Ini la yang dinamakan hobi hingga ke akhir hayat, seorang lelaki yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta. Mungkin kita sering mendengar tentang wasiat yang ditinggalkan seseorang sebelum meninggal dunia. Tapi wasiat yang ditinggalkan oleh lelaki ini memang betul-betul rare.
Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, menurut laporan.
Menurut laman web Kankan News, Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila dia meninggal dunia, laporkan laman berita Sohu pada Rabu.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.
Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.
Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.
“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.
“Dia minat kereta sejak kecil.”
Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.
“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.
“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”
Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. -South China Morning Post
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pasangan Ini Buktikan Vespa Klasik Boleh Bawa Mereka Bercuti Sampai Ke IndoChina!
Bukan satu yang mustahil jika kita melancong ke luar negara tanpa menaiki kapal terbang. Selalunya motor besar akan dijadikan pilihan untuk dibawa bercuti ke luar negara. Namun pernahkah anda terfikir untuk bercuti ke luar negara dengan menaiki sebuah vespa klasik?
Pasti ada yang ragu-ragu dengan kemampuan besi buruk ini untuk dibawa bercuti jauh, namun seorang lelaki bernama Ayie Kechix membuktikan yang dia boleh bercuti ke luar negara bersama isteri menggunakan sebuah vespa klasik.
Jom sama-sama kita ikuti perjalanan menariknya.
Vespa Classic Couple Ride Adventure Touring to IndoChina
Kesinambungan ride yang lepas
⚡️ Ride kali ini adalah kesinambungan ride yang lepas seperti Mae Hong Son (2016) dan Golden Triangle(2017). Kali ini kami berempat ingin mencuba sesuatu yang baru di Negara Laos.
⚡️ Vespa yang kami gunakan ialah vespa sprint 150 keluaran tahun 1973 dan juga vespa Px200 yang ramai orang cakap hanya sesuai untuk ke pasar dan surau sahaja. Besi buruk katakan ?
⚡️ Saya dan isteri bergerak dari kuala lumpur ke Koh samuii bersama sentul scooter service seramai 12 biji manakala sahabat saya bersama isteri bergerak dari banting selangor ke Hua Hin.
⚡️ Selepas selesai misi konvoi di koh samuii 3D2N saya dan isteri menuju ke Bangkok dan bersama kembali dengan sahabat saya di Saraburi Thailand.
Routes yang dilalui
⚡️ Routes yang kami lalui sepanjang perjalanan ini ialah :
– Kuala Lumpur
– Kebun 500 kedah
– Bukit kayu hitam
– Koh Samuii
– Hua hin
– Bangkok
– Saraburi
– Khon kaen
– Nongkai (border thai-Laos)
– Vientiane
– Vang vieng
– Kasi
– Luang Prabang
– Boten (Border Laos-China)
– Luang Namtha
– Chiang khong (Border Laos-Thai)
– Chiang rai
– Chiang mai
– Bangkok
– Hatyai
– Penang
– Kuala Lumpur
⚡️ tempoh pengembaraan : 3 Minggu
⚡️ jarak perjalanan : 4K++ KM
⚡️ budget : RM3K++ (untuk hotel, makan, minyak, 2T, train, dokumentasi, paw ?, dan lain2)
Cabaran yang ditempuh dalam perjalanan
⚡️cabaran di Laos ialah :
– kesukaran mendapatkan makanan halal
– keadaan muka bumi yang bergunung
– keadaan jalan yang berdebu,rosak,berlubang,berlumpur dan sebagainya
– jalan licin dan merbahaya, jatuh tergolek di gunung kasi dan juga di Boten sukar untuk mengawal vespa.
– permandangan di Laos tersangat cantik dengan gunung ganang dan sungai yang jernih. Suasana sejuk sepanjang perjalanan.
⚡️Alhamdulillah tiada sebarang major problem pada vespa kami walaupun sudah berusia lanjut dan membawa bebanan berat termasuk isteri ?
Naikkan semangat rakan-rakan lain untuk kembara
⚡️Terima kaseh saya ucapkan kepada rakan2 yang mendoakan kami. Saya berharap semoga catatan saya ini dapat menaikan semangat rakan2 yang lain untuk kembara bermotor terutama bercita-cita membawa isteri ala2 honeymoon ride.
⚡️ Terima kaseh jugak kepada :
– Isteri saya Nurra Shida yang sanggup mengikut ke mana saya dan menjadi co-pilot sepanjang perjalanan. Syukur kepada Allah kerana diberi isteri yang memahami hobi gila husband.
– Pasangan touring saya Hapizu Husain dan Dida Omar sanggup ON last minute dan melayan karenah kami sepanjang perjalanan
– Manie Za selaku mekanik Sentul Scooter service untuk setting engine padu untuk touring. “Its tuned for touring” dan juga family,sahabat Sentul Scooter Service
– Geng small bike big dream Muhammad Afiq Bujang untuk panduan routes dan nasihat
– Big thanks to Aimpro Samudra, Roslin Kummin,Aminuddin Mohd Isa, Johnson Lee,Diny Sabri Aziz PG Time Opprotunity Vespa Samui Sakai Hunter dan juga lain-lain yang banyak menolong dan memberi ilmu tentang dunia touring.
