ORANG KATA MAKAN NASI PUTIH NI BOLEH MEMBUATKAN KITA MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS ATAUPUN DIABETIS. ADA JUGA YANG CAKAP, MAKAN NASI BOLEH BUAT KITA CEPAT GEMUK. BETUL KE?
Jawapannya Ya betul! tetapi hanya jika diambil dengan kuantiti yang berlebihan sahaja. Sebenarnya, jika diambil dengan cara yang betul dan sihat ianya sangat bermanfaat kepada kesihatan kita tau.
MAKLUMLAH KITA ORANG MALAYSIA KAN MEMANG TAK BOLEH LARI DENGAN NASI. PALING KURANG BOLEH TAHAN 3 HARI JE LEPAS TU MENGAMUK CARI NASI. OKAY DAH JANGAN RISAU, JOM CHECK IT OUT APA KOMBINASI TERBAIK ANTARA NASI PUTIH DENGAN BAHAN LAIN YANG SANGAT BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN.
Minyak Kelapa
Kanji yang terkandung dalam nasi putih itu lah yang akan berubah menjadi gula dalam badan kita sekali gus boleh menyebabkan penyakit diabetes. Oleh itu, campurkan satu atau dua sudu minyak kelapa sebelum menanak nasi. Dengan cara ini kanji yang terdapat dalam beras tersebut akan dineutralkan.
Stok Ayam/Sayuran Asli
Dengan menambahkan stok ayam atau sayuran asli dalam beras bukan sahaja boleh menambah rasa pada nasi, ia juga akan memberikan zat yang baik pada anda.
Halia
Masak nasi bersama hirisan halia sangat baik untuk kesihatan jantung. Campurkan juga satu atau dua sudu minyak kelapa ke dalam beras sebelum menanak nasi tadi. Ternyata nasi akan menjadi lebih wangi, sedap dan juga berkhasiat.
Antioksidan
Buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti sayuran, cendawan dan juga bawang putih juga boleh dicampurkan ke dalam nasi. Ramai yang tidak tahu bahawa kombinasi antara nasi dengan bawang putih akan membuatkan ia bertambah sedap malah menyihatkan juga.
Ads
INI PULA BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA GEMUK!
Nasi Lemak
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang-kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa-rasa menggemukkan tak?
Roti Canai
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? BAYANGKAN KALAU BERLARI DI TREADMILL ATAU JOGGING, KENALAH BERLARI DALAM 90MIN BARULAH BAKAR 600 KALORI.
Nasi Goreng
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
Ais krim
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori.
Ads
Burger
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang-kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
Ads
http://utaranews.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata lelaki tidak perlukan supplimen untuk kesihatan harian? Bukan perempuan sahaja yang perlu jaga kesihatan dalaman untuk tampak cantik. Lelaki juga harus ambil berat dan peka akan keperluan dalaman anda.
Di sini Maskulin senaraikan tujuh vitamin dan mineral yang anak jantan perlukan untuk kekal mantap dalaman dan luaran.
1. Vitamin D
Lelaki memerlukan vitamin D untuk menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi untuk mengekalkan tulang yang kuat, melindungi kesihatan otak, mengelakkan ketidakseimbangan mood seperti depresi dan membantu mengawal tahap kolestrol dan tekanan darah anda.
2. Vitamin B12
Lelaki biasanya tiada masalah untuk mengambil vitamin ini tetapi jika anda ada mengambil ubatan lain, ini menyukarkan penyerapan vitamin ini dengan optimum. Cuba elakkan pengambilan ubatan lain setelah anda konsum vitamin ini.
3. Vitamin antioksida
Vitamin A, C dan E melawan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas yang mana ia akan membantu melambatkan penuaan dan juga penyakit yang berkaitan dengan tua.
4. Vitamin K
Vitamin ini sangat penting untuk membina dan mengekalkan tulang kuat, menghalang penggumpalan darah dan mengelakkan sakit jantung.
5. Magnesium
Magnesium memainkan peranan dalam mengawal selia tahap mineral lain seperti kalsium, potasium dan sodium yang membantu mengelakkan kondisi seperti tekanan darah tinggi, renjatan otot, sakit kepala dan sakit jantung.
6. Minyak ikan Omega-3
Lelaki sepatutnya mengambil omega-6 ke omega-3 dengan ratio 2:1 ke 4:1. Pastikan ia tidak terlalu berbeza rationya.
7. Potasium
Kandungan potasium yang rendah meningkatkan risiko masalah kardiovaskular terutama sekali tekanan darah tinggi yang menyerang setiap seorang dari tiga orang lelaki dewasa.
Jika anda bukan seorang pengambil vitamin dan mineral, mulakan sekarang! Ia belum lagi terlambat. – MAS
Kebiasaannya kita dengar pepatah kerana mulut badan binasa. Tapi dalam kes ini, kerana anak habis wang hangus binasa! Satu kejadian yang telah tular pada Isnin lalu di Hong Kong menyaksikan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah menyebabkan sebuah arca atau patung karakter program pra-sekolah terkenal, Teletubbies.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai mainan popular terletak di Mong Kok. Difahamkan kakitangan kedai tersebut telah menuduh kanak-kanak itu ‘menendang’ patung karakter tersebut dan menyebabkan ia jatuh dan pecah.
