Kami dah menjangkakan dah sebenarnya, ramai antara produser luar sana yang berminat nak filemkan sejarah Malaysia yang tercipta baru-baru ini. Cuma tidaklah secepat ini. Seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.
Pengarah filem Hindi Raman Kumar berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform anti-rasuah untuk menerajui negara sekali lagi.
“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” jelas beliau pada Bernama.
Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris. Menurut beliau lagi, beliau ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekat perada di bawah kepimpinan yang sama.
Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.
“Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia telah diberi peluang baharu,” kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.
Saya mendapati karakter Dr Mahathir penuh berwarna warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami telah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik,” kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya. filem tersebut akan dibarisi pelakon Malaysia dan Bollywood serta beberapa kru yang datangnya dari Mumbai.
Jangan lupa datang ke Booth Ideaktiv pada 1-3 Jun ini untuk menangi banyak hadiah menarik!!!
Sumber Bernama&Astro Awani