Kereta Terakhir Siri Mistubishi Lancer Evo Final Edition Ditawarkan Pada Harga Hampir RM500K

Share

Tidak dinafikan penamatan pengeluaran untuk sebarang model Mitsubishi Lancer Evolution pada tahun 2016 telah sedikit sebanyak membibitkan rasa sedih di kalangan penggemar auto di seluruh dunia. Ia merupakan salah sebuah siri model paling ikonik pernah diperkenalkan oleh pengeluar dari Jepun tersebut.

Bersempena dengan penamatan tersebut Mitsubihi telah memperkenalkan edsiri terhad ‘Final Edition’ sebagai sebuah tribute kepada siri tersebut. Baru-baru ini seorang pemilik kenderaan edisi terhad tersebut telah membuka tawaran untuk jualan pada harga CAD147,899 (RM498,390).

Foto: Carscoops.com

Ia merupakan tawaran yang cukup menarik sekali kerana ia merupakan salah sebuah daripada 350 unit Final Edition yang dipasarkan di Kanada. Dan lebih menarik ia juga dipercayai sebagai unit terakhir kerana nombor platnya tertera angka ‘350’.

Foto: Carscoops.com
Foto: Carscoops.com

KONDISI SANGAT BAIK

Untuk rekod, model Final Edition dihasiljan hanya sebanyak 3,100 unit di seluruh dunia. Dengan hanya mencatatkan jumlah mileage rendah iaitu 99km sahaja, pemilik kereta istimewa ini dijaga dalam kondisi yang cukup baik. Malah ia juga disimpan di dalam stor yang mempunyai suhu yang bakk walaupun ketika musim sejuk.

Foto: Carscoops.com
Foto: Carscoops.com

Mitsubihi Lancer Evo Final Edition tersebut hadir dengan warna putih serta dilengkapi lencana ‘Final Edition’ di belakangnya. Ia juga tampil dengan set rim BBS, spoiler belakang, corong kemasukan udara lebih besar dan brek Brembo dengan angkup berwarna merah.

Bahagian dalamannya tidak langsung diusik dan masih seperti keluar dari kilang. Model ‘Final Edition’ ini dikuasakan enjin 2.0 liter turbo empat silinder sebaris, sama seperti yang ada pada Evo GSR.

Apa yang membezakannya ialah kuasanya ditingkatkan kepada 303hp dan tork 414Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan keempat-empat roda menerusi kotak gear manual lima kelajuan.

Apa pendapat anda? Adakah harga yang ditawarkan ini berbaloi? Melihatkan kepada faktor edisi terhad serta model terakhir siri Lancer yang diperkenalkan Mitsubishi, MASKULIN menganggap ia memang berpatutan.

Keistimewaan sesetengah kereta bukan terletak kepada harga semata kepada nilai sentimental serta sejarah di belakangnya.

Kredit: Carscoops.com

Published by
Farizul Izwany Ibrahim