Anda seorang yang sentiasa melakukan aktviti cergas dan minum banyak air. Lalu setiap hari anda kerap masuk tandas masuk tandas untuk melunaskan hajat ‘membuang’ terutamanya yang ‘kecil’.
Tapi tahukah anda jika kerap masuk tandas dengan jumlah yang banyak dalam sehari ia ia mungkin petanda ada sesuatu yang tak kena pada diri anda?
Dan tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis penyakit dikaitkan dengan simptom kerap kencing.
Sebab itulah anda tak boleh ambil ringan jika ia berlaku. Sebagai contoh jika anda pegi ke tandas lebih daripada lapan kali sehari atau sering bangun pada tengah malam semata-mata nak kencing ia mungkin bermakna anda mengalami masalah kesihatan.
Berikut merupakan contoh penyakit dan simptom yang perlu anda perhatikan!
Kerap masuk tandas dan membuang air kecil dalam jumlah yang tidak normal merupakan gejala awal diabetes. Ini kerana badan anda cuba untuk membersihkan glukosa yang tidak digunakan di dalam darah melalui air kencing.
2. Gangguan prostat
Pembesaran prostat boleh memerah uretra atau saluran kencing yang menutup aliran air kencing. Jadi keadaan ini menyebabkan berlaku abnormaliti pada dinding pundi kencing. Akibatnya pundi kencing menjadi mudah untuk mengecut walaupun terdapat sedikit air sahaja kandungan air. Lantas menyebabkan anda rasa selalu buang air kecil.
Ads
3. Strok atau penyakit saraf
Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan fungsi pundi kencing juga boleh menyebabkan kerap seorang membuang air kecil. Jadi amat penting anda melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dengan doktor.
Diverticulitis merupakan sejenis keradangan pada dinding usus besar. Tanda-tandanya adalah sakit yang bermula dari pusat dan bergerak ke bahagian bawah abdomen, demam, kerap membuang air kecil disertai dengan sakit ketika membuang air kecil, pendarahan rektum.
Salah satu daripada perkara tersebut adalah kebimbangan yang berlebihan dan lama. Sebagai contoh, kebimbangan tentang kewangan, kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi tidak boleh menjelaskan mengapa tertentu (gangguan kebimbangan keseluruhan).
Gejala di samping kerap membuang air kecil yang berdebar-debar, berpeluh, ketegangan otot, insomnia, mudah terperanjat, cepat marah, sukar menumpukan perhatian, menggeletar, loya, cirit-birit, sakit belakang, dan sakit kepala.
6. Jangkitan saluran kencing
Sentiasa mahu untuk membuang air kecil yang tidak dapat ditahan, dan disertai dengan demam dan rasa tidak selesa atau sakit di bahagian perut boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing.
7. Pundi kencing terlalu aktif
Keadaan di mana otot-otot pundi kencing kontrak tiba-tiba di luar kawalan, menyebabkan keinginan untuk membuang air kecil kencing walaupun pundi kencing tidak penuh air kencing.
Ads
8. Jangkitan buah pinggang
Selain kerap membuang air kecil, gejala termasuk sakit belakang, sakit di pangkal paha, loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan menggigil.
Mimpi buruk seorang lelaki! Pernah lihat agaimana seoraang lelaki menderita batu karang? Memang cukup mengerikan. Batu karang ialah batu mineral yang terbentuk di dalam pundi kencing sebagai air kencing pekat.
Gejala-gejala lain daripada batu karang dalam pundi kencing adalah kencing keluar sedikit disertai dengan sakit, bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil, sakit di bahagian bawah abdomen dan terdapat darah dalam air kencing atau warna air kencing bertukar gelap dan keruh.
10. Mengambil ubat diuretik
Jika anda mengambil ubat diuretik iaitu sejenis ubat untuk tekanan darah tinggi atau pembendungan cecair di dalam buah pinggang. Ubat ini akan memberikan reaksi kepada badan anda untuk mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Lalu menyebabkan anda rasa ingin sentiasa buang air kecil.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gastrik antara masalah sangat lazim ketika bulan puasa ini.
