Hobi bukan sekadar aktiviti santai, tetapi ia memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang, termasuk dalam mengukuhkan hubungan rumah tangga.
Amin Idris, seorang pengacara TV dan pengumpul tegar figura aksi Iron Man, berkongsi pandangannya tentang bagaimana sokongan isteri terhadap hobi suami boleh membawa kebahagiaan dalam rumah tangga.
Konsep “Escape Mechanism” dalam Rumah Tangga
Dalam dunia kaunseling, terdapat konsep yang dipanggil “escape mechanism” atau mekanisme melarikan diri daripada tekanan.
Amin Idris menjelaskan bahawa isteri biasanya mempunyai cara mereka sendiri untuk mengurangkan tekanan, seperti menonton drama, berbual dengan jiran atau memasak.
Aktiviti-aktiviti ini membantu mereka melepaskan tekanan harian.
Sebaliknya, bagi lelaki mekanisme ini sering tiada. Kebanyakan lelaki sibuk bekerja, pulang ke rumah dalam keadaan letih, membantu isteri dan kemudian tidur.
Hidup mereka berputar dalam kitaran yang sama setiap hari tanpa peluang untuk melarikan diri daripada tekanan.
Ads
Hobi sebagai “Escape Moment” Suami
Menurut Amin Idris, hobi boleh menjadi “escape moment” yang penting bagi suami.
Contohnya, aktiviti seperti memancing memberikan ketenangan walaupun hasilnya tiada.
“Jangan pelik kalau suami memancing dan balik dengan tangan kosong. Itu bukan sebab dia kumpau (tidak dapat ikan), tapi sebab momen ketika memancing itu lebih penting daripada hasilnya,” jelas Amin.
Hobi sebagai Asbab Kebahagiaan
Sokongan terhadap hobi suami boleh membawa banyak manfaat.
Ads
Sebagai contoh, ia boleh menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika isteri turut serta dalam hobi suami atau sekurang-kurangnya memberi galakan, ia boleh mencipta momen yang menggembirakan dan mendekatkan lagi hubungan.
Sebaliknya, jika hobi suami tidak disokong, ia boleh menyebabkan tekanan tambahan dan memberi kesan negatif kepada hubungan rumah tangga.
Oleh itu, adalah penting untuk melihat hobi suami sebagai asbab kebahagiaan, bukan penderitaan.
Sebagai seorang pengumpul tegar figura aksi Iron Man, Amin Idris menjadikan hobinya sebagai satu bentuk terapi.
Walaupun kelihatan seperti aktiviti biasa, pengumpulan figura ini memberikan kepuasan dan menjadi cara untuk beliau berehat daripada kesibukan kerja.
Beliau menegaskan bahawa sokongan keluarga, terutamanya isteri, adalah kunci kepada kebahagiaannya.
Sebagai isteri, memahami dan menyokong minat suami boleh mencipta harmoni dalam keluarga.
Seperti yang dikatakan oleh Amin Idris, “Jadikan hobi itu sebagai medium untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, bukan sebagai punca penderitaan.”
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Bagi penggemar sukan mix-martial arts atau MMA, nama Conor McGregor pastinya sudah tidak asing lagi. Atlet tempur berasal dari Ireland tersebut dianggap salah seorang ahli sukan yang mempunyai pengaruh sangat besar dalam sukan tersebut.
Setiap pertarungannya pasti mampu mencecah kutipan box-office sama ada di stadium mahupun tayangan secara langsung di kaca televisyen atau penstriman.
Siapa yang tidak ingat perlawanan epik antara Conor dan juga Khabib Nurmagomedov yang telah menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.
Dalam perlawanan berlangsung Oktober 2018, Conor tewas menerusi ‘submission’ pada minit 3.03 pusingan keempat.
Selepas perlawanan, timbul kekecohan yang menyebabkan McGregor dan Khabib didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.
Conor McGregor antara atlet MMA paling popular di dunia.
Selepas mengecap pelbagai kejuaraan serta meraih wang royalti perlawanan yang cukup besar, Conor sekali lagi mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang perlawanan tempur.
Untuk rekod ini bukanlah kali pertama pengumuman seperti ini daripada Conor. Malah, dia sudah dua kali mengumumkan persaraannya sebelum ini.
Pengumuman terbaru tersebut dilakukan oleh Conor menerusi laman media sosial Twitter kendaliannya pada hari ini.
“Hai semua, saya telah mengambil keputusan untuk bersara dari bertempur. Terima kasih kepada semua di atas kenangan yang cukup hebat! Ia satu perjalanan yang menakjubkan! Ini sekeping foto bersama ibu aya di Las Vegas ketika memenangi salah satu kejuaraan dunia!”
Hey guys I’ve decided to retire from fighting.
Thank you all for the amazing memories! What a ride it’s been!
Here is a picture of myself and my mother in Las Vegas post one of my World title wins!
Pick the home of your dreams Mags I love you!
Whatever you desire it’s yours ❤️ pic.twitter.com/Dh4ijsZacZ
Itulah kapsyen menerusi satu hantara sekeping foto dirinya berpelukan bersama ibunya di Las Vegas tidak lama dahulu.
Conor sebelum ini pernah mengumumkan persaraa pada tahun April 2016 dan Mac 2019. Dan kali terakhir dia melakukan kemunculan di atas gelanggang Octagon ialah pada bulan Januari lalu dalam aksi UFC 246 menentang Donald Çowboy’Cerrone.
Menerusi pertarungan tersebut, Conor hanya mengambil masa selama lebih kurang 40 saat untuk menumbangkan Cerrone menerusi ‘technical knockout’ (TKO).
Perlawanan itu merupakan kemunculan pertamanya hampir 15 bulan menyepi dari sebarang pertarungan MMA. Adakah ini persaraan Conor yang betul-betul atau hanya drama semata. Sama-sama kita tunggu.
Sementara itu jika anda mahu mendapatkan pelbagai barangan sukan seperti tinju, bola sepak dan larian boleh dapatkan dengan tawaran diskaun hebat di Sports Direct!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan perempuan adalah dua individu dan spesis yang berbeza dari sudut personaliti dan juga kehendak.
Lelaki selalunya akan berfikir betapa susahnya mereka untuk memahami perangai wanita dan begitu juga sebaliknya bagi wanita. Banyak bahan bacaan dan jurnal dari internet telah menjelaskan mengenai perkara ini namun tiada satu pun yang benar-benar dapat membantu kita untuk memahami isi hati mereka yang sebenar.
Anda perlukan beberapa perkara yang dapat membahagiakan hidup anda. Di sini disenaraikan ada beberapa perkara di mana lelaki tidak boleh hidup dengan senang tanpa kehadirannya.
Gajet
Lelaki sering dikaitkan dengan kegilaan dengan barangan gajet kerana bagi seorang lelaki, pengetahuan dan kepekaan terhadap gajet merupakan suatu kemestian. Teknologi dan lelaki memang sukar untuk dipisahkan. Tanyalah pada sesiapa sahaja tentu anda akan mendapat jawapan yang sama. Tak kira samada ia merupakan komputer riba, telefon pintar mahupun iPad, lelaki sememangnya tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut. Bermain game di komputer sudah merupakan kemestian bagi setiap lelaki. Jika ia adalah hobi asas seorang lelaki bagaimana pula untuk hidup tanpanya walaupun sesaat.
Kereta/Motor
Peminat gajet juga kadangkala mempunyai kegilaan yang kritikal terhadap motosikal dan kereta berkuasa tinggi. Pantang ada keluaran terbaru maka lelak toidak akan berlengah-lengah untuk bertukar kepada jenis yang terbaru. Malah mereka juga gemar untuk berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk menunjukkan kereta/motosikal siapa yang lebih hebat. Jika diperhatikan, kaum lelaki sememangnya sangat peka bila ia adalah mengenai berita automotif terkini tentang keluaran kenderaan terbaru.
Ruang Dan Sempadan
Ramai lelaki yang beranggapan jika kekasih mereka terlalu bergantung padanya boleh menyebabkan si dia berasa rimas. Setiap lelaki memerlukan ruang persendirian di dalam hidup mereka.
