Kenapa Lelaki Muka ‘Tajam’ Lebih Dipercayai Jadi Pemimpin? Ini Sebab-Sebabnya!

Share

70 daripada 100 individu yang mengikuti kajian anjuran pakar psikologi sebuah universiti di luar negara mendakwa mereka lebih mempercayai lelaki yang memiliki raut muka tajam.

Berbanding lelaki yang memiliki bentuk muka bulat, responden mendakwa kelompok tersebut terlalu comel untuk melakukan kerja-kerja yang serius.

Muka tajam sesuai jadi pemimpin

Dalam erti kata lain, lelaki yang memiliki raut wajah tajam juga dikatakan lebih dipercayai jika berdiri sebagai pemimpin walaupun berbeza pandangan politik.

Sebaliknya, yang berwajah bulat sering menjadi mangsa ejekan umum kerana kredibilitnya sebagai seorang pemimpin tidak dipercayai ramai (berdasarkan kajian psikologi).

Merungkai psikologi aneh tersebut, Maskulin ingin berkongsi sebab kenapa orang lebih suka mendengar kata-kata daripada lelaki berwajah tajam :

1. Fokus

Apabila bercakap dengan lelaki berwajah tajam, pandangannya seperti lebih fokus kepada sesuatu arah. Berbanding mereka yang berwajah bulat, orang akan melihatnya sebagai melilau kerana raut wajah yang lebar.

2. Gerun

Cuba kalau lelaki berwajah tajam hanya diam dan memandang anda untuk seketika. Ada rasa sedikit gerun tak? Cuba kalau anda berdepan dengan lelaki berwajah bulat, rasa gerun atau dan terus nak tegur dan ajak bergurau?

3. Berkarisma

Jika sosok tubuh seorang lelaki berwajah tajam berdiri di sebuah pentas dan berbicara soal politik, anda akan dengar dengan tekun meski pun mengetahui pandangannya tidak selari dengan pemahaman anda. Berbanding pemimpin berwajah bulat, anda akan siap kata, “Ah.. sembang!”

4. Serius

Riak wajah serius lelaki berwajah tajam ini bukan calang-calang. Kita pun jadi takut nak tegur kalau tahu dia sedang cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang besar. Berbanding lelaki berwajah bulat, jika dia stress pun, anda mudah untuk mendekati dan rasa selamat (takkan kena marah).

 

Published by
Akyem Samad