Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan penyakit yang asing dalam kalangan kita mahupun di dunia. Dianggarkan lebih 970 juta penduduk dunia berdepan penyakit ini yang berkait rapat dengan amalan gaya hidup. Malah, di Malaysia jumlah penghidap hipertensi dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas meningkat mencecah 30 peratus populasi kumpulan umur terbabit.
Hipertensi digelar pembunuh senyap kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal, tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi dalam kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia. Kajian menunjukkan hipertensi boleh mengakibatkan kerosakan dalam diam terhadap organ dalaman badan selama bertahun-tahun sebelum simptom timbul. Satu daripada komplikasi hipertensi adalah bengkak di saluran aorta (aneurisme) dan masalah ini boleh mengundang maut berikutan aneurisme terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak.
Aorta adalah saluran darah paling besar dan terpenting dalam badan manusia yang membawa darah beroksigen keluar dari jantung ke organ lain. Dinding aorta bersifat tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Akibat hipertensi, aorta menerima tekanan yang melampau tinggi dan lama-kelamaan dinding saluran darah ini akan rosak dan menjadi lemah.
Ini akan menyebabkan keseluruhan atau sebahagian daripada dinding aorta mengembang atau membengkak umpama belon dan ini yang dinamakan aneurisme. Bagaimanapun, pembentukan aneurisme ini berlaku sedikit demi sedikit dalam tempoh antara 20 hingga 30 tahun sebelum pesakit menunjukkan simptom masalah ini. Tekanan darah tinggi yang berlebihan kemudian menyebabkan dinding aorta yang lemah dan mengembang itu pecah atau terkoyak dan pesakit akan mengalami pendarahan dalaman yang teruk.
Ads
Saluran darah yang pecah berkenaan akan memutuskan bekalan darah ke organ lain. Akibatnya, pesakit akan berdepan masalah kesihatan bergantung pada organ yang tidak menerima bekalan darah. Jika saluran darah yang membekalkan oksigen dan tenaga ke otak pecah, pesakit akan mendapat strok. Begitu juga pesakit akan mengalami kegagalan buah pinggang dan serangan jantung jika saluran darah ke organ itu terputus bekalan.
Mana-mana bahagian aorta dari jantung ke otak dan kaki boleh mengembang. Malah, bengkak juga boleh berlaku di beberapa tempat di sepanjang saluran darah utama ini. Ia juga boleh berulang walaupun masalah yang pertama sudah diatasi menerusi pembedahan.
Ads
Aneurisme ini dicirikan dengan bengkak yang terjadi pada sebelah dinding saluran darah dinamakan ‘saccular aneurysm’, manakala bengkak yang terjadi pada kedua-dua belah dinding saluran darah dinamakan ‘fusiform aneurysm’.
“Pesakit dengan ‘saccular aneurysm’ perlu menjalani pembedahan awal dan cepat berikutan risiko untuk ia pecah berlaku pada bila-bila masa. Bagi pesakit dengan ‘fusiform aneurysm’ pula, mereka perlu menunggu bengkak itu membesar lebih daripada lima sentimeter sebelum pembedahan dijalankan. “Kes pesakit aorta aneurisme paling banyak adalah bengkak pada kedua-dua belah dinding saluran darah. Ini dapat dilihat menerusi pemeriksaan sinar-X apabila diameter aorta mengembang lebih lima sentimeter. Diameter aorta normal berukuran kurang dua sentimeter.
Ads
Jenis aneurisme aorta ditentukan mengikut lokasi berlaku pengembangan saluran darah iaitu dalam dada dikenali Aneurisme Aorta Torasik, manakala dalam abdomen iaitu kawasan di bawah dada dan di atas ruang pelvis dikenali Aneurisme Aorta Abdomen. Simptom yang timbul apabila aneurisme pecah atau sudah terlalu besar seperti sakit yang teruk pada bahagian belakang, dada dan dalam perut. Pesakit juga sukar bernafas dan menelan, lemah dan pengsan.
Selain hipertensi, kerosakan pada dinding aorta turut berpunca daripada penuaan, jangkitan, kolesterol tinggi, pembentukan plak dalam saluran darah arteri, kecederaan traumatik mengejut dan sejarah keluarga dengan penyakit terbabit.
