Tidak kiralah sama ada kereta baru atau lama penjagaan atau servis terutamanya menukar minyak enjin sangatlah penting. Disebabkan itulah setiap kereta telah dinyatakan awal-awal oleh pengeluar atau pusat servis bilakah masa terbaik untuk kita tukar minyak enjin.
Kenapa perkara ini sering diberikan penekanan oleh mereka? Ia sebenarnya bagi memastikan kereta dapat berfungsi pada tahap paling baik. Dan lebih penting ia boleh mengelakkan enjin dari berdepan kerosakan yang tidak sepatutnya.
Bukan sahaja melancarkan fungsi pergerakan enjin malah minyak ini juga boleh memberikan perlindungan kepadanya. Namun ada ketikanya mungkin kita lupa atau terlepas pandang terhadap servis minyak enjin ini.
Maklumlah kebiasannya ia perlu ditukar setiap 10 ribu kilometer perjalanan atau setiap 6 bulan. Jadi untuk selamat, perhatikan 5 petanda ini yang menunjukkan kereta anda benar-benar perlu ditukar minyak enjin!
Ads
BAU HANGIT & TERBAKAR
Ini petanda yang kita semua cukup takuti! Tahukah anda ini merupakan salah satu bentuk amaran menunjukkan enjin kereta sedang menghadapi masalah. Bau ini keluar kerana kepanasan yang melampau berlaku dan ada minyak terbakar dalam sistem ekzos.
Ia juga biasanya akan disertakan dengan warna asap kereta asama ada kelabu atau biru. Jika anda simptom ini tukarlah minyak enjin dengan segera.
GEGARAN ENJIN
Apabila enjin tidak dapat berfungsi dengan baik kerana minyak enjin berkurangan atau tidak elok, ia boleh menyebabkannya bunyi bising dan juga bergegar dengan kuat.
Ads
Salah satu tugas minyak enjin adalah untuk melancarkan fungsinya. Namun jika ia tidak elok, enjin akan jadi terlalu panas dan juga bergegar. Jika ini berlaku tukarlah minyak enjin.
SIMBOL LAMPU MINYAK MENYALA
Perkara ini bukanlah satu misteri. Jika ia menyala ini bermakna ada yang tidak kena dengan enjin anda. Dan salah satu penyebabnya mungkin minyak enjin yang berkurangan. Jika minyak enjin sedikit lampu amaran itu boleh menyala.
Malah kadang-kadang ia menyala bersama dengan satu lagi amaran iaitu ‘check engine’. Jika minyak enjin kurang, tambahlah dengan segera. Kemudian bawa kereta ke bengkel dengan segera.
Ads
PERUBAHAN WARNA KETARA
Tahukah anda minyak enjin yang bersih biasanya berwarna coklat. Selepas semakin lama digunakan ia berubah menjadi semakin gelap dan hitam sepenuhnya. Jadi semasa melakukan pemeriksaan selain paras minyak perhatian juga kualiti warnanya. Jika terlalu cair dan gelap itu bermakna minyak enjin perlu ditukar dengan segera.
KERETA KUAT MAKAN MINYAK
Anda perasan semakin lama semakin kuat kereta ‘makan’ minyak. Perbelanjaan pun jadi naik tak tentu fasal. Jika ini berlaku itu salah satu puncanya adalah disebabkan minyak enjin berkurangan dan tak cukup. Minyak enjin yang terlalu cair juga boleh menjadi punca. Ini kerana enjin kereta perlu bekerja lebih keras maka lebih banyak bahan api yang diperlukannya.
Diharapkan perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Satu hakikat yang tidak boleh kita nafikan, jenama Proton cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Walau apa jua kritikan yang selama ini mereka berikan kepada Proton, itu sebenarnya luahan rasa sayang mereka terhadap jenama automotif negara tersebut.
Setiap model yang diperkenalkan pasti mendapat perhatian yang cukup besar sama ada di showroom, laman media sosial dan juga media-media arus perdana. Di antara model yang paling ditunggu-tunggu ialah Proton X50.
Sejak ia mula diumumkan pada tahun 2018 ramai rakyat Malaysia sangat teruja dan tidak sabar menantikan kehadiran Proton X50. Pasaran kenderaan SUV kompak juga turut menjadi semakin popular dan ia sedikit sebanyak menyumbang terhadap keterujaan itu.
Lebih menarik lagi, sebelum ini telah tular apabila ia dilihat dipandu uji di aras jalan raya sejak September yang lalu. Keterujaan tersebut kini semakin memuncak selepas tularnya di laman media sosial foto memaparkan senarai harga Proton X50 di atas jalan raya tanpa insuran.
Foto khabar angin yang tular tersebut memaparkan harga Proton X50 bermula pada RM75,800 dengan model spesifikasi paling tinggi pula pada harga RM103,800.
Jika dibandingkan di pasaran harga yang dinyatakan menerusi foto tersebut ternyata jauh lebih rendah berbanding jenama pesaing yang lain. Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak Proton. Peminatnya seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan Proton X50, begitu juga MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu perkara yang cukup meresahkan kita apabila berdepan cuaca panas ialah bahang di dalam kereta yang diletakkan di kawasan terbuka. Kadang-kadang kereta diletakkan tidak sampai setengah jam pun sudah cukup membuatkan kereta jadi berkuap dan sangat panas.
Ada yang guna teknik turunkan tingkap sedikit untuk kurangkan bahang. Namun teknik itu cukup berisiko dan bahaya untuk keselamatan kereta anda. Hendak tidak hendak, terpaksalah ‘blast’ aircond paling kuat ketika mula memasuki kereta.
Tapi tahukah anda terdapat dua cara yang sangat mudah untuk atasi masalah ini? Selepas ini tidak perlu lagilah turunkan tingkap segala bagai seperti itu.
Berikut dua langkah mudah boleh anda lakukan!
Ketika mula memandu, pastikan flap air-cond tertutup agar kereta kekal sejuk
Tujuan flap air-cond ini ditutup agar udara yang ada di dalam kereta berlegar-legar di dalam kereta sahaja, selain mengekalkan udara yang sejuk sepanjang anda memandu
Ketika letak kereta di kawasan terbuka dan panas, pastikan flap air-cond dibuka
Bila anda parking kereta di tempat panas atau tidak berbumbung, bukakan flap air-cond ini. Ia bertujuan agar pengudaraan keluar masuk dan kereta anda rasa kurang panas.
Sebarang peringatan, jangan lupa tutup semula flap air-cond ini agar habuk dari luar tidak masuk ke dalam kereta.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk info dan tip menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Motosikal merupakan kenderaan yang amat penting di tengah Bandar. Ia selalu digunakan warga kota untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh melambatkan perjalanan dari rumah ke pejabat.
Selain itu, ia juga membantu orang Bandar untuk menjimatkan kos petrol bulanan. Namun, ramai orang mengambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis yang sepatutnya dilakukan apabila mencecah jarak perbatuan sebanyak 1500-4000KM.
Penunggang motosikal harus tahu bahawa setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat untuk menukar minyak enjin apabila mencapai jarak perbatuan 1500-4000KM. Jika melebihi jarak tersebut, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu.
Kesan pengabaian tukar minyak adalah:
Masa yang sama anda tiada pilihan lain melainkan tukar sahaja minyak enjin motosikal mengikut kitaran yang sepatutnya. Pastikan untuk menggunakan minyak enjin yang berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred yang ditetapkan atau direkomenkan oleh pengeluar.
Akhir sekali, hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.