Masyarakat global kini masih bergelut dalam pertarungan menghentikan penularan COVID-19. Akibat pandemik ini, bukan sahaja jutaan nyawa melayang malah kondisi kewangan dan ekonomi juga turut terjejas.
Sebagai contoh pengusaha restoran yang terpaksa menangung kerugian yang cukup tinggi sejak pandemik ini bermula. Di negara kita sendiri sudah banyak pengusaha restoran yang terpaksa gulung tikar kerana tidak lagi mampu bertahan menangung kos tinggi tanpa sebarang pendapatan.
Disebabkan itu juga jumlah pengangguran kini semakin meningkat dan cukup merisaukan.
MASKULIN tertarik dengan sebuah kisah seorang lelaki yang juga pemilik sebuah restoran di Belgium. Walaupun masih bertahan namun dia cukup merindui pelanggan-pelanggan setianya.
BACA: Tawar Sewakan Diri Sendiri Untuk Tak Berbuat Apa-Apa, Lelaki Ini Raih Ribuan Tempahan
Ia berikutan perniagaannya dipaksa tutup dan menghentikan operasi sejak Oktober lalu di bawah undang-undang Belgium bagi mengawal penularan pandemik.
EKSPRESI BANTAHAN
Di sebalik kehilangan punca pendapatan, lelaki dikenali dengan nama Therese Mahieu terasa sebahagian daripada dirinya kini ‘kosong’. Apatah lagi norma baharu kini menyaksikan dia tidak dapat berhubung secara langsung dengan semua pelanggannya.
Bagi mengubati kerinduan, Therese Mahieu telah mengisi kekosongan tempat duduk di dalam restorannya dengan meletakkan pelbagai bentuk patung boneka.
Dia kemudiannya menuang minuman ke dalam gelas di hadapan boneka-boneka itu, yang turut dipakaikan rambut palsu, topi dan skaf.
Sebenarnya apa yang dilakukan ini adalah sebahagian daripada bentuk ekspresi bantahannya kepada peraturan ketat yang dikenakan ke atas pemilik perniagaan seperti dirinya.
Kesemua patung boneka yang ditampilkan di dalam restorannya yang dihasilkan dengan menggunakan belon. Kemunculan ‘pelanggan’ barunya itu mengembirakan sedikit Therese Mahieu. Apatah lagi restorannya, Chez Therese, di bandar Rixensart, semakin terasing daripada komuniti.
Walaupun belum sepenuhnya berdepan lonjakan gelombang ketiga COVID-19, negara yang menjadi tuan rumah Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu menjadi salah sebuah negara mencatatkan kematian tertinggi akibat COVID-19 per kapita di dunia.
Jom follow IG MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Kredit: Reuters
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI