Tahukah anda bahawa lelaki sebenarnya sangat pentingkan gaya rambut mereka? Jika selama ini kita hanya diomong bahawa wanita sahaja yang anggap rambut sebagai mahkota mereka tapi sebenarnya lelaki pun apa kurangnya.
Disebabkan itu juga industri penjagaan rambut sama ada servis, produk mahupun penjagaan rapi merupakan perniagaan bernilau jutaan ringgit. Malah lelaki juga sebenarnya tidak lokek untuk berbelanja lebih demi mendapatkan gaya serta kondisi rambut yang ada stail dan sihat.
Trend potongan rambut boleh berubah dari semasa ke semasa. Kebiasaannya trend gaya rambut banyak dipengaruhi oleh indvidu berpegaruh seperti selebriti, bintang bola sepak dan ikon perniagaan.
Tapi tahukah anda kita boleh membaca karakter seorang lelaki dengan melihat kecenderungan gaya rambutnya?
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 karakter lelaki menerusi 10 gaya rambut yang berbeza.
Seorang lelaki yang berjiwa klasik, mereka mempunyai kelebihan yang halus, kreatif dan bijak menyusun karakter diri agar bersesuaian dengan sifat orang di sekelilingnya.
Mereka adalah antara individu yang menyeronokkan, peramah dan mudah bergaul. Mereka juga sangat cekap dan kreatif dalam menyelesaikan tugasan harian. Selain itu, lelaki berambut kerinting juga rata-ratanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak dan adakalanya dilabel sebagai “sexy looking guy” oleh para gadis.
BACA: 10 Inspirasi Gaya Rambut Moden & Trendy Pada Masa Kini!
Merupakan jenis lelaki yang tidak pernah mengenal erti kalah. Mereka akan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Sifat mereka juga unik jika hendak dibandingkan dengan lelaki-lelaki bahkan tidak semua orang mampu menjadi tekun seperti mereka.
BACA: Jika Rambut Gugur, Ini 5 Petua Untuk Elak Jadi Botak
Mereka adalah golongan lelaki yang paling pandai menyimpan memori terindah, romantis dan halus jiwanya bahkan, mereka sentiasa dahagakan perhatian dan gemar mencari publisiti
Seperti Jack dalam filem “Titanic”, inilah lelaki comel pilihan ramai. Mereka adalah golongan jejaka yang paling romantis namun paling lama mengambil masa untuk bersiap! Mereka juga mampu menguruskan diri dengan baik dan sering menjadi tumpuan ramai wanita.
Nipis di bahagian sisi, ia menjadi stail pilihan lelaki yang berkeyakinan tinggi serta mempunyai bentuk badan sasa, mereka juga lazimnya suka menyimpan janggut agar sifat ‘kejantanan’ diri lebih menyerlah! Faedah lain untuk berhubungan dengan lelaki sebegini adalah mereka merupakan insan yang paling setia. Kalau sekali dah cakap sayang, memang sayanglah maknanya.
Bijak dan suka memikirkan tentang masa hadapan. Mereka bercita-cita tinggi dan tidak pernah gagal untuk membuat keputusan yang paling tepat dalam hidupnya. Insan yang menggemari stail rambut ini juga tidka suka berhadapan dengan benda-benda remeh, tak kisah apa yang orang hendak katakan diri mereka malah sangat setia kepada pasangan.
Lelaki yang bersifat moden, metroseksual dan tahu mengikut trend. Mereka adalah insan yang berkeyakinan tinggi dan tidak takut untuk menerima kritikan. Personaliti mereka juga menarik! Banyak yang perlu diselongkar untuk mengetahui lebih lagi tentang diri mereka ini.
Bijak, sedikit pemalu dan cepat cemas apabila berhadapan dengan situasi genting. Meskipun begitu, mereka senang bergaul dan mudah buat orang di keliling ‘jatuh hati’ dengannya.
Potongan rambut yang menyerlahkan garisan rambut bentuk ‘M’ ini adalah pilihan lelaki yang macho. Namun begitu, mereka adalah lelaki yang berhati lembut, mudah tersentuh dan sangat cemburu. Karisma mereka tinggi dan mahukan kekasih atau wanita pujaan hatinya memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka malah kadang-kala mereka ini pandai melawak!
Amacam?
Ada yang sama dengan karakter anda atau tidak? MASKULIN pasti ramaimpembaca yang tertarik dengan perkongsian ini.