Ibu bapanya pula dilaporkan tidak menyedari kejadian tersebut dan telah mempercayai kata-kata kakitangan itu lalu membayar ganti rugi sebanyak HKD33,600 (RM18,801). Akan tetapi selepas itu video rakaman kejadian sebenar telah dimuat naik di atas talian dan membuktikan sebaliknya.
Menerusi rakaman tersebut kanak-kanak itu dilihat secara tidak sengaja bersandar di sisi patung tersebut kerana ingin mengelak kesesakan orang ramai di dalam kedai. Perkara itulah yang menyebabkan punca sebenar patung itu jatuh dan pecah.
Malah, kanak-kanak itu juga dilihat cuba menyelamatkan patung itu kerana menyedari pintu berhampiran bukanlah sebuah pintu yang tetap. Rakaman video tersebut lantas tular dan menyebabkan perbincangan hangat.
Dalam perkembagan terbaru semalam, syarikat yang memiliki kedai mainan tersebut iaityu Kidsland Holding Limoted, telah mengumumkan bahawa mereka telah memulangkan semula wang yang dibayar ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
Mereka turut meminta maaf di atas kejadian yang telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna terutamanya keluarga tersebut.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk kita terutamanya yang memiliki anak kecil. Pemilik perniagaan dan pengguna harus sama-sama lebih bertenang dan siasat perkara sebenar sebelum menunding jari.
Jika perkongsian fakta yang salah atau tidak tepat di bidang agama boleh menyebabkan seorang agamawan direhatkan daripada bersiaran di media arus perdana seperti stesen televisyen, perkara yang sama juga perlu dilaksanakan untuk bidang yang lain.
Hal ini disebabkan perkongsian fakta yang salah atau tidak tepat boleh berlaku di mana-mana bidang termasuklah bidang kecergasan dan kesihatan.
Seorang jurulatih kecergasan Kamarul Izzwan Zaman, atau lebih dikenali sebagai Kam Izzwan berkongsi pendapat demikian menerusi sebuah hantaran video di laman media sosialnya.
“Dalam dunia kesihatan ini banyak sangat ajaran kesihatan. Dari segi nak sihat tak boleh makan selepas pukul tujuh (pm), dari segi nak sihat tak boleh makan karbo (karbohidrat),” kata Kam susulan isu pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal yang direhatkan daripada sebuah program rancangan televisyen.
Ulasnya, perkongsian maklumat sebegitu boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru.
“Tapi kalau kita tengok kesahihan atau berdasarkan fakta, banyak sahaja fakta kata (jika) anda nak kawal gula, siapa kata tak boleh makan nasi?” tambahnya.
Oleh yang demikian, Kam berharap agar tindakan yang sama boleh dilaksanakan kepada bidang kecergasan dan kesihatan juga.
Sampaikan Ilmu Berdasarkan Fakta Sahih, Bukan Sekadar Pengalaman
Tambah Kam, seseorang penceramah kesihatan atau kecergasan perlu menyampaikan ilmu berdasarkan fakta dari sumber kajian yang sahih, bukan sekadar dari pengalaman peribadi semata-mata.
“Kalau anda cakap sesuatu, jangan sekadar cakap ‘dulu saya berjaya turun 10 kilogram sebab saya buat macam ini’. Itu bukan kesahihan, itu pengalaman.
“Kesahihan ialah lebih kepada ‘mengikut fakta, mengikut kajian, inilah sebab mengapa anda masih boleh makan sebelum tidur. Inilah sebab mengapa anda masih boleh makan karbohidrat dan mengurangkan lemak’. Itu kesahihan dan juga fakta,” jelas Kam.
Terdahulu, seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.
Memetik laporan Harian Metro, Ustaz Don menerusi sebuah siaran radio telah mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita bernama Ummu Hani sebanyak tiga kali, yang juga dikatakan cinta pertama Baginda.
Kenyataan Ustaz Don itu kemudian ditegur oleh beberapa tokoh agamawan namun tiada sebarang pembetulan dilakukan beliau.
Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan yang walaupun kisah tersebut benar, namun lamaran Baginda hanya ditolak sekali sahaja sewaktu Ummu Hani baru memeluk Islam.
Dakwaan dua lamaran yang ditolak sebelum itu adalah tidak diterima kerada sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran.
Bahkan, kenyataan mengenai Ummu Hani merupakan cinta pertama Bagina turut diragui kerana tiada ayat Al-Quran, riwayat hadis atau athar para sahabat yang menyebut mengenai perkara ini.
Ustaz Don yang sedang mengendalikan program Salam Baitullah di stesen itu juga mencetuskan perdebatan di media sosial kerana didakwa kerap berkongsi kisah atau hadis yang tidak sahih atau terlalu dhaif, demikian lapor Kosmo.