Terlalu banyak gangguan boleh sedikit sebanyak menguji kesabaran mereka. Lelaki lebih gemar untuk hidup berdasarkan kehendak mereka sendiri. Jika anda langsung tidak memberi sedikit ruang untuk si dia berfikir atau melakukan sesuatu tanpa gangguan ini boleh mengakibatkan si dia meninggalkan anda.
Aktiviti Sukan
Kaum lelaki dan sukan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Bagi kaum lelaki, aktiviti sukan terutama sekali yang lasak itu suah sebati sebagai identiti mereka.
Lelaki bukan sahaja melakukan aktiviti sukan hanya untuk kesihatan tubuh badan malah ia merupakan salah satu cara untuk mereka mengendalikan tekanan kerja dan menguruskan konflik dalaman dengan cara yang lebih produktif.
Seks
Sekarang anda sudah faham mengapa kaum lelaki normal sering dikaitkan dengan gatal dan kaki perempuan. Ini adalah dalam kepala seorang lelaki, mereka akan kerap berfikirkan tentang perempuan dan seks.
Mengikut kajian, lelaki boleh hidup tanpa makanan dan keperluan lain namun adalah amat sukar untuk mereka hidup tanpa memikirkan mengenai seks walaupun seminit.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasuah bukanlah penyakit sosial yang baru sahaja wujud. Malah ia telah muncul sejak ribuan tahun lamanya dalam pelbagai jenis bentuk. Apa sahaja yang dilakukan dengan tidak mendukung amanah dengan menerima suapan dalam bentuk wang, barangan atau kedudukan boleh dianggap sebagao rasuah.
Kempen ‘Rasuah Buster’ yang merupakan inisiatif terkini yang didukung oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangraf, Datuk Husammuddin Yaacub yang mengajak seluruh rakyat Malaysia turut serta dalam gerakan membanteras gejala tidak bermoral ini.
Terbaru, beliau menerusi #RasuahBuster melancarkan kempen ‘MAK KATA JANGAN’ di peringkat nasional. Mungkin anda sendiri tertanya-tanya akan maksud serta signifikasi nama kempen tersebut.
Menurut Husammuddin, Ibu adalah amat istimewa. Mereka sanggup mengorbankan segala kemahuan sendiri demi memenuhi kehendak kita, Kita tidak perlu bersusah payah mendapatkan kasih dan sayang seorang ibu.
Seorang ibu mengasihi anaknya tidak kira siapa mereka, kaya atau miskin atau apa pun jua keadaannya. Walaupun mereka marah, kemarahan itu keluar dari kemurnian hati mereka dan atas dasar ambil berat terhadap kita. Ibu adalah insan terakhir yang kita ingin kecewakan.
“Kami ingin menjadikan ‘Mak Kata Jangan’ sebagai budaya dan rutin dalam kita mencegah diri dari mengambil atau memberi rasuah kebiasaan. Sebaik berdepan dengan peluang dan kemungkinan melakukan salah laku rasuah, ingatkan diri kita bahawa “Mak Kata Jangan”. Bukan sekadar itu, Mak Kata Jangan juga boleh menjadi peringatan kita kepada orang lain sekiranya mereka pula ditawarkan dengan rasuah,” tambahnya lagi.
BAHAN KEMPEN
Menerusi kempen ini, sebanyak 3 bahan utama kempen dilancarkan dalam bentuk video. Ia hadir dalam video Bahasa Melayu, Tamil dan Kantonis serta disokong oleh bahan-bahan lain dalam bentuk e-poster dan meme.
Teras utama kempen adalah menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan ambil peduli tentang pentingnya membanteras rasuah dan turut sama-sama menyebarkan dan memproosikan video serta apa jua material yang boleh memberi impak. Sasaran utama kempen adalah menjadikannya tular dalam pelbagai latform dan landasan media.
Kesemua video dan pelbagai bahan boleh didapati di www.MakKataJangan.com atau www.rasuahbusters.com. Penggunaan tandar pagar #RasuahBusters dan #MakKataJangan juga amat digalakkan.
Sama-sama kita menyokong kempen yang bukan sahaja memberikan impak pada masa sekarang tetapi generasi anak cucu di masa akan datang.
Ingat, MAK KATA JANGAN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.