Kenapa Orang Muda Juga Berisiko Sakit Lutut? Ini Senaman Untuk Menguatkannya!

Share

Lutut adalah sendi yang menghubungkan paha anda ke kaki bawah anda. Ia adalah sendi terbesar dalam badan anda.

Seperti semua sendi, lutut anda adalah sebahagian daripada sistem rangka anda. Lutut anda juga mengandungi tulang rawan, otot, ligamen dan saraf. Lutut anda membantu menyokong berat badan anda dan membiarkan kaki anda bengkok dan bergerak.

Jadi jika ia bermasalah pastinya pergerakan kita bukan sahaja lebih sukar tetapi cukup menyakitkan.

Masalah sakit lutut merupakan antara masalah yang biasa dialami oleh sebilangan besar masyarakat. Ia menyeksakan kerana masalah ini boleh mengganggu rutin harian seseorang.

Ramai yang menganggap hanya golongan tua sahaja yang berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Namun sebenarnya, orang muda juga boleh alami risiko sakit lutut jika anda tergolong dalam kategori orang yang tidak mengawal berat badan, kurang atau terlebih bersenam.

Jadi sebelum ia rosak, pastikan anda melakukan senaman-senaman ini untuk menguatkan lutut sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebooknya.

Jika rosak, tak ada ‘spare part’

Sambil berehat di rumah, cuba pratikkan senaman ini bagi menguatkan lutut anda.

Lutut adalah sendi penting. Jika rosak, tak ada ‘spare part’. Semua aktiviti harian pun terjejas. Nak berdiri pun seksa.

Golongan berusia berisiko tinggi mengalami sakit lutut. Namun, ramai orang muda hari ini sakit lutut dan dianggap ‘tua sebelum waktunya’ kerana:

1. Berat badan berlebihan/obes
2. Kurang bersenam
3. Bersenam berlebihan

Jaga lutut, jaga berat badan, jaga makan, dan kerap bersenam mengikut kemampuan tetapi jangan berlebihan.

Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN

Published by
Farizul Izwany Ibrahim