Foto: World Today News

Besar sungguh dugaan buat mangsa-mangsa banjir luar biasa yang berlaku sejak dua hari lalu. Lebih mengejutkan lokasi-lokasi yang tidak pernah banjir seperti di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dinaiki air dengan cukup dalam.

Begitu juga dengan beberapa lokasi di Pantai Timur seperti Kuantan dan beberapa tempat lagi. Dalam tempoh 48 jam ini pelbagai perkongsian yang cukup menyayat hati telah dapat kita ikuti menerusi laman media sosial dan juga saluran berita semasa.

Ribuan kenderaan juga dilihat telah ditenggalami air disebabkan air naik dengan terlalu cepat. Kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir memang cukup besar. Ia dicampur pula dengan kehilangan dan kerosakan harta benda.

Buat mangsa banjir semoga anda dapat tabah berdepan dugaan yang besar seperti ini. MASKULIN doakan segala urusan anda semua dipermudahkan dan mendapat bantuan dengan kadar segera.

Kereta Ditenggelami Banjir, Ini 5 Tip Perlu Dilakukan Salah Satunya Elak Dari Cuba Hidupkan Enjin

Perkongsiam MASKULIN kali ini tidak cukup besar mana namun diharapkan dapat memberikan manfaat untuk anda. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip tentang apa perlu anda lakukan selepas mendapatkan kenderaan yang ditenggelami air banjir.

Ads

JANGAN HIDUPKAN ENJIN

Pertama sekali setelah air surut dan anda pergi untuk menjenguk kereta, elakkan dari menghidupkan enjin. Ia kerana dikhuariti boleh menyebabkan berlakunya litar pintas. Beberapa komponen utama seperti sistem gar dan enjin mungkin telah rosak akibat dimasuki air.

CABUT BATERI

Antara perkara pertama andaboleh lakukan ialah cabut atau tanggalkan bateri. Kemudian anda boleh susuli dengan memanggil mekanik atau menundanya terus ke bengkel.

TENGOK PARAS TENGGELAM

Sebelu itu, anda juga boleh perhatikan dulu sehingga paras manakah air telah mengenggelami kereta. Kebiasannya air banjir akan tinggalkan kesan dan boleh dilihat dengan jelas para air yang telah tenggelamkan kereta anda. Ia penting bagi memastikan sama ada ia telah mungki merosakkkan bahagia enjin atau sebagainya. Guna maklumat ini dan beritahu kepada mekanik.

Ads

PANGGIL LORI TUNDA

Pastikan anda memanggil servis lori tunda yang dipercayai. Berhati-hati kerana mungkin ada pihak yang tak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan. Namun usah risau kerana bila berlakunya musibah seperti ini ramai pihak yang akan tampil ingin berikan bantuan.

PERIKSA ENJIN & KOTAK GEAR

Selepas tiba dibengkel anda boleh minta mekanik untuk memeriksa bahagian enjin atau kotak gear terlebih dahulu. Dua komponen ini amat kritikal dan perlu diberikan perhatian sebaiknya. Jika didapati jandungan minyak enjin atau minyak gear melebihi dari yang sepatutnya itu bermakna enjin telah dimasuki air. Dari sini anda mungkin sudah boleh berkira-kira sejauh mana kerosakan perlu ditanggung.

FLUSH PETROL

Jika perlu anda perlu minya mekanik untuk lakukan proses ini. Jika air telah memasuki bahagian tangki minyak dan perlu dikeluarkan kerana ia telah bercampur.

Ads

KERINGKAN KOMPONEN LUARAN

Tanggalkan dan keringkan kesemua kompoen yang oleh ditanggalkan. Keringkan dan cuci sebaik mungkin. Namun elak dari melakukan semburan air ke arah lubang penapis ydara dan penutup pelincir minyak.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberikan manfaat buat anda.

Kita jaga kita!

Kredit: carsome.my

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI