Kerana ‘Membantu’ Lari Laju, Kasut Ini Mungkin Di Banned Di Olimpik

Pernahkah anda terfikir kasut yang direka khas untuk berlari akan di band di Olimpik?

Kemungkinan besar kasut Nike Vaporfly akan diharamkan kerana memberi kelebihan yang tidak adil kepada sesaiap yang memakainya.

​​​​​Menurut badan yang menyeliakan acara larian di seluruh dunia Word Atletics (IAAF) berkata model Vaporly Next% yang dipakai Eliud Kipchoge, kini berada dipasaran boleh di pakai oleh pelari dalam acara marathon namun model terbaharu hasil kerjasama Nike dan Eliud kemungkinan besar tidak akan lulus untuk mana-mana acara larian yang akan datang.

Namun perkara ini tidak di sahkan dan tiada kata putus dari mana-mana pihak dan menerima tentangan dari pelari-pelari yang sudah selesa memakai model ini.


Menurut Nike, model Vaporfly 4% ini membolehkan pelari menjimatkan tenaga hamper 4% berbanding kasut yang sedia ada dipasaran. Malah di tapaknya, ia mempunyai palt karbon fiber yang boleh membantu memberikan tenaga kepada pelari.

Malah, Nike juga berkata pihak mereka tidak pernah melanggar apa-apa peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi di sebabkan ini, ia seakan memberi bonus kepada pelari dan dianggap menipu.

Sumber: The Vocket