Secara umumnya penyakit ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila ada individu berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama, iaitu gastritis. Jika ada yang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut.
Namun, jangan jadikan alasan untuk tidak berpuasa disebabkan gastrik kerana ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan serangan ketika berpuasa.
Menurut Public Health Malaysia, dalam Islam memang Rasulullah SAW sudah mengajar cara untuk mengelakkannya dan Sains telah membuktikan beberapa teknik ini boleh membantu menghadapi gastrik sewaktu Ramadan.
Berikut antara tip yang boleh diikuti:
• Jangan terlebih makan ketika berbuka
• Jangan makan 3-4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh
• Jangan terus tidur selepas bersahur
• Lewatkan sahur, segerakan berbuka
• Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara berbuka dan sahur
• Minum susu satu gelas sewaktu sahur
• Buang tabiat merokok
• Makan sedikit + kurma waktu berbuka
Elak makan makanan berikut:
• Berminyak: Gorengan
• Berasid: Limau dan lain-lain
• Makanan terlalu pedas
• Makan proses/tin
• Tinggi gula
• Kafein – kopi/teh
Gambar hiasan
Makan makanan berikut:
• Kurma
• Kacang badam
• Pisang
• Makanan yang dipanggang
Gambar hiasan
Ingat tu, jangan jadikan gastrik sebagai alasan tak mahu puasa tau. Apa yang penting, anda cuba amalkan tip yang dikongsikan ini dan jaga pemakanan sewaktu berpuasa okay?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Sakit Belakang
Malah, kajian mendapati dianggarkan lebih 80 peratus individu terutamanya lelaki orang mengalami sakit belakang pada usia menjelang 40-an. Bukan sahaja ia menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Public Health Malaysia dalam satu perkongsian memberi sebab perkara ini terjadi. Antara penyebab seseorang itu boleh mengalami sakit belakang adalah:
1.Duduk terlalu lama tanpa bergerak.
2.Membongkok semasa mengambil mengangkat barang berat.
3.Pakai kasut tumit tinggi terlalu lama
4.Tidur meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi
5.Bawa beg berat di sebelah bahu
6.Letak dompet di poket belakang
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
Ujian sinar X dan MRI
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Teh dan rakyat Malaysia memang tak boleh di pisahkan, lagi-lagi jika melepak di kedai mamak.
Namun, ada satu perkara yang kena ambil tahu – minum teh berlebihan boleh ganggu kesihatan, terutamanya bab zat besi dan anemia.
Menurut Dr Zubaidi menerusi perkongsiannya, kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah.
Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat.
Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser.
Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan zat besi. Bagi pesakit anemia, sudah tentu ia menyebabkan tahap zat besi dalam tubuh berkurangan dan ini mengganggu pembentukan haemoglobin. Tahap haemoglobin menjadi yang semakin rendah.
Satu laporan dari Colorado State University mendapati bahawa minum teh boleh mengurangkan penyerapan besi sehingga 60 peratus. Oleh itu, orang yang mempunyai masalah anemia dinasihatkan agar tidak minum teh bersama makanan.
Jika mahu, minum teh perlu 1-2 jam selepas makan supaya kandungan tanin dalam teh tidak mengganggu penyerapan zat besi dari makanan yang kita makan.
Namun menurut kajian lain yang dijalankan oleh M Nelson dan J. Poulter, jika kita tidak mempunyai masalah anemia, kita tidak akan berisiko mengalami anemia. Penurunan tahap zat besi dalam tubuh akan lebih jelas memberikan kesan jika sedia ada mempunyai masalah anemia. Dengan kata lain, jika kita tidak mempunyai anemia atau masalah lain berkaitan dengan tahap zat besi atau penyerapan nutrien, minum teh tidak menjadi masalah.
Namun dicadangkan minum teh tidak boleh melebihi lima cawan setiap hari. Jika diamalkan bertahun-tahun ia boleh menyebabkan kita mengalami risiko kesihatan seperti insomnia, anemia, ketagihan atau pergantungan, dan kerapuhan tulang (osteophorosis).
Memang teh ni ada banyak kebaikan, tapi jangan pandang sebelah mata!