– Terima kaseh kepada page ADVENTURE TOURING MALAYSIA ( AtM ) yang banyak memberi input untuk ride kali ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jom Cari Keberkatan Hidup Dengan 5 Tip Yang Dikongsikan Oleh Ustaz Don Ini. Nombor 1 Dan 3 Cukup Mudah!
Pernah tak kira rasa duit tak pernah cukup walaupun gaji setiap tahun semakin meningkat. Hati tak pernah tenang walaupun tiada kesusahan yang melanda. Mungkin itu satu petanda bahawa rezeki yang kita perolehi itu tidak berkat. Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati *
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pengaruh Media Sosial, Adakah ‘Influencer’ Ada Tanggungjawab Terhadap Masyarakat?
Cuba tanya golongan remaja yang kini berada di bangku persekolahan pada masa kini tentang apakah cita-cita mereka apabila meningkat dewasa. Jangan terkejut jika ada yang memberi jawapan ingin menjadi seorang influencer atau pempengaruh.
Pendedahan dengan dunia digital atau lebih tepat laman media sosial pada usia yang muda menjadikan kewujudan seseorang influencer itu mempunyai impak yang semakin hari semakin besar dalam masyarakat.
Dalam era dunia digital masa kini, salah satu perkara yang tidak dapat kita nafikan ialah pengaruh dari laman media sosial.
Influencer dengan jumlah pengikut yang besar sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan tingkah laku masyarakat. Jadi tidak hairanlah mengapa jenama-jenama produk berpusu-pusu ‘memburu’ mereka kerana inginkan pendedahan di platform besar boleh mereka tawarkan.
Namun, timbul persoalan, adakah influencer mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat?
IMPAK INFLUENCER
Pertama seseorang influencer harus sedar tentang impak mereka terhadap masyarakat. Apabila dianggap sebagai influencer mereka tidak dapat lari dari menjadi tumpuan ramai.
Mereka bukan sekadar individu yang berkongsi kandungan untuk hiburan tetapi dianggap sebagai role model kepada ramai terutamanya generasi muda. Apa yang mereka kongsi boleh mempengaruhi nilai, norma dan keputusan orang lain.
Oleh itu, mereka harus bertindak dengan penuh tanggungjawab, memastikan bahawa kandungan yang dikongsi adalah bermanfaat, positif dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif.
Selain itu menjadi seseorang yang ada sifat transparansi dan kejujuran adalah kunci. Percayalah mereka yang hidup dalam pembohongan tidak akan bertahan lama. Lihat sahaja sejarah yang tidak pernah membohongi kita.
Dalam dunia yang penuh dengan iklan dan pemasaran, penting bagi seseorang influencer untuk jujur tentang apa yang mereka promosikan. Mereka harus jelas membezakan antara kandungan yang dibayar dan pendapat peribadi mereka. Ini tidak hanya memupuk kepercayaan dengan pengikut tetapi juga memelihara integriti dalam industri.
PENGARUH BESAR
Dari segi mempromosikan perkara-perkara positif juga mereka boleh menjadi ‘pemain utama’. Influencer boleh bertindak sebagai agen perubahan positif.
Dengan menggunakan platform yang luas mereka berada dalam kedudukan unik untuk mengadvokasi isu-isu penting seperti kesihatan mental, kelestarian alam sekitar dan keadilan sosial seperti mana yang sedang berlaku di Palestin sekarang.
Mereka boleh menggunakan pengaruh mereka untuk mendorong perubahan positif, memberikan kesedaran, dan mendorong tindakan dalam kalangan pengikut mereka.
Seterusnya aspek kesihatan mental diri sendiri juga sangat penting. Tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna dan keperluan untuk terus relevan boleh mempengaruhi kesihatan mental influencer.
Mereka harus mengutamakan kesejahteraan diri dan tidak ragu untuk mengambil rehat atau mencari bantuan profesional apabila perlu.
Akhirnya, influencer harus ingat bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka harus menggunakan pengaruh mereka untuk membina masyarakat yang lebih baik, bukan hanya untuk keuntungan peribadi. Dengan kekuatan media sosial, mereka mempunyai peluang unik untuk membuat perbezaan yang positif.
Jadi mahu atau tidak, influencer mempunyai tanggungjawab besar terhadap masyarakat. Mereka harus menggunakan pengaruh mereka dengan bijak, menjaga integriti, dan menjadi suara untuk perubahan positif.
Dengan cara ini, mereka bukan hanya membina jenama yang berjaya, tetapi juga membantu membentuk masyarakat yang lebih baik dan lebih sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI