Masyarakat kita ramai yang mahu menjalankan perniagaan makanan namun tiada ilmu dalam pengendalian makanan, demikian pendapat cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali umum sebagai Chef Wan.
Chef Wan tampil menyuarakan pendapat itu susulan kes keracunan mihun goreng dan telur mata yang diedarkan di sebuah sekolah sehingga membawa maut.
“Kebanyakannya orang-orang Melayu kita yang meniaga ni mereka tiada pengetahuan tentang sanitasi dan kebersihan,” kata Chef Wan ketika ditemui MASKULIN.
“Anda tanya mereka tentang jenis kuman, anda tanya mereka tentang jenis suhu. Kosong. Asalkan boleh memasak sahaja, jual”.
Cuaca Tropika, Kuman Mudah Membiak
Chef Wan juga menerangkan yang kuman amat mudah membiak jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul lebih-lebih lagi di negara bercuaca tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Oleh itu, semua makanan perlu dihidangkan secepat mungkin ketika masih panas.
Bagi perkhidmatan catering yang memerlukan makanan disimpan dahulu sebelum dihantar, suhunya perlu diturunkan dahulu secepat mungkin sejurus selepas dimasak.
Ads
Kemudian, barulah makanan tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila hendak dihidangkan nanti, demikian penjelasan Chef Wan.
Jangan Kedekut Beli Peti Sejuk
Selain itu, Chef Wan juga berpesan kepada peniaga agar tidak kedekut mengeluarkan wang untuk membeli sistem penyejukan yang betul.
“Peti sejuk ada satu atau dua sahaja, tapi nak meniaga macam-macam. Ambil pesanan katering macam nak mampus.
“Bila peti sejuk disumbat penuh, sudah tiada peredaran udara. Bila tiada peredaran udara, peti sejuk itu tidak cukup sejuk,” ujar Chef Wan.
Ulasnya, peti sejuk perlu mempunyai suhu tertentu yang cukup sejuk agar bakteria dan virus tidak membiak.
Ads
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat makan mihun goreng dan telur mata yang tercemar.
Makanan itu diperoleh dari sebuah program yang dianjurkan di sebuah sekolah di Gombak.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun tersebut menjamah bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya yang menghadiri program berkenaan.
Memetik laporan Astro Awani, dia dan ibu bapanya mengalami cirit-birit selepas menjamah makanan tercemar itu.
Ads
Bagaimanapun, dia ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya dua hari kemudian sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun juga telah menjamah makanan lebihan yang dibawa pulang oleh ayahnya yang merupakan pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.
Kanak-kanak itu mengalami demam dan cirit-birit dua hari kemudian dan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Sejumlah 82 orang dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan daripada 247 orang yang terdedah kepada makanan tersebut, demikian lapor Berita Harian.
Si pengumpat memang terkenal suka menjaja keburukan orang lain. Apatah lagi ia mengenai perihal anda. Pernah atau tidak anda siasat kenapa nama anda mula diperkatakan oleh si pengumpat. Ketahui jenis perangai lelaki yang boleh dijadikan modal umpatan.
Cakap Besar
Diam –diam ubi berisi. Pepatah itu cukup tepat untuk menyedarkan individu yang gemar bercakap besar dalam apa sahaja keadaan. Apa guna anda berpura hebat sedangkan anda juga tidak arif mengenai hal yang dibincangkan? So, stop talking nonsense kerana jika anda berlagak pandai melambangkan kedunguan anda sendiri. Lebih baik anda mendengar dan mempelajari sesuatu yang dibincangkan setidaknya ia memberi manfaat kepada anda nanti.
Keluarkan kenyataan ‘Jangan Sentap!’
Bila anda bergurau atau menegur perilaku seseorang dan anda menggunakan ayat “tolong jangan sentap” pada permulaan perbualan, secara automatiknya ia boleh mendatangkan banyak masalah di sini. Apabila rakan menerima ayat tersebut mereka terasa seperti dipermainkan, dihina dan emosi mereka akan turut berubah dari bersahaja kepada terasa hati/sentap. Jika anda menerima ayat ini dari seseorang, go andpuch his face!
