Bila bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan. Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.
Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula sahaja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.
Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.
Badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.
Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin. Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi
Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.
Antara tanda lain kencing manis ialah:
Ads
# Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam
# Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis
# Susut berat badan
# Cepat penat dan tidak bermaya
Ads
# Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit
# Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita
# Tangan dan kaki terasa kebas
Ads
# Luka atau kudis lambat sembuh
Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin. Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.
Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.
Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.
Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap, jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Air kelapa bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi banyak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga segar ketika dinikmati, terutama ketika cuaca panas. Dengan rasa kesejukannya, siapa tidak suka bukan? Di samping itu, anda boleh mendapat manfaat minum air kelapa apabila diminum secara rutin.
Manfaat air kelapa sangatlah banyak, untuk kesihatan dan juga kecantikan.
1. Menguatkan sistem imun badan
Anda tidak jatuh sakit dengan mudah kerana sistem imun dalam badan anda bertambah baik. Air kelapa mempunyai keupayaan untuk membuang bakteria dalam tubuh yang menyebabkan penyakit gusi dan jangkitan gastrousus. Air kelapa juga boleh melawan virus yang menyebabkan demam, kepialu, dan jangkitan kuman.
2. Peningkatan tenaga
Anda akan rasa lebih bertenaga. Ini kerana air kelapa dapat meningkatkan prestasi hormon kelenjar tiroid ke paras sel, badan anda rasa lebih bertenaga.
3. Organ-organ berfungsi lebih baik
Air kelapa boleh menghilangkan toksin di dalam badan dan memecahkan batu karang. Bahan ini juga memainkan diuretik semulajadi yang dapat membantu orang dengan penyakit buah pinggang. Uretra adalah lebih bersih, begitu juga dengan usus.
4. Sistem pencernaan lebih baik
Sistem penghadaman memerlukan banyak serat untuk berfungsi dengan baik yang boleh dibekalkan oleh air kelapa. Buang air kecil lebih rutin dan mudah dengan minum air kelapa setiap hari.
5. Berat badan turun
Dengan minum air kelapa selama seminggu, anda lebih cenderung untuk kelihatan lebih langsing. Ini kerana air kelapa boleh menjaga nafsu makan anda. Di samping itu, air kelapa juga rendah lemak dan tidak akan meningkatkan kalori.
6. Kulit lebih berseri
Kesan penghidratan air kelapa terbukti memberikan cahaya semula jadi pada kulit. Terutamanya jika anda menggunakannya setiap hari, anda akan lebih mudah memenuhi keperluan penghidratan.
Untuk menikmati air kelapa, anda boleh meminumnya secara terus. Untuk rasa sensasi yang lebih menyegarkan tambahkan ais atau anda juga boleh memberikan rasa tambahan dengan meletakkan hirisan lemon ataupun mint.
Fuh, nikmat!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas melancarkan beberapa lagu seperti Wanita Terindah, Cinderella dan Wanita Terakhir, nampaknya pelakon Fattah Amin beranikan diri tampil dengan lagu bertemakan hari raya pula.
Lagu yang bertajuk ‘Syawal Kali Ini’ itu baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu namun sudah tersenarai dalam carta Top 3 iTunes.
Muzik video nyanyian Fattah Amin yang dimuat naik di salah sebuah laman hiburan di Instagram mendapat lebih 40,000 tontonan.
Namun Fattah Amin terus berdepan dengan kritikan dan tohmahan netizen mengenai lagu terbarunya itu yang dinyanyikan secara live ketika menghadiri rancangan Wanita Hari Ini.
Ada yang mendakwa suaranya sumbang dan sengau, malah ada juga yang meminta Fattah fokus dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan Fattah Amin dan isterinya, Fazura tidak boleh menyanyi tetapi tidak menyedari hakikat itu.
Mungkin lain orang lain cara mereka mendengar tetapi mungkin ada je yang merasakan nyanyian pasangan romantis ini sedap dan masih diterima dalam kalangan peminat mereka.
Apa yang penting, netizen jangan tahu nak kecam je, cuba beri pandangan dalam bentuk yang lebih sopan dan beretika ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.