Kanye West merupakan nama yang cukup besar dan berpengaruh dalam industri fesyen global. Selain bergelar penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu figura yang terkenal dengan jenamanya YEEZY merupakan di antara usahawan cukup berjaya terutamanya dalam bidang fesyen.

Kerjasamanya dengan adidas menyaksikan hampir setiap koleksi kasut laku keras dan habis dijual diperkenalkan dalam sekelip mata.

Dan terbaru, Kanye West telah mengumumkan kerjasama terbaru YEEZY bersama jenama pakaian GAP. Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman media sosial Twitter dengan memperkenalkan tanda pagar #WESTDAYEVER.

Ads

Selepas pengumuman tersebut nilai pasaran jenama GAP dilaporkan terus meningkat naik di bursa saham sebanyak 42 peratus.

Berita kerjasama ‘YEEZY GAP’ telah membuatkan nilai jenama tersebut meningkat lebih dari USD1 billion dengan nilai terkini dianggarkan sebanyak USD4.8 billion.

Kerjasama Bersama YEEZY Kanye West Buatkan Nilai Jenama GAP Melonjak Naik

Ads

Kolaborasi dua jenama berpengaruh ini akan dilakukan selama 10 tahun dengan Kanye menyasarkan koleksi pakaian untuk semua golongan sama ada dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan dengan rekaan tersendiri.

Menurut laporan, GAP turut berharap dengan kerjasama ini jenamanya mampu meningkatkan jualan lebih USD1 billion setahun.

Ads

Berita gabungan kerjasama YEEZY dan GAP juga telah mendapat reaksi yang pelbagai dari penggemar fesyen terutamanya peminat Kanye West. Rata-rata melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan sendiri hasil yang akan keluar nanti menerusi kolaborasi ini.

Adakah kita akan bakal lihat YEEZY x GAP ini akan turut laku keras setiap kaliia dipasarkan sama seperti kasutnya?

Sama-sama kita nantikan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI