Sikap keanak-anakan pastinya sinonim dengan kaum wanita, bukan? Gelagat seakan mengada-ada, malah terlampau inginkan perhatian amat jelas dari segi tingkah mahupun percakapan. Namun, adakah benar ramai lelaki yang menyukainya?
Ya, namun dalam batas yang wajar. Sifat keanak-anakan seorang wanita sebenarnya menjadi salah satu daya tarikan di mata lelaki. Sikap keanak-anakan yang menyenangkan juga bisa mencairkan hati mereka.
KENAPA MEREKA MENJADI PERHATIAN?
1. COMEL
Ya, pastinya ini antara sebab mengapa wanita ‘keanak-anakan’ sering jadi perhatian dan idaman lelaki. Lumrah semula jadi sang lelaki yang suka ‘jinakkan’ kerenah wanita, pastinya wanita seperti ini cukup comel dan mudah menarik perhatian lelaki. Malah, kemanjaan yang ditonjolkan akan menjadikan lelaki mudah cair.
2. SIKAP KEIBUAN TERSERLAH
Jangan anda nafikan! Bagi wanita yang bersikap ‘keanak-anakan’ menjangkaui umur mereka yang sebenar. Kebiasaannya telatah bersahaja ini menyerlahkan sikap keibuan yang ada pada seorang wanita. Cuba anda lihat reaksi mereka bila anak kecil datang menghampiri. Pastinya wanita seperti ini tidak lekang mahu bergurau senda dengan mereka.
3. NALURI KEBAPAAN
Sesudah anda sendiri melihat seorang wanita bersikap ‘keanak-anakan’,secara tidak langsung naluri kebapaan anda juga diasah sepenuhnya. Bagi lelaki, mengekalkan helah menjinakkan emosi serta perasaan wanita akan secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang penyabar, tidak mudah berdendam dan berhemah dalam melayani kerenah si dia.
4. BANGKITKAN GHAIRAH
Oh, pastinya ada sesetengah tingkah ‘keanak-anakan’ yang ditonjolkan wanita sedikit sebanyak membangkitkan ghairah lelaki. Wanita yang ceria, lucu namun sedikit cerewet mudah membuatkan hati seorang lelaki panasaran dan tidak senang duduk.
5. SIKAP KELAKIAN MENONJOL
Jika seorang lelaki tidak putus melayan kerenah malah sering mendahulukan permintaan wanita tersebut, maka tindakan ini pada masa yang sama menyerlahkan sifat kelakian yang ada. Secara tidak langsung anda yang akan jadi perhatian.
6. JADI DIRI SEBENAR
Bagi wanita yang bersikap seperti ‘keanak-anakan’, mereka kebiasaannya tidak malu untuk menjadi diri mereka yang sebenar. Mereka tidak berselindung di sebalik keayuan wajah mahupun tindak tanduk yang dibuat-buat. Pada mereka, inilah sikap azali mereka dan bagi pendirian mereka, ‘take it or leave it’.