Kereta F1 Technic McLaren Formula 1 2022 Versi LEGO Kini Diperkenalkan, Bakal Jadi Item Rebutan!

Share

Musim perlumbaan Formula 1 (F1) pada musim lalu cukup mendebarkan dan berkahir dengan drama yang cukup mengujakan. Jadi tidak hairanlah mengapa tumpuan terhadap sukan permotoran nombor satu dunia tersebut seakan mendapat populariti semakin melonjak untuk musim terbaru.

Di antara pasukan yang sentiasa menghiasa siri perlumbaan tahunan F1 ialah pasukan McLaren yang pastinya ingin memberikan cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain.

Dalam tempoh terdekat McLaren dijangka memperkenalkan jentera prototaip terbaru bagi musim tahun ini. Sementara itu mereka telah bekerjasama dengan pembikin mainan blok palin popular di dunia, LEGO untuk menghasilkan kereta miniatur yang cukup menarik.

Jika anda meminati LEGO, pastinya tidak mahu melepaskan koleksi terbaru LEGO Technic 2022 McLaren Fomrula 1 Race Car yang dilancarkan baru-baru ini. Dan ia memang kelihatan sangat ‘gempak’!

MASKULIN menjangkakan koleksi ini pasti menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pemminat LEGO tetapi F1 secara amnya. Difahamkan, LEGO telah bekerja dengan cukup keras bagi menyiapkan model ini sebelum bermulakan musim baharu F1 pada tahun 2022.

Koleksi ini juga bakal dipasarkan di negara kita bermula bulan hadapan dengan pada harga RM799.90. Harga yang sedikit tinggi berbanding seleksi LEGO biasa namun nilainya pasti tidak menjadi masalah buat pengumpul tegar.

Menariknya, perincian pada model LEGO Technic ini turut sama seperti perubahan dan syarat yang ditetapkan untuk perlumbaan F1 2022 terutamanya di bahagian aero pakej dan roda atau tayar yang lebih besar.

Pakar dari kedua-dua bidang juga sama-sama bekerja secara rapat bagi menghasilkan model yang hampir menyerupai kereta lumba sebenar. Antaranya ialah memaparkan enjin V6 silender dengan piston bergerak, stering, suspensi dan juga diffrential.

Buat peminat LEGO dan F1 inilah model yang harus ada dalam koleksi anda.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim