Kerana COVID-19 Kuetiau Goreng Jadi Sumber Pendapatan Demi Survival Fendy Bakry

Share

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak dan implikasi yang sangat besar terhadap kondisi kesihatan malah ia juga telah mendatangkan kesan parah terhadap ekonomi.

Sepanjang lebih 40 hari yang lalu kita semua harus patuh dan berada di rumah dengan hampir kesemua sektor ekonomi dan kegiatan sosial ditutup.

Namun ia kini telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam di seluruh negara kecuali di kawasan-kawasan yang masih berada pada tahap Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Antara golongan yang terkesan dengan penularan wabak ini ialah mereka yang terlibat dalam dunia seni. Jadi tidak hairanlah ramai artis mencari rezeki dengan melakukan aktiviti perniagaan.

Begitu juga dengan pelakon terkenal yang juga bekas finalis Hero Remaja 2011/2012, Fendy Bakry.

Aktor popular dengan drama ‘Mr. Grey’ ini terpaksa melupakan perniagaan kurta dek penularan COVID-19. Jelas anak jati Perlis ini selepas PKP berkuatkuasa pada Mac lalu dia telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kedai makannya, Bhenang Kitchen di Kampung Baru.

Naman ‘Bhenang’ telah digunakan olehnya sebagai jenama kurta pada tahun lalu dan ingin menerusan perniagaan makanan menggunakan nama sama.

“Jadi timbul idea Bhenang Kitchen untuk meniaga makanan. Ada hikmah juga tak berniaga kurta dengan keadaan penularan wabak COVID-19 belum berakhir. Saya kekalkan nama dan pasukan yang sama,” jelasnya.

Sepanjang tempoh PKP segala aktiviti seni seperti penggambaran terpaksa dihentikan. Minat terhadap bidang memasak mendorong Fendy untuk berniaga kuetiau goreng.

“Saya susah nak jumpa kuetiau goreng yang memenuhi cita rasa jika makan di kedai, sejak dahulu lagi. Mungkin bukan nasib saya berjumpa kuetiau paling sedap.

“Lalu, saya terpanggil melakukan eksperimen sendiri memasak bersama kawan. Kami mencuba beberapa kali untuk mendapatkan rasa yang dikehendaki. Seterusnya, kami fikir menu apa yang mahu disediakan.

“Berkat percambahan minda, wujud pes memasak yang dicipta bersama. Daripada situlah bermula usaha dan cabaran membuka kedai makan di Kampung Baru,” tambahnya lagi

Walaupun pada awalnya dia dan pasukannya sedikit bergelut kerana sambutan agak perlahan. Namun selepas agak dikenali mereka mula mendapat tempagan yang banyak sepanjang tempoh PKP.

Bagi Fendy, dia menjual rasa bukanlah makanan semata-mata. Antara pihak yang bvanyak memberi sokongan semestinya kelab peminatnya, Fendynisme membantu membuat hebahan di laman media sosial.

Selain kuetiau goreng, Fendy menawarkan menu lain seperti char kuetiau dan spageti aglio olio turut dijual.

Sumber: BHOnline

Published by
Farizul Izwany