Gaya Hidup

Kerajaan Negeri Terengganu Bakal Pulangkan Yuran Taska Permata Kepada Ibu Bapa

Share

Hari-hari mendatang yang bakal mencabar buat ekonomi serta rakyat Malaysia. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara tidak langsung ia memberikan kesan dan impak terhadap kelangsungan pergerakan ekonomi.

Dan kita bersyukur dengan berita setiap hari daripada kerajaan yang memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang terkesan.

Terbaru, kerajaan negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bakal mempertimbangkan untuk pemulangan semula yuran Taska Permata Keluarga yang telah dibayar ibu bapa.

Ia berikutan penutupan operasi taska dalam tempoh pelaksanaan PKP bermula pada 18 Mac lau sehingga 31 Mac 2020.

Memetik laporan Teganukita.net, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wnaita, Pembangunan Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah tersebut bakal dilaksanakan keraja kesemua Taska Permata Keluarga di bawah kendalian YPKT telah menutup operasinya bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Hanafiah Mat di Taska Permata Keluarga YPKT pada awal Januari lalu.

“Sebanyak 67 buah Taska Permata Keluarga YPKT telah ditutup dalam tempoh PKP ini. Bagi yuran taska yang telah dibayar oleh ibu bapa, kerajaan negeri akan mempertimbang untuk memulangkannya semula.

“Caj yuran hanya dikenakan mengikut bilangan hari kehadiran anak-anak mereka ke taska sebelum penutupan taska. Walau bagaimanapun, pemulangan yuran akan diuruskan selepas tempoh PKP ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Foto awal Januari yang lalu.

Tambah beliau lagi kerajaan negeri Terengganu juga akan menanggung pembayaran gaji guru-guru Taska Permata Keluarga sebagaimana kebiasaannya.

“Terus duduk di rumah dan ambillah langkah-langkah yang dinasihatkan oleh pihak yang bertanggungjawab,” tambahnya.

Sumber: Teganukita.net

Published by
Farizul Izwany