Banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, selain puting beliung antara kesan cuaca yang diramal boleh berlaku sepanjang fasa peralihan monsun yang sedang dialami di kebanyakan negeri Malaysia.
Berlaku tanpa diduga, dan apabila kereta anda terperangkap dalam air banjir, ia boleh mengakibatkan kerosakan yang serius. Membaiki kenderaan yang terjejas oleh banjir mungkin memerlukan kos yang tinggi, namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.
Tip jika kereta ditenggelami air banjir
Sebelum tenggelam
- Jika kenderaan memang tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
- Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan akan dibiarkan tanpa dihidupkan. Biasanya musibah banjir berlarutan berhari-hari malah ada yang lebih seminggu.
- Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam
- Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Juga, jangan sesekali cuba untuk memandu meredah banjir.
Setelah banjir surut
- Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Ini pantang besar yang tidak boleh dilakukan jika kenderaan ditenggelami air.
- Gunakan khidmat lori tunda untuk ditunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Sama ada rosak banyak atau rosak sikit.
- Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Namun jika enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
- Bagi sistem transmisi kereta jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyak beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Perkara ini akan diberitahu oleh mekanik. Mungkin perlu 3 hingga 5 kali flush atau mungkin lebih.
- Tapi bagi kereta sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan perlu melalui proses overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Atau terpaksa menukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
- Sistem elektornik kereta mungkin boleh diselamatkan, cuma kesannya akan nampak dalam masa yang panjang.
- Kusyen kereta pula memang akan kotor dan berbau. Ia perlu dicuci biasanya, pihak bengkel akan tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir.
- Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab semua kerusi akan dibuka dan dicuci dengan teliti. Akan tetapi selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap akan ada. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut lebih kurang sebulan.
- Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada tindakan kita semasa banjir sama ada kita hidupkan enjin atau tidak. Jika enjin kereta dihidupkan, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak.
- Jika enjin tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidaklah begitu tinggi. Selain itu ia juga bergantung kepada jenis kenderaan.
Semoga urusan pemilik kereta yang mengalami musibah ini dipermudahkan.
Sumber
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.