Di dalam badan ada 2 jenis hormone yang mengawal aktiviti permakanan. Jesteru mengawal juga berat badan. Hormon ini mempunyai tapak receptor yang sama iaitu di hypothalamus dan juga beberapa organ lain.
Hormon Ghrelin menyebabkan KELAPARAN.
Hormon Leptin pula menyebabkan ke KEKENYANGAN.
Majoriti hormone ghrelin dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat pada perut. Apabila perut kosong, sel-sel ini akan menghasilkan hormon ghrelin agar individu tersebut berasa lapar. Apabila dinding perut direnggangkan oleh kehadiran makanan dalam perut, maka sel-sel tersebut akan kurang menghasilkan hormone ghrelin membuatkan rasa lapar berkurangan.
Sebagai tambahan, hormon ghrelin juga akan mengaktifkan cholinergic-dopaminergic reward link yang bersambungan dengan kawasan MESOLIMBIC di bahagian otak. Pada kawasan MESOLIMBIC inilah perasaan PUAS dihasilkan. Sebagai contoh puas sebab dapat makan.
Untuk memahami ‘reward pathway’ ini saya bagi satu contoh. Jika perut kita kosong, maka hormone ghrelin terhasil. Bila Hormon ghrelin terhasil, kita akan merasa lapar. Dan laparnya kita akan membuatkan kita hendak pada makanan yang sedap-sedap seperti contoh minuman yang manis, makanan yang sedap dan sebagainya tanpa memikirkan apa yang berada di dalam makanan tersebut.
Jika kita memakan makanan yang kita kehendaki itu, maka mesolimbic pathway akan diaktifkan. Dopamine dilepaskan dan sesorang kita akan berasa puas/nikmat terhadap makanan yang telah diambil olehnya.
Menariknya hormone ghrelin ini juga dibuktikan didalam makmal yang ianya mampu merencatkan penghasilan cholesterol plaque di dalam saluran darah dengan bertindak sebagai agent yang melawan keradangan(anti-inflammatory)
Salah satu cara untuk menaikkan hormone ini adalah dengan BERPUASA.
Leptin pula merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel adipose iaitu sel yang bertindak untuk menyimpan lemak.
Mekanismanya, apabila seseorang itu makan, jumlah gula dalam darah akan meningkat. Gula ini akan dimasukkan ke dalam sel adipose dan menyebabkan sel itu menghasilkan hormon leptin.
Leptin pula akan bertindak pada receptor yang sama dengan ghrelin di hypothalamus dan menghasilkan perasaan kenyang.
Di dalam individu yang obes, leptin tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dinamakan sebagai LEPTIN RESISTANCE. Bahasa senangnya kehadiran hormone leptin tidak akan memberi rasa kekenyangan kepada individu yang obes.
Ini menyebabkan hormon ghrelin berfungsi lebih efektif berbanding hormon leptin walaupun pada jumlah yang sedikit. Oleh itu, tidak pelik jika kita melihat mereka yang obes masih tidak merasa kenyang-kenyang walaupun dia telah makan makanan pada jumlah yang banyak.
Ini disebabkan LEPTIN RESISTANCE. Akhirnya, otak kita tidak dapat memberikan perasaan kenyang yg cukup pada mereka yang Obes
Sumber : Root Of Science