Kerap Berpuasa Isnin Dan Khamis Buat Lelaki Lambat Tua

Share

Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.

Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.

Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.

Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.

kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.

Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.

“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.

“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.

Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.

“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.

“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.

Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.

Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.

Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’

Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.

“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.

“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.

“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.

Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.

Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.

Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).

 

Panduan bagi penuaan kognitif sihat

• Kawal paras gula ke tahap normal.

• Kawal aras lemak ke tahap normal.

• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.

• Ambil ikan lima hidangan seminggu.

• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.

• Lakukan aktiviti merangsang minda.

• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.

• Elakkan merokok dan alkohol.

Minyak ikan:

• Kaya dengan DHA

• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.

Faktor risiko diemensia:

• Kegemukan

• Kurang cergas

• Kurang membaca

Published by
Kim Rahim