Rata-rata pesakit aneurisme aorta adalah daripada kalangan populasi berusia lebih 60 tahun disebabkan faktor usia dan komplikasi penyakit tidak berjangkit. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini turut terdedah mengalami penyakit yang sama. Malah, bagi faktor keturunan penyakit ini boleh berlaku pada usia yang lebih muda dan mempunyai kadar aneurisme pecah yang lebih tinggi. Namun, ada juga yang dilahirkan dengan masalah kesihatan yang meningkatkan risiko aneurisme aorta seperti tisu lemah atau aorta sempit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai anak muda sebak apabila melihat Khairy Jamaluddin mengeluarkan kata-kata beliau di laman sosial Instagram. Post yang berunsurkan tabah dan redha itu mendapat perhatian daripada ramai pihak khususnya anak muda. Banyak pengorbanan dan usaha beliau dalam memastikan hak belia terjaga dan sentiasa aktif. Di sini kami listkan pengorbanan dan sumbangan beliau dalam kebajikan Belia.
Sumber: Insta Khairykj
1)Aktif di media sosial
Lebih dekat dengan panggilan KJ, beliau sememangnya Menteri berjiwa rakyat. Di era serba moden ini, rata-rata anak muda menggunakan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi sesama sendiri. KJ merupakan Menteri yang sering memantau anak muda di laman sosial. Biarpun usianya tidak begitu mahir dengan arus globalisasi, namun kesungguhannya ‘fit in’ bersama anak muda amat dikagumi. Rata-rata anak muda bebas ber ‘tweet’ dan menyuarakan pendapat mereka di Instagram, Twitter dan Facebook KJ, dan lelaki ini memberi respon yang memberansangkan! Segala terma-terma yang digunapakai oleh anak muda masa kini seperti OOTD, Hashtag yang tidak relaven turut menjadi topik harian KJ.
Sumber: Insta Khairykj
2)Aktif bersukan
Kalau bab sukan, serahkan saja pada KJ. Beliau ini memang Fit. Banyangkan, beliau boleh melakukan push up dengan rap yang banyak dalam masa yang singkat. Ketika beliau masih bergelar Menteri Belia dan Sukan, banyak program telah dijalankan, contohnya Fit Malaysia, dan Hari Sukan Negara. Ini merupakan inisiatif KJ untuk menjadikan bukan saja Belia, malah rakyat Malaysia kekal aktif dan sihat sepanjang hayat.
Sumber: Insta Khairykj
3)Penyayang
Tengok saja telatahnya bersama si kecil. Setiap hari ada saja post berkaitan dengan si kecil di laman Instagram stories nya. Dalam pada masa yang sama, sifat beliau yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya amat disanjungi dan sayangnya terhadap seluruh rakyat Rembau dan Malaysia tidak dapat disangkal lagi.
Sumber: Insta Khairykj
4)Panggilan Abah
Untuk mendekatkan diri beliau dengan rakyat, beliau tidak menggalakkan umum memanggil beliau dengan panggilan YB. Malah dia lebih selesa menggelarkan dirinya Abah di mata umum. Masih ingat dengan komen beliau berkenaan isu Kpop? Beliau mengeluarkan statement bahawa pilihlah lelaki tall dark and hansome’ sepertinya lebih segak berbanding lelaki Korea tu. Pada ketika itu, KJ mendapat sambutan hangat dari seluruh lelaki di Malaysia. Banyak panggilan telah diberikan buat beliau. Antaranya Daddy, Papa, ayahda. Namun ia lebih selesa dengan panggilan Abah. Rasa macam bapak-bapak katanya.
Sumber: Insta Khairykj
5)Professionalism
Selepas kecoh rakyat Malaysia mengatakan bahawa Syed Saddiq bakal memegang tahta beliau dalam menguruskan belia dan sukan. KJ dan SS dilihat tweet sesama mereka. Di sini dapat kita saksikan KJ merupakan seorang yang tenang dalam menghadapi masalah dan tidak rasa iri hati pada kekalahan parti beliau, memperbaiki kesalahan dan sentiasa bergerak kehadapan. Kita berharap YB SS dapat meneruskan usaha KJ jika benar beliau akan memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Akhirnya Aliff Aziz bersuara selepas mendiamkan diri berhubung pelbagai isu terpalit dirinya.
Memetik laporan Vocket, Aliff Aziz mendakwa keretakan rumah tangganya berpunca daripada isterinya Bella Astillah yang bermain kayu tiga dengan lelaki dipercayai pelakon Muaz Zabir pada November tahun lalu.
Menerusi menerusi saluran Youtube podcast TheCommonFolks SG, Aliff memberitahu menyedari perkara itu selepas melihat mesej perbualan yang tersimpan dalam telefon isterinya itu. Jelas artis itu, perkara itu telah mengubah hidupnya.
