Penyakit kencing manis atau diabetes adalah keadaan terdapatnya paras gula berlebihan dalam peredaran darah. Keadaan ini berlaku kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan bagi menukar gula kepada tenaga. Untuk tips lelaki sihat kali ini, saya kongsikan secara ringkas tips untuk cegah dan kawal kencing manis.
Mereka yang menghidap kencing manis mempunyai masalah penglihatan yang kabur dan berisiko untuk hilang penglihatan.
Paras gula dalam darah meningkat kerana kekurangan insulin.
Kencing manis manis meningkatkan risiko seseorang untuk terkena serangan jantung.
Risiko buah pinggang rosak atau gagal berfungsi.
Kerosakan saraf akibat kencing manis berlaku kerana paras gula yang tidak dikawal dan juga kerana saluran darah halus yang rosak menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Bagi lelaki, anda berisiko mati pucuk akibat kencing manis disebabkan masalah ini.
Langkah pencegahan adalah tindakan yang bijak untuk anda lakukan agar tidak menghidap kencing manis. Berikut 3 tips cegah kencing manis:
Bersenam membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal, mengawal berat badan, mengurus tekanan dan membantu tidur yang lena.
Amalkan pemakanan yang sihat, indeks glisemik yang rendah, kurangkan makanan manis dan kurangkan pengambilan karbohidrat.
Kawal berat badan dan pastikan anda mempunyai BMI yang ideal.
Jika anda disahkan sebagai pesakit kencing manis, 6 tips berikut boleh dijadikan panduan:
Jangan abaikan pengambilan ubat yang dibekalkan oleh pegawai perubatan.
Urus stress anda. Bercakaplah dengan seseorang untuk membantu anda menguruskan stress.
Merokok menyebabkan peredaran darah anda semakn teruk.
Jika ada masalah pada gigi, segera berjumpa dengan doktor. Buat pemeriksaan secara berkala.
Paras glukosa dalam darah dapat diuji sendiri di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah.
Periksa kaki anda setiap hari kerana mungkin terdapat luka yang anda tidak perasan. Pesakit kencing manis mungkin tidak merasai sebarang luka ataupun ulser disebabkan kekurangan deria di kawasan tersebut.
Makanan pesakit kencing manis perlu dirancang terlebih dahulu. Tidak perlu membeli makanan khusus pesakit kencing manis jika anda tidak mampu. Pemakanan yang sihat adalah kunci diet pesakit kencing manis. Rujuk pegawai kesihatan untuk panduan.