Gemar menegur rupa orang lain
‘Hey, tali pinggang itu tak sesuai dengan penampilan hari ini’. Ini adalah salah satu teguran yang mungkin menyebabkan anda menjadi bahan umpatan satu jam kemudiannya. Merasakan fesyen anda terbaik, ya silakan berfikiran begitu tetapi elakkan menegur penampilan individu lain kerana semua orang bebas memiliki gaya fesyen yang disukainya.
‘Alim’ Tidak Bertempat
Bercakap mengenai agama pula, digalakkan untuk beramal ibadat dan saling mengingati. Cuma janganlah anda kerap sering menyindir seseorang atau rakan-rakan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Dalam semua agama terutamanya agama Islam, anda diwajibkan menjaga hati dan aib muka sesama saudara. Mungkin teguran anda itu di alu-alukan tetapi jika terlalu kerap ia sudah menjengkelkan.
Suka ‘Pangkah’
“Dia ingat dia hebat sangat ke?” Anda familiar dengan ayat ini? Ini biasa terjadi jika semua sikap orang anda tegur dan mengatakan salah dan tidak hebat. Ish, jangan lah begitu bro… Kadang kala apa yang anda rasakan salah, itulah yang terbaik perlu dibuat. Ingat ya, lelaki budiman adalah lelaki yang boleh menerima pendapat orang lain juga. Jika anda tetap ego dan rasa hebat, maka bersedialah untuk diumpat.
Suka Berhutang
Tahukah anda bahawa individu yang gemar berhutang sana-sini adalah individu yang kerap diumpat berbanding individu yang gemar membeli belah. Cuba kikis perangai suka berhutang ini. Ia lagi kronik jika anda jenis yang liat untuk membayar hutang.
ADAKAH ANDA PUN SEJENIS GENG BAWANG?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.
Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.
Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.
Ketika artikel ini ditulis dunia mencatatkan lebih 38.8 juta kes positf Covid-19. Dalam jumlah yang amat besar tersebut seramai lebih 1.1 juta pesakitnya telah meninggal dunia. Ia satu angka yang cukup mengerikan bila membicarakan tentang wabak ini.
Pandemik yang dilalui kita pada masa kini bukanlah satu cabaran yang ringan. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan tetapi juga kepada ekonomi, perdagangan dan juga hubungan kontak fizikal. Pergerakan di peringkat global juga menjadi sangat terbatas.
Penularan wabak ini juga tidak mengenal siapa. Ia tidak mengenal status, kedudukan, pengkat, jantina mahu pun usia. Begitu juga ahli sukan terkenal dunia yang rata-rata mempunyai pendapartan yang sangat tinggi. Hari demi hari semakin ramai bintang sukan dilaporkan turut positif Covid-19.
Jika mereka yang sentiasa mendapat perlindungan terbaik boleh terdedah dengan virus ini apatah lagi kita sebagai marhaen. Namun kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur kerana kesedaran masyarakat terhadap bahaya wabak ini cukup tinggi.
Gelombang ketiga yang kita hadapai sekarang bakal menguji kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Berikut merupakan beberapa orang atlt dan ahli sukan yang dijangkiti Covid-19.
CRISTIANO RONALDO
Bola sepak
Foto: REUTERS/Gonzalo Fuentes
THIAGO ALCANTARA
Bola sepak
DUSTIN JOHNSON
Golf
Foto: PGA: U.S. Open Final Round
SADIO MANE
Bola sepak
NOVAK DJOKOVIC
Tenis
ZLATAN IBRAHIMOVIC
Bola sepak
VALENTINO ROSSI
MotoGP
Foto: MotoGP
KEVIN DURANT
Bola keranjang
MIKEL ARTETA
Bola sepak (pengurus)
KEI NISHIKORI
Tenis
SERGIO PEREZ
Formula 1
FREDDIE FREEMAN
Besbol
Dapatkan e-mag MASKULIN isu Oktober 2020 yang memaparkan hero negaraTan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.