Telah tular dalam media sosial baru-baru ini apabila kelibat dua kereta peronda polis yang bermodelkan Honda Civic Type R kelihatan merentasi beberapa buah jalan di ibu kota.

Ujar Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa, kereta model berkenaan sebenarnya cuma dipinjam sahaja.

Dipinjam untuk lihat kesesuaian

Kereta Polis Honda Civic Type R Ini Cuma Untuk Kegunaan Pandu Uji Sahaja!

Tujuan kereta berkenaan dipinjam adalah untuk dipandu uji pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melihat sejauh mana keserasian pasukan tersebut dengan jentera berkenaan.

Tambahan pula, ia juga merupakan cadangan daripada pihak Honda bagi membolehkan PDRM menjalankan penilaian teknikal dengan lebih efektif.

IKLAN

PDRM nilai 3 hingga ke 6 bulan

Tajudin turut memberitahu agensi media tempatan, kereta berkenaan  dipinjam dan dipandu uji dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Kemudian, kereta yang turut menerima jolokan nama FK8R ini akan dipulangkan semula kepada syarikat berkenaan tanpa membabitkan sebarang kos.

IKLAN

Keupayaan Honda Civic Type R

Kereta Polis Honda Civic Type R Ini Cuma Untuk Kegunaan Pandu Uji Sahaja!

 

IKLAN

Model kereta FK8R ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter VTEC Pengecaj Turbo yang menjanjikan kuasa maksimum 310PS pada 6,500 rpm.

Manakala tork maksimum pula boleh mencecah sehingga 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm dan harga pasarannya ketika ini adalah RM320,000 (atas jalan tidak termasuk insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Andai kata PDRM jadi guna kereta model ini membanteras penjenayah dalam negara, cun tak cun?

Kena pula kalau yang bawa tu abang polis yang hensem, cairlah hati para gadis melihat jejaka yang tampan segak memberkas penjenayah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI