Jauh di sudut hati kebanyakan lelaki tertutamanya yang bekerja makan gaji pasti ada keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri dan mencari rezeki tanpa bergantung kepada majikan.
Tapi setiap karier ada ruangnya tersendiri dan tak semua orang ada kebolehan, kemahiran dan keberanian untuk bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan.
Jadi apakah sebenarnya kelebihan bekerja sendiri dan bagaimana pula dengan cabarannya? Buat anda yang tak pernah bekerja sendiri mencari rezeki pastinya sukar memahami bagaimana ia boleh dilakukan.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri.
BACA: Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia
Kurang Tekanan Kerja
Bila bekerja sendiri secara automatiknya andalah jadi bos dan andalah juga jadi kuli. Setiap hari anda tak perlu nak hadap muka bos. Jadi anda boleh buat kerja ikut pacing sendiri. Anda juga boleh laksanakan kerja dengan lebih selesa dan tenang. Secara tak langsung anda sudajh bebas dengan tekanan kerja.
Dapat Kepuasan
Bayangkan segala usaha yang anda curahkan untuk perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pasti kepuasan itu lebih dirasa nikmatnya berbanding bekerja untuk orang lain. Tambahan lagi apa yang anda buat adalah sesuatu yang anda suka!
Rajin Kerja, Banyak Hasilnya
Bila bekerja sendiri segala pendapatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Jadi jika anda rajin berusaha maka makin banyaklah hasilnya. Secara tak langsung anda boleh tingkatkan keyakinan diri juga. Jika bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya pendapatan akan meningkat.
Tiada Waktu Khas
Inilah seronoknya bila bekerja sendiri. Tiada bos yang nak marah anda nak masuk kerja pukul berapa sekalipun. Namun, demi periuk nasi sendiri mestilah anda tak akan buat ebgitu bukan? Tiada kekangan maka tiada tekanan dari orang atasan. Masa bekerja anda juga tak sama dengan kerja orang lain. Jika rajin anda kerjalah lebih dan jika rasa macam tak boleh nak carry pada hari itu, pulang awal saja.
Harus Sedia Kelengkapan & Fasiliti Sendiri
Nak mulakan perniagaan sendiri mestilah anda perlukan segala macam jenis kelangkapan dan fasiliti. Dan semua benda ini bukannya murah. Anda juga perlukan mental yang kuat untuk hadapai segala kesukaran semasa hendak memulakannya. Anda sendiri perlu lakukan pilihan yang bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap perkara yang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang sia-sia nanti.
Pendapatan Tak Menentu
Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat. Jadi, anda boleh menggunakan sebahagian hasil pendapatan itu untuk membayar kembali duit pinjaman bank yang anda jadikan modal untuk perniagaan anda. Untuk jadi seorang yang berjaya, anda haruslah rajin berusaha untuk mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.
Risiko Tinggi
Ini merupakan antara alasan paling popular mengapa orang kerja makan gaji tak berani nak berhenti dan mula kerja sendiri. Ya, ia merupakan satu langkah yang berisiko tinggi. Masa deoan anda bergantung kepada sama ada anda berjaya atau tidak. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan banyak perkara anda perlu ambil kira antaranya mengetahui jumlah persaingan dan jumlah permintaan pasaran.