Image by peoplecreations on Freepik

Sedang syok memandu tiba-tiba anda perasa ada bau hangit menerjah ke hidung anda. Lebih merisaukan anda sendiri tidak tahu dari manakah datangnya bau hangit tersebut. Tapi apa yang anda pasti ia berpunca daripada kereta sendiri.

Masalah ini sebenarnya tidak asing lagi dan ia boleh berlaku terutamanya kepada kereta yang usianya mungkin sudah melebihi lima tahun. Apabila ada bau hangit itu memberi petanda jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta anda.

Kereta Ada Bau Hangit Ketika Dipandu, Kenali Punca Kenapa Ia Berlaku
Foto: nokout.com

Dan paling penting ia tidak boleh dibiarkan lama dan harus ambil tindakan dengan segera bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari YouTube Project Diy&Restore yang berkongsi masalah pelanggannya mengadu kereta Perodua Viva berbau hangit ketika dipandu.

Jelasnya, pada kebiasaannya bau hangit datang salah satu punca.

1. Bahagian komponen enjin yang mana ada lubang atau sambungan tidak ditutup dengan kemas.

2. Masalah kebocoran pada enjin juga boleh menjadi punca utama. Apabila kereta dipandu enjin secara normalnya akan menjadi panas. Tapi apabila ada masalah kebocoran minyak enjin akan mengalir keluar. Enjin yang panas dan terkena minyak ini akan menyebabkan terjadinya bau hangit.

Ads

Kereta Ada Bau Hangit Ketika Dipandu, Kenali Punca Kenapa Ia Berlaku

3. Masalah bau hangit juga boleh terkait dengan sistem ekzos. Seperti di atas apabila ada kebocoran minyak yang terkena ekzos yang sedang panas juga boleh menyebabkan berlakunya bau hangit. Jadi cara untuk selesaikan masalah ini ialah dengan membereskan dan memperbaiki masalah kebocoran dengan segera.

Kereta Ada Bau Hangit Ketika Dipandu, Kenali Punca Kenapa Ia Berlaku

Selain masalah kebocoran yang dinyatakan di atas terdapat beberapa punca lain yang boleh anda perhatikan. Antaranya ialah:

Ads

– terdapat beg plastik yang tersangkut pada bahagian bawah kereta dan melekat pada ekzos. Plastik yang cair ini akan menyebabkan bau hangit.

Kereta Ada Bau Hangit Ketika Dipandu, Kenali Punca Kenapa Ia Berlaku

– saluran ekzos yang terkena minyak enjin yang bocor

Ads

– brek pad yang rosak dan melekat lalu mengeluarkan bau hangit

Kereta Ada Bau Hangit Ketika Dipandu, Kenali Punca Kenapa Ia Berlaku

Ingat ya. Jika anda mengesan bau hangit terutamanya ketika memandu sila jangan berlengah. Bawalah kereta anda ke bengkel dengan segera. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat untuk anda.

Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video automotif terbaik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI