Mungkin klise bila kami perbincangkan mengenai perkara ini, mesti ada yang cakap, ala biasalah jodoh tuhan yang tentukan. Ok lah malas nak cakap banyak, ini di antara mengapa lelaki tak handsome selalu dapat girlfriend yang cun! Kalau tak percaya pergi tengok kawan korang yang tak handsome tu, mesti diorang ada ciri-ciri ini.
Walaupun diri anda tidak berapa sempurna di mata rakan-rakan, dicemuh para masyarakat kerana raut wajah persis pintu, usah risau sekiranya anda memiliki wang ringgit yang mega mewah. Inilah masanya untuk anda membuktikan wajah tidak membawa erti, duit berkuasa mengubah segalanya. Tak ramai wanita yang akan menolak cinta anda. Trust me, kau taburlah beg Chanel, Gucci mesti diorang kata andalah lelaki paling hot pernah dia jumpa!
2.KAU ADALAH LELAKI PALING LUCU DI DUNIA!
Perempuan ni kadang-kadang pelik, kau cuba la borak, layan sikit dengan lawak bodoh pun diorang boleh sangkut, tapi tak ramai la camni, mungkin 40% je la suka lelaki lawak. Melainkan kau seorang lawak dan kaya mereka akan lebih tertarik. Ok anda lawak? Apa lagi tunjukkan skil anda!
Ads
3.MULUT MANIS MACAM GULA
Kau cakap diorang lawa, puji setiap apa yang diorang pakai, mesti lama-lama akan sangkut, yela perempuan ni cepat perasan walaupun kau tak la berupa mana, asalkan pandai berkata-kata, manis ayat, kaulah putera idaman dia.
Ads
4.TAK HANDSOME NI KEBANYAKANNYA LELAKI SEJATI
Sekarang adalah zaman paling sukar untuk wanita mendapatkan pasangan hidup, yelah yang handsome, sado ni asyik jadi geng kunyit je, so perempuan akan memilih wajah-wajah pecah rumah sebagai pasangan hidup. Biar tak kacak, asalkan tulen banggg.
Ads
5.KAU HANYA UNTUK DIA, SEBAB TAK ADA ORANG PUN NAK KAU SELAIN DIA
Faham la konsep tu kan, kau hanyalah untuk dia. Dia rasa selamat bila kau memilih dia, lagipun orang lain tengok ko sebelah mata, dia je tengok kau dengan dua mata dan hati. Oitshh
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1. Mengubati sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
2. Mencegah batu karang
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
3. Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
4. Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5. Merawat masalah kulit
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6. Kurangkan berat badan
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
7. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
8. Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa cakap kalau orang yang berpoligami tak akan bahagia. Poligami adalah salah satu di antara syariat Islam. Poligami juga adalah syariat yang banyak juga ditentang di antara kaum muslimin. Yang katanya merugikan wanita, menurut mereka yang memegang kaedah emansipasi perempuan. Namun poligami sendiri bukanlah seperti yang mereka pikirkan.
Baru-baru ini pelakon Ashraf Muslim akui dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33, merupakan penguat hidupnya.Kata Ashraf, dia sangat bersyukur kerana kedua-dua isterinya sentiasa bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang.
Ashraf meluahkan isi hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya bersempena dengan hari wanita sedunia hari ini.
“Mereka adalah wanita yang luar biasa buatku. Sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna warni ini.
“Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.
“Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu.
“Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka seperti mana orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin,” tulisnya.
Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya.
Mereka juga mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.
Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya.
Mereka juga mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada mereka. Kami kongsikan 7 tokoh golongan kurang upaya atau kelainan upaya berbanding manusia normal yang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat.
1. Ralph Braun
Dilahirkan dengan penyakit distrofi otot, di mana otot menjadi lemah secara perlahan-lahan, Ralph ialah pengasas Braun Corporation, pengeluar yang menerajui bidang kerusi roda. Syarikatnya juga yang pertama mengeluarkan kenderaan van yang mesra kerusi roda.
2. Stephen Hawking
Stephen Hawking adalah tokoh terkenal di dalam bidang akademik dan juga penerima pelbagai anugerah. Walaupun menderita penyakit motor neuron, beliau adalah salah seorang ahli fizik yang terkenal di dalam bidang sains. Banyak buku yang telah beliau terbitkan dan menjadi sangat popular.
3. John Nash
Bukan semua bentuk kecacatan itu dalam bentuk fizikal. John Nash mengalami penyakit Skizofrenia Paranoid iaitu penyakit yang mengganggu fikiran dan mental. Namun begitu, penyakitnya tidak menghalang minatnya terhadap bidang matematik. Ilmunya dalam geometri serta persamaan dan pembezaan separa amatlah dikagumi dan kisahnya telah diadaptasikan di dalam filem bertajuk “The Beautiful Mind” lakonan Russell Crowe pada tahun 2001.
4. Ludwig van Beethoven
Nama Beethoven sangat tidak asing lagi terutamanya kepada penggemar muzik. Beliau adalah komposer muzik klasikal yang sangat terkenal. Walaupun beliau kehilangan pendengaran pada usia 26 tahun (perkara terburuk yang boleh terjadi kepada mana-mana pengarang lagu), Beethoven masih tetap meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni. Kebanyakan karyanya yang digemari ramai sebenarnya dihasilkan beliau setelah menjadi pekak sepenuhnya.
5. Christy Brown
Brown ialah seorang penyair, pelukis dan penulis buku yang terkenal dan juga penghidap penyakit palsi serebrum. Dilahirkan di Ireland, Brown tidak dapat bergerak dengan sendirinya sehinggalah berumur 5 tahun di mana hanya kaki kirinya sahaja yang dapat berfungsi. Namun begitu, dengan hanya menggunakan kaki kirinya sahaja, beliau dapat melukis dan menggunakan mesin taip bagi menghasilkan puisi dan buku yang sangat popular sehingga ke hari ini.
6. Vincent van Gough
Vincent Van Gough merupakan salah seorang pelukis paling berpengaruh dan terkenal dalam sejarah. Namun beliau menderita dengan kemurungan dan masalah mental dan beberapa kali pernah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa.Walaupun meninggal dunia dengan cara membunuh diri, hasil seni lukisnya menjadi antara karya teragung sepanjang zaman.
7. Nick Vujicic
Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki, Nick dibesarkan di Australia. Walaupun kurang upaya, kekurangannya membuatkan beliau berdikari dan belajar untuk menggunakan papan selaju, berenang, dan juga meluncur di pantai. Kini, Vujicic yang sudahpun berumahtangga dan dikurniakan anak telah menjadi seorang pakar motivasi dan menerima pelbagai anugerah.
Sumber : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.