Masih ingat lagi ketika darjah satu, kita diwajibkan untuk menerima suntikan BCG. Jika masih ingat, pasti bahagian kiri bahu anda anda meninggalkan kesan parut sama ada besar atau kecil.

Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang parut BCG, tahu tak apa itu BCG. Doktor Zubaidi Hj Ahmad menerangkan bahawa BCG merupakan singkatan perkataan Bacillus Calmette Gurrain iaitu vaksin yang mengandungi sejenis kuman lemah yang tidak menyebabkan penyakit malah merangsang sistem imum badan untuk melawan penyakit Tibi.

BACA: ‘Naik Tangga Sebenarnya Bakar Kalori Lebih Daripada Joging’, Doktor Ini Beri Penjelasannya

Sewaktu kita dilahirkan, kita sudah diberi vaksin BCG dan sekali lagi semasa umur tujuh tahun, vaksin ini diberi semula jika pada lengan anak atau diri sendiri tidak mempunyai parut.

Ads

Selain itu, suntikan ini diberikan sebagai langkah pencegahan kepada penyakit jangkitan Tubercule Bacillus (TB) yang mana ia berfungsi untuk melindungi kanak-kanak daripada menyerang paru-paru serta selaput otak.

Suntikan vaksin BCG diberikan sebagai suntikan intradermal pada bayi yang baru dilahirkan. Ini bermakna jarum suntikan itu harus memasuki lapisan antara dermis dan epidermis pada kulit.

Ads

JIka suntikan itu termasuk ke dalam sedikit iaitu lapisan subcutaneous, maka selalunya akan berlaku jangkitan kuman dan membentuk nanah. Dalam hal ini, rawatan harus diberikan.

Ads

BACA: Betul Ke Pesakit Kencing Manis Tak Boleh Makan Rambutan? Doktor Ini Beri Penjelasannya

Walaubagaimanapun tidak semua bengkakan nanah itu disebabkan oleh teknik suntikan yang salah. Ia adalah sebahagian daripada komplikasi yang berlaku semasa suntikan.

Apabila seseorang itu mempunyai parut yang besar akibat suntikan BCG ia adalah lebih baik daripada seseorang yang mempunyai parut yang lebih kecil selepas suntikan BCG. Parut suntikan telah menandakan seseorang itu mempunyai dayatahan immuniti dalam tubuhnya.
Jadi jangalah risaulah jika anak kecil dan juga diri anda yang mempunyai parut yang besar kerana itu adalah perkara biasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI