Gaya Hidup

Kenapa Anda Kena Kurangkan Makan Roti Putih? Ini 7 Kesannya Untuk Kesihatan

Share

Ramai yang suka makan roti putih. Malah ramai yang suka menggantikan nasi dengan makan roti putih kerana percaya ia lebih menyihatkan dan dapat menjaga bentuk badan.

Namun hakikatnya, tabiat makan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi jika anda makan secara berlebihan.

Laman web kesihatan & gaya hidup, boldsky.com mengulas tentang keburukan makan roti putih secara terperinci seperti di bawah.

BACA: Kena Periksa GI Kalau Nak Makan Roti Untuk Diet, Doktor Ini Kongsi Cara Pilih Yang Sesuai!

1. KADAR SODIUM TINGGI

Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.

2. RENDAH NUTRISI

Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.

3. MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN

Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.

BACA: Sarapan Nasi Atau Roti, Mana Satu Buat Badan Jadi Kembang? Doktor Beri Jawapan

4. MENGANDUNGI PROTEIN ‘JAHAT’

Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.

5. TINGGI KARBOHIDRAT

Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.

6. MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.

7. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA

Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.

Oleh itu makanlah roti putih secara berpada-pada dan jangan makan secara berlebihan.

Published by
Roselinda