“Pada tarikh 13 November tahun lalu ada perkara besar berlaku dalam hidup yang membuatkan saya kehilangan kata-kata.
“Masa itu saya sedang bertanding dalam Konsert All Stars Gegar Vaganza menyanyikan lagu Cek mek Molek dan diangkat sebagai juara mingguan.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah nak serang sesiapa atau nak pertahankan diri. Cuma, saya ingin bercerita perkara terjadi membabitkan Bella.
“Pada awal pagi Ahad itu, saya memang tak dapat tidur. Tiba-tiba datang rasa nak tengok telefon bimbit Bella dan melihat mesej dalam arkib. Masa itu, Bella sedang tidur.
“Sebaik sahaja mesej dibuka dibuka, saya sangat terkejut melihat isi kandungan hingga tak mampu nak kawal diri,” dakwa Aliff.
Bagaimanapun, dia memaafkan isterinya dan berasakan mungkin perasaan itulah yang dirasakan Bella ketika dirinya berlaku curang sebelum ini.
Alif juga memberitahu yang dia cuba berubah menjadi suami yang lebih memahami dan bertanggungjawab. Namun, Bella sudah tawar hati dan mereka berdua sering bergaduh disebabkan perkara kecil.
“Saya Adalah Lelaki Yang Gagal”
Aliff juga mengakui dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulihkan hubungan mereka lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
Dia turut mengakui perpisahan juga jalan terbaik kerana sudah tidak lagi berkomunikasi selepas konflik rumah tangga berlaku.
“Ketika ini, bila saya melihat cermin, saya adalah lelaki yang gagal. Jika ini kata-kata terakhir yang boleh dilafazkan, saya ingin ucapkan terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan.
Aliff turut mengakui yang dirinya tidak mampu mencapai kesempurnaan jika tiada Bella di sampingnya.
Oleh itu, Aliff terpaksa menerima hakikat akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya gara-gara dia yang tidak menghargai mereka selama ini
Dalam tempoh beberapa hari ini suasana dan keadaan trafik di hampir kesemua lebuh raya utama di negara akan menjadi sangat sesak.
Ketibaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan akan menyaksikan bermula pada minggu ini kenderaanb akan berpusu-pusu keluar meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman.
Dengan cuti yang panjang pasti ramai yang akan ambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. Bila jumlah kenderaan bertambah berkali-kali ganda di atas jalan raya kesesakan luar biasa pasti akan berlaku.
Dan dalam kesesakan ini kita sudah biasa melihat pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri dan tak bertamadun melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan dan memotong barisan.
Jumlah kenderaan yang akan keluar dari bandar-bandar utama akan meningkat mendadak sepanjang musim perayaan ini.
Pastinya kita akan berasa sangat geram dengan sikap tak bertanggungjawab seperti ini. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Sebenarnya menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda sebagai pengguna jalan raya boleh membuat aduan kepada mereka. Tapi saluran manakah yang boleh kita sebagai pengguna jalan raya membuat aduan ini?
Anda boleh membuat aduan dengan menghangtar e-mel kepada aduantrafik@jpj.gov.my. Tapi perkara pertama ada perlu lakukan ialah maklumat berikut:
nyatakan secara ringkas laporan kesalahan yang ada saksikan
tarikh dan masa ia berlaku
lokasi kejadian
jenis kenderaan
nombor plat pendaftaraan yang melakukan kesalahan
foto atau video untuk dijadikan sebagai bukti
Jika anda lengkap mempunyai maklumat di atas janganlah ragu-ragu untuk terus e-mel kepada JPJ. Pihak JPJ akan membalas e-mel anda bahawa tindakan akan diambil dengan memanggil pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut untuk memberikan maklumat lanjut. Jika didapati bersalah saman akan dikeluarkan.
Antara kesalahan utama yang boleh anda laporkan ialah;
Salah guna lorong kecemasan
Mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat
Memotong barisan
Foto: BERNAMA
Dan tahukah anda tiga kesalahan yang dinyatakan di atas boleh disaman serta-merta RM300! Anda juga jangan teragak-agak membuat aduan jika adan kenderaan melanggar lamput isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Tapi janganlah pula anda merakamkan foto atau video sambil memandu. Itu sudah jadi satu kesalahan pula untuk anda yang memandu. Jika boleh minta penumpang lain ambilkan foto atau video.
Andai kata anda seorang diri, tunggu bila kenderaan berhenti dan rakamkan apa sahaja kesalahan yang anda saksikan.
Sama-sama kita menjadi netizen yang lebih peka dengan keselamatan jalan raya!