Ini la yang dinamakan hobi hingga ke akhir hayat, seorang lelaki yang meninggal dunia tidak dikebumikan dalam keranda, sebaliknya mayatnya diletakkan dalam kereta. Mungkin kita sering mendengar tentang wasiat yang ditinggalkan seseorang sebelum meninggal dunia. Tapi wasiat yang ditinggalkan oleh lelaki ini memang betul-betul rare.
Dalam kejadian di utara China, tindakan ini dilakukan kerana wasiatnya, menurut laporan.
Menurut laman web Kankan News, Qi, seorang lelaki pencinta kereta dari bandar Baoding, wilayah Hebei telah meminta dirinya dikebumikan di dalam kereta jenis Hyundai Sonata berwarna perak miliknya, apabila dia meninggal dunia, laporkan laman berita Sohu pada Rabu.
Dalam video yang disiarkan di Weibo, kereta itu kelihatan digantung dengan tali sebelum perlahan-lahan diturunkan ke dalam lubang kubur yang besar dari saiz biasa.
Ads
Penduduk kampung hanya menyaksikan upacara itu, dengan beberapa orang daripada mereka membantu menahan kenderaan itu ketika ia diletakkan di dalam lubang.
Video itu telah dilihat lebih 1.6 juta kali pada petang Khamis.
Ads
“Ia adalah permintaannya, yang mana dia menyatakan mayatnya tidak memerlukan keranda, hanya guna keretanya untuk dikebumikan,” kata seorang penduduk yang tidak didedahkan identitinya dalam video tersebut.
“Dia minat kereta sejak kecil.”
Ads
Pengguna Weibo membanjiri ruangan komen.
“Nasib baik si mati hanya minat dengan kereta,” tulis seorang pengguna.
“Saya minat pesawat, apa yang akan saya lakukan?” kata seorang lagi, sementara pengguna ketiga bergurau: “Minta pemilik kubur bawa lesen memandu, polis sangat tegas sejak akhir-akhir ini.”
Ramai yang telah membuat spekulasi tentang apa yang akan berlaku jika kereta itu digali suatu hari nanti. -South China Morning Post
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.
Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.
Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.
Foto: Twitter @filmdocs
Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.
Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.
Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?
Dato’ Yusof Haslam adalah mentor saya dan di samping pernah berlakon di bawah arahan beliau, Gerak Khas, saya mencedok sebanyak mungkin ilmu. Dato’ juga bukanlah orang senang dahulunya, tetapi saya nampak kesungguhannya. Perkara ini sedikit sebanyak memberi satu semangat dan mencabar diri untuk jadi diri saya sekarang. Orang mungkin melihat mudah tetapi mereka tidak tahu banyak perkara yang dilalui tambahan pula pada usia 24 tahun ketika itu. Nilai kepercayaan buat seorang wanita muda untuk berurusan dengan pengarah jauh lebih berusia daripada kita tidaklah mudah, terutamanya lelaki, yang mempunyai ego yang tersendiri.
Kelebihan bekerja sebagai pramugari juga mengajar cara berkomunikasi dengan penumpang. Kelebihan ini saya gunakan untuk berkomunikasi secara matang biarpun kita tahu seseorang itu cerewet. Saya seorang penerbit yang paling muda ketika tahun 2007. Diakui sangat mencabar dan perlu kawal emosi . Jika saya bekerja, saya suka selesakan orang lain yang bekerja dengan saya. Alhamdulillah hingga kini, semua dilalui dengan tenang dan berjaya dikawal dengan sempurna. Dark Waves Pictures kini sudah sembilan tahun beroperasi.
Projek
Terkini baru menyiapkan program travelog yang bakal disiarkan di RTM, (Street Food Asean ), 13 episod di mana menelusuri sekitar Asia yang dihoskan oleh Didi Alias dan Chef Rizal Zamani. Selain itu drama yang bakal menyusul ialah Syurgaku Tak Sempurna ( 30 episod) di HyppTv, Urusan Hati Cik Drama Queen. (16 episod ) di Astro Ria. Mr Delicious (30 episod) HyppTv dan Kim Chi Untuk Awak , filem pertama terbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd.
Akui Dato’ Rafiena tidak semua karya yang dihasilkan menjanjikan rating tinggi penonton. Andai gagal, sukar untuk mendapat kepercayaan stesen televisyen supaya mereka membeli drama terbitannya. Jadi, perancangan perlu teliti, dari sudut penghasilan skrip, pemilihan pelakon, pengambilan kru, malah kesemuanya perlu dititikberatkan.
