Kerap Ulang-Alik Masuk Bilik Air, Anda Mungkin Berdepan Masalah Ini

Share

Di kalangan lelaki sebenarnya terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh terkait dengan kondisi di mana kerap ulang-alik masuk tandas untuk buang air kecil.

Ketahuilah bahawa bila anda kerap lakukan perkara sama ia merupakan indikasi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Oleh sebab tersebutlah anda tidak boleh ambil ringan jika terlalu kerap ‘membuang’. Contohnya jika anda pegi ke tandas lebih daripada lapan kali sehari atau sering bangun pada tengah malam semata-mata nak kencing ia mungkin bermakna anda mengalami masalah kesihatan.

Di kalangan lelaki sebenarnya terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh terkait dengan kondisi di mana kerap ulang-alik masuk tandas untuk buang air kecil.

Berikut merupakan contoh penyakit dan simptom yang perlu anda perhatikan!

1. Diabetes

Kerap membuang air kecil dalam jumlah yang tidak normal merupakan gejala awal diabetes. Ini kerana badan anda cuba untuk membersihkan glukosa yang tidak digunakan di dalam darah melalui air kencing.

2. Gangguan prostat

Pembesaran prostat boleh memerah uretra atau saluran kencing yang menutup aliran air kencing. Jadi keadaan ini menyebabkan berlaku abnormaliti pada dinding pundi kencing. Akibatnya pundi kencing menjadi mudah untuk mengecut walaupun terdapat sedikit air sahaja kandungan air. Lantas menyebabkan anda rasa selalu buang air kecil.

3. Strok atau penyakit saraf

Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan fungsi pundi kencing juga boleh menyebabkan kerap seorang membuang air kecil. Jadi amat penting anda melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dengan doktor.

4. Diverticulitis

Diverticulitis merupakan sejenis keradangan pada dinding usus besar. Tanda-tandanya adalah sakit yang bermula dari pusat dan bergerak ke bahagian bawah abdomen, demam, kerap membuang air kecil disertai dengan sakit ketika membuang air kecil, pendarahan rektum.

5. Faktor psikologi

Salah satu daripada perkara tersebut adalah kebimbangan yang berlebihan dan lama. Sebagai contoh, kebimbangan tentang kewangan, kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi tidak boleh menjelaskan mengapa tertentu (gangguan kebimbangan keseluruhan).

Gejala di samping kerap membuang air kecil yang berdebar-debar, berpeluh, ketegangan otot, insomnia, mudah terperanjat, cepat marah, sukar menumpukan perhatian, menggeletar, loya, cirit-birit, sakit belakang, dan sakit kepala.

6. Jangkitan saluran kencing

Sentiasa mahu untuk membuang air kecil yang tidak dapat ditahan, dan disertai dengan demam dan rasa tidak selesa atau sakit di bahagian perut boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing.

7. Pundi kencing terlalu aktif

Keadaan di mana otot-otot pundi kencing kontrak tiba-tiba di luar kawalan, menyebabkan keinginan untuk membuang air kecil kencing walaupun pundi kencing tidak penuh air kencing.

8. Jangkitan buah pinggang

Selain kerap membuang air kecil, gejala termasuk sakit belakang, sakit di pangkal paha, loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan menggigil.

9. Batu karang

Mimpi buruk seorang lelaki! Pernah lihat agaimana seoraang lelaki menderita batu karang? Memang cukup mengerikan. Batu karang ialah batu mineral yang terbentuk di dalam pundi kencing sebagai air kencing pekat.

Gejala-gejala lain daripada batu karang dalam pundi kencing adalah kencing keluar sedikit disertai dengan sakit, bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil, sakit di bahagian bawah abdomen dan terdapat darah dalam air kencing atau warna air kencing bertukar gelap dan keruh.

10. Mengambil ubat diuretik

Jika anda mengambil ubat diuretik iaitu sejenis ubat untuk tekanan darah tinggi atau pembendungan cecair di dalam buah pinggang. Ubat ini akan memberikan reaksi kepada badan anda untuk mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Lalu menyebabkan anda rasa ingin sentiasa buang air kecil.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim