Tidak kiralah sama ada kereta baru atau lama penjagaan atau servis terutamanya menukar minyak enjin sangatlah penting. Disebabkan itulah setiap kereta telah dinyatakan awal-awal oleh pengeluar atau pusat servis bilakah masa terbaik untuk kita tukar minyak enjin.
Kenapa perkara ini sering diberikan penekanan oleh mereka? Ia sebenarnya bagi memastikan kereta dapat berfungsi pada tahap paling baik. Dan lebih penting ia boleh mengelakkan enjin dari berdepan kerosakan yang tidak sepatutnya.
Bukan sahaja melancarkan fungsi pergerakan enjin malah minyak ini juga boleh memberikan perlindungan kepadanya. Namun ada ketikanya mungkin kita lupa atau terlepas pandang terhadap servis minyak enjin ini.
Maklumlah kebiasannya ia perlu ditukar setiap 10 ribu kilometer perjalanan atau setiap 6 bulan. Jadi untuk selamat, perhatikan 5 petanda ini yang menunjukkan kereta anda benar-benar perlu ditukar minyak enjin!
Ini petanda yang kita semua cukup takuti! Tahukah anda ini merupakan salah satu bentuk amaran menunjukkan enjin kereta sedang menghadapi masalah. Bau ini keluar kerana kepanasan yang melampau berlaku dan ada minyak terbakar dalam sistem ekzos.
Ia juga biasanya akan disertakan dengan warna asap kereta asama ada kelabu atau biru. Jika anda simptom ini tukarlah minyak enjin dengan segera.
Apabila enjin tidak dapat berfungsi dengan baik kerana minyak enjin berkurangan atau tidak elok, ia boleh menyebabkannya bunyi bising dan juga bergegar dengan kuat.
Salah satu tugas minyak enjin adalah untuk melancarkan fungsinya. Namun jika ia tidak elok, enjin akan jadi terlalu panas dan juga bergegar. Jika ini berlaku tukarlah minyak enjin.
Perkara ini bukanlah satu misteri. Jika ia menyala ini bermakna ada yang tidak kena dengan enjin anda. Dan salah satu penyebabnya mungkin minyak enjin yang berkurangan. Jika minyak enjin sedikit lampu amaran itu boleh menyala.
Malah kadang-kadang ia menyala bersama dengan satu lagi amaran iaitu ‘check engine’. Jika minyak enjin kurang, tambahlah dengan segera. Kemudian bawa kereta ke bengkel dengan segera.
Tahukah anda minyak enjin yang bersih biasanya berwarna coklat. Selepas semakin lama digunakan ia berubah menjadi semakin gelap dan hitam sepenuhnya. Jadi semasa melakukan pemeriksaan selain paras minyak perhatian juga kualiti warnanya. Jika terlalu cair dan gelap itu bermakna minyak enjin perlu ditukar dengan segera.
Anda perasan semakin lama semakin kuat kereta ‘makan’ minyak. Perbelanjaan pun jadi naik tak tentu fasal. Jika ini berlaku itu salah satu puncanya adalah disebabkan minyak enjin berkurangan dan tak cukup. Minyak enjin yang terlalu cair juga boleh menjadi punca. Ini kerana enjin kereta perlu bekerja lebih keras maka lebih banyak bahan api yang diperlukannya.
Diharapkan perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!