam korporat memainkan peranan penting dalam menguruskan aspek perundangan syarikat. Mereka membantu dalam pengurusan kontrak, liabiliti, dan isu pekerjaan.
Gaji bagi peguam korporat juga sangat menarik, mencerminkan keperluan untuk kepakaran undang-undang yang mendalam dan kemahiran rundingan yang kuat.
Dalam ekonomi pasca pandemik, sektor perbankan pelaburan menunjukkan pertumbuhan yang stabil dengan gaji yang kompetitif. Seorang penganalisis pelaburan biasanya memulakan kerjaya sebagai analis dan boleh naik pangkat menjadi naib presiden atau pengarah urusan.
Gaji purata bagi penganalisis pelaburan adalah sekitar USD209,000 (RM994,567) setahun, dengan potensi yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman dan kedudukan dalam syarikat.
Dengan peningkatan permintaan yang berterusan, kerjaya dalam sains data menjadi salah satu yang paling lumayan di dunia.
Ahli sains data bertanggungjawab untuk menganalisis dan mengurus data kompleks, serta menghasilkan model data untuk menyelesaikan masalah perniagaan. Gaji tahunan bagi seorang ahli sains data boleh mencapai sehingga USD150,000 (RM713,804).
Pengurus projek memainkan peranan penting dalam memastikan projek selesai tepat pada waktunya dan mengikut bajet yang ditetapkan. Mereka memerlukan kemahiran kepimpinan yang cemerlang dan pemahaman mendalam tentang metodologi projek.
Ads
Gaji purata bagi pengurus projek berkisar antara USD83,390 (RM396,910) hingga USD140,000 (RM666,357), dengan kemungkinan lebih tinggi bergantung pada kejayaan dan pengalaman dalam menghantar projek.
Setiap kerjaya dengan gaji paling tinggi ini memerlukan dedikasi dan kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Jadi selain ilmu, pengalaman juga memainkan faktor sangat penting.
Kerjaya-kerjaya ini ideal untuk mereka yang mencari kestabilan kewangan dan peluang untuk berkembang dalam industri pilihan mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: UpGrad Knowledge Hut
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama Fattah Amin mungkin tidak lagi perlu diperkenalkan kepada anda semua. Aktor terkenal ini seakan mustahil untuk tidak dikenali oleh marhaen dan warganet yang paling tidak pun pasti pernah mendengar namanya.
Selain membina kariernya sebagai seorang pelakon, Fattah Amin juga kini bergelar sebagai seorang usahawan yang sedang meningkat naik.
Antara perniagaannya yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan juga rakyat Malaysia ialah francais restorang yang dimilikinya bersama lima rakan kongsi lain dikenali sebagai Meat Cartel.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam perniagaan makanan, Fattah kini berbangga dengan francais restoran makanan barat yang menawarkan pelbagai menu menarik.
MASKULIN baru-baru in sempat bertemu mata dengannya dan bertanyakan sedikit perihal perniagaannya. Dalam temu bual tersebut, kami sempat bertanyakan pendapatnya tentang apakah sikap yang perlu ada pada seorang usaawan untuk berjaya.
Berikut merupakan lima perkara yang dikongsikan oleh Fattah Amin.
YAKIN DENGAN PRODUK & DIRI
Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita harus yakin dengan produk yang ingin dijual. Selain itu, kita juga perlu yakin dengan diri sendiri. Jika tiada keyakinan tersebut bagaimana mahu berjaya.
KENAL ORANG SEKELILING
Penting untuk kita kenali dengan siapakita jalankan perniagaan. Selain itu, kita juga perlu tahu siapa di dalam team. Tahu peranan setiap orang dan tugas mereka. Ini amat penting bagi memastikan perniagaan dapat berkembang dengan baik dan lancar.
JANGAN MALU MINTA BANTUAN
Kita tidak akan berjaya tanpa bantuan orang lain, Jadi buangkan sifat malu untuk minta bantuan jika berdepan kesukaran. Harus lebih bersifat terbuka dalam menjalankan perniagaan yang ingin berjaya.
BERANI TANGGUNG RISIKO
Sebelum memulakan perniagaan dan memperkenalkan produk, pertama sekali kita harus berani ambil risiko. Tapi risiko itu perlu diambil seiring dengan perancangan dan memahami selok-belok perniagaan dengan baik.
DREAM BIG
Tidak ada salahnya untuk memasang impian dan angan-angan. Jadi jangan rasa rasa takut atau rasa kerana tanpa angan-angan serta imaginasu, visi kita tidaka akan ercapai. Dengan angan-angan bersama visilah yang akan membuatkan diri kita akan lebih bermotivasi untuk berjaya.
Ikuti temubual ringkas MASKULIN menerusi video eksklusif di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini facebook dipenuhi dengan berita tenteng Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor. Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Khabib Nurmagomedov terus hangat dalam perbincangan, setelah berjaya mempertahankan gelaran juara Kelas Ringan Ultimate Fighting Championship (UFC) mengalahkan Conor McGregor.
Pertarungan ini akan diingati kerana berlakunya pergaduhan apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling ‘mouthpiece’ ke arah cornerman McGregor. Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor. Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.
Pergaduhan ini disebabkan oleh perkataan SARA dari tim McGregor terhadap Khabib, dan bapanya.
Walaupun dinobatkan sebagai juara, Khabib ternyata mendapat bayaran yang jauh lebih sedikit berbanding Conor McGregor, iaitu USD$ 2 juta atau RM 8.3 Juta. Sementara Conor mendapat USD$ 3 juta atau setara dengan RM 12.4 Juta.
Khabib Nurmagomedov nampaknya dapat mengalahkan Conor dari segi harta kekayaan. Media Celebrity Networth sempat membuat ramalan soal kekayaan petarung dengan rekor 27 kali menang itu.
Ingin tahu seberapa besar ramalan kekayaan yang dimiliki atlet 30 tahun itu?
Capai RM 8.3 Juta Dari Pertarungan Sebelumnya. Dalam setiap pertarungan, Khabib Nurmagomedov dikatakan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi. Mulai dari US$ 30 ribu atau RM 124 ribu hingga akhirnya mampu mencapai US$ 450 ribu hingga RM 1.8 juta. Sebelum bertarung dengan McGregor, Khabib diramalkan sudah memiliki kekayaan sebesar USD$ 1 juta atau setara dengan RM 4.15 juta.
Tapi, beberapa sumber lain seperti PlayerWiki menyebutkan kini kekayaannya sudah mencapai US$ 2 juta atau RM 8.3 juta berkat pertarungan terakhirnya.
Informasi keseluruhan kekayaan Khabib memang tak diketahui umum. Forbes tidak memiliki informasi yang tepat soal hal itu, begitu pun dengan pihak Khabib yang memang tak terlalu terbuka dalam urusan harta.
Kalau beberapa atlet boleh mewah dan kaya raya kerana endorsemen, Khabib Nurmagomedov mewah hanya kerana terlibat dengan MMA.
Juara sukan Sambo dan Judo kelahiran tahun 1988 ini memang tak pernah terlihat jadi duta jenama produk apapun.
Dia juga tak pernah mem-posting gambar produk apapun di akaun Instagramnya. Gambar-gambar di Instagram Khabib umumnya hanya gambar latihan, dia bersama rakan-rakannya, atau konten-konten berunsur Islam.
Kerjaya profesional Khabib di MMA bermula sejak tahun 2008. Dalam waktu sebulan, dia berjaya memenangi empat pertandingan MMA.
Pada tahun 2011 dia pun bergabung ke UFC dan memulakan debutnya melawan Kamal Shalorus. Di pusingan ketiga, Khabib memenangi pertarungan sengit itu dengan memaksa Shalorus menyerah.
Koleksi Kereta Mewah
Mengenai soal koleksi keretal, Khabib juga tak mengumpul kereta mewah seperti Conor McGregor. Beberapa kereta mewah yang khabarnya pernah dimiliki Khabib adalah Lada Priora, Mercedes-Benz W124, Mercedes-Benz AMG GT, Ferrari California, BMW 6 Series, dan Land Cruiser J200.
Kereta Mercedes-Benz AMG GT, khabarnya kereta itu merupakan hadiah yang diberikan oleh hartawan Rusia, Ziyavudin Magomedov.
Atlet Paling Popular di Rusia
Populariti Khabib Nurmagomedov memang tak boleh disamakan disebut dengan atlet-atlet kebanggan Rusia lainnya. Terbukti, jumlah followers Khabib di Instagram juga jauh lebih banyak berbanding Maria Sharapova atau Fedor Emelianenko. Menurut laman web, TSM Sportz, penghargaan besar dia terima adalah selepas pertama kali merebut gelaran Kelas Ringan UFC. Di situ, Khabib mendapatkan ganjaran sebanyak USD$ 300 ribu dengan bonusnya USD$ 150 ribu.
Begitulah sedikit informasi kekayaan Khabib Nurmagomedov. Sebagai selebriti dan atlet mempunyai pendapatan yang tinggi, Khabib juga tak seperti Conor McGregor atau atlet mahal lainnya yang glamor, terutama soal pakaian. Jarang sekali dia terlihat dengan pakaian mewah saat berhadapan dengan lawannya sebelum bertanding.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Hattan, mendedahkan bahawa dia kini berhenti merokok selepas kehilangan adik lelakinya akibat masalah kesihatan yang berkaitan dengan rokok.
Menurutnya, keputusan untuk berhenti merokok dibuat sebagai penghormatan dan kesedaran terhadap keadaan kesihatan yang dialami oleh adiknya.
Hattan
Hattan menyatakan bahawa kematian adiknya telah memberikan tamparan hebat dan kesedaran mendalam mengenai bahaya merokok terhadap kesihatan. Dia turut menambah bahawa sejak pemergian adiknya, dia telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menyentuh rokok.
“Adik saya seorang yang sangat kuat merokok. Dia ada masalah jantung, dan saya rasa kehilangan dia disebabkan oleh faktor itu. Sejak itu, saya ambil keputusan untuk berhenti merokok,” kata Hattan dalam satu temubual baru-baru ini.
Hattan juga menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan kesan buruk merokok, terutamanya kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah kesihatan seperti penyakit jantung.
Dia berharap pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berhenti merokok dan mengambil langkah menjaga kesihatan dengan lebih serius.
Sebagai seorang artis yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik, Hattan mengakui bahawa sebelum ini dia sukar untuk berhenti merokok kerana tekanan kerja dan gaya hidup yang tidak sihat. Namun, selepas pemergian adiknya, dia mendapat kekuatan untuk berubah dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
“Saya percaya kita semua mampu berubah jika kita ada kesedaran dan motivasi yang kuat. Kehilangan adik saya telah menjadi titik tolak untuk saya berhenti merokok dan saya berharap orang lain juga dapat membuat keputusan yang sama demi kesihatan mereka,” tambah Hattan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.