“Saya memang cerewet dalam pekerjaan kerana mementingkan kualiti. Saya memang pantau A-Z semua perjalanan dalam produksi. Masyarakat kenali Dark Wave Pictures dengan drama berat, cinta , suspen thriller atau seram. Alhamdulillah MAID diangkat sebagai drama terbaik pada tahun lepas dan tahun ini drama Sesal Separuh Nyawa dan Selamat Hari Jadi Abah tercalon untuk Anugerah Skrin. Michael Ang sering bekerjasama dengan saya kerana dia lebih memahami keinginan saya. Saya tidak mengatakan pengarah lain tidak bagus tetapi mungkin keserasian berfikir itu menyebabkan kami selesa untuk bekerjasama. Apa jua dibincangkan dahulu untuk mendapat satu keputusan yang terbaik,” jelasnya.
Keistimewaan House of Dre
Visi Dato’ Rafiena jelas, maka beliau fokus setiap apa yang diimpikan. Terkini, Dato’ Rafiena baru sahaja menceburkan diri dalam dunia kosmetik apabila melancarkan produk wangian sulung bawah jenama House of Dre.
“Daripada dulu saya memang suka wangian dan juga perfume collector. Itulah lahirnya House of Dre. Produk kami istimewa dan kami tidak mahu menjadi follower. Apa yang membezakan Charisma Luxury ialah dua dalam satu di mana untuk produk rambut dan juga wangian untuk badan (unisex). Memang tidak dinafikan surrounding saya dalam industri hiburan banyak membantu kerana hubungan dengan rakan-rakan media banyak membantu daripada segi promosi. Namun begitu yang paling utama bagi saya ialah strategi pemasaran. Jika salah daripada segi pemasaran dan perancangan, maka ia tidak berjalan lancar,” jelasnya.
Matlamat
“Target saya adalah untuk membantu terutama generasi muda yang berminat dalam perniagaan. Seperti mana sekarang kita sedang mengadakan bengkel dengan ibu tunggal bersama majalah Mingguan Wanita bagi membina kembali keyakinan setelah ditinggalkan atau kematian suami. Saya menyasarkan untuk membantu golongan asnaf, juga mengadakan program komuniti dengan anak yatim. Saya percaya jika kita memberi RM100 umpamanya, kita akan mendapat pulangan lebih dari itu. Ia perkara yang diajar oleh keluarga sejak dahulu lagi,” ujarnya.
Strategi dalam perniagaan
Menyasarkan usia 40 tahun untuk berada dalam kedudukan lebih selesa, Dato’ Rafiena sentiasa fokus dan mengambil setiap peluang di depan mata. Beliau sudah mengatur strategi untuk syarikat berkembang. “Saya sering belajar apa yang saya selalu tengok di depan mata, mungkin hari ini orang suka tengok filem Dark Wave Pictures, dua atau tiga tahun akan datang banyak idea- idea daripada produser baru yang orang kata lagi wow dan kita akan tenggelam. Jadi saya memandang berat tentangnya maka adanya back –up plan lalu tercetusnya Dark Wave Global, Dark Wave Trading, Dark Wave Construction dan House of Dre. Bermakna saya membuat persediaan dengan membina rangkaian perniagaan lain sebagai sokongan. Pengurusan masa untuk setiap cabang perniagaan juga penting. Dark Wave Pictures kini sudah boleh berlari, namun memerlukan pemantauan. Kini penumpuan lebih diberikan pada House of Dre yang masih ‘baby’. Masih belum boleh berlari tetapi yang lain-lain, Dark Wave Global, Dark Wave Trading sudah berjalan dan ia hanya perlu pemantauan,” jelasnya.
Tip sukses dan harapan
Diakui Dato’Rafiena, waktu sosial beliau memang sangat terhad kerana banyak menghabiskan masa di pejabat, selain menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan kerja. Dalam meniti kejayaan, bekerjalah dengan penuh kesungguhan dan minat. “ Jika kita suka sesuatu itu, seteruk mana sekalipun kita kerja kita tidak akan rasa penat. Tetapi jika kita bekerja tanpa minat, sesuatu perkara itu akan terasa sukar. Setiap hari ialah proses untuk kita belajar maka walaupun kita sudah rasa kita bagus, di penghujungnya kita akan rasa rugi jika kita tidak belajar dari hari ke hari. Pada saya benda yang sangat simple yang selalu saya buat ialah selalu berkawan dengan Mr.Google. Selain itu always on track. Jangan tergelincir daripada track dan mengikut orang lain. Kita boleh ikut tetapi kita perlu ada identiti apa bezanya produk kita dengan orang lain. Apa beza drama kita dengan drama orang lain,”
Harapan saya untuk House of Dre sangat tinggi di mana produk keluarannya diterima ramai dan akan datang bakal dikeluarkan produk-produk lain. Diharapkan juga setiap drama keluaran Dark Wave Pictures memberi moral dan manfaat untuk masyarakat. Baginya lagi, tiada jalan mudah untuk meniti jaya dan bukan jua sekelip mata. Laluan yang dipilih juga tidak sentiasa lancar, pasti ada liku-likunya. Bertitik totak dari keinginan yang tinggi serta visi yang jelas Dato’ Rafiena bukan hanya sebagai penerbit malah usahawan yang berjaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.