Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.
Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.
Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.
Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.
Ads
Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.
Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.
Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.
Ini adalah punca lain kenapa lelaki mudah botak
Ads
TEKANAN
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
CORAK KEBOTAKAN
Ads
Corak kebotakan rambut lelaki, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
KURANG VITAMIN
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boleh dikatakan sebagai lagenda bola sepak Brazil, Kaka merupakan salah seorang daripada 4 pemain Brazil yang pernah menerima Anugerah Ballon d’Or bersama Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Kaka mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun,
Memulakan karier seniornya bersama Sao Paolo, Kaka kemudian berpindah ke AC Milan yang merupakan kelab paling berjaya dalam karier bola sepaknya. 6 musim di AC Milan, Kaka berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1 pada tahun 2007.
“Ia lebih daripada apa yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya sekarang bersedia untuk perjalanan seterusnya,” tulis Kaka.
Beraksi sebanyak 95 kali untuk negaranya, Kaka bersama pasukannya pernah memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan kemudian dipilih sebagai pemain terbaik dunia FIFA pada 2007.
Kerjaya dalam arena bola sepak bermula di Sao Paulo dekat sini pada 2001, tetapi pada ketika itu, beliau bersama dengan kelab AC Milan yang disertainya pada 2003.
Selain itu, Kaka juga pernah mengetuai kelab Itali Scudetto 2003-2004, Supercoppa Italiana 2004, Piala Super UEFA 2007, Piala Dunia Kelab FIFA 2007 dan gelaran Juara Liga 2006-2007.
Kaka kemudian berpindah ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran 67 juta euro, meskipun beliau tidak benar-benar cemerlang ketika bersama pasukan Milan sebelum itu.
Pemain tersebut namun pernah membantu kelab Sepanyol tersebut menggondol Piala Copa Del Rey pada musim 2010-2011 dan gelaran La Liga 2011-2012.
Beliau kemudian kembali semula ke Milan untuk musim 2013-2014, sebelum mengambil keputusan menamatkan kariernya ketika bersama Orlando City.
Sumber : BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila membicarakan tentang cara untuk turunkan badan pelbagai kaedah diet serta senaman yang diamalkan oleh ramai orang. Ada yang susah untuk dilakukan dan ada juga yang sebenarnya boleh dilakukan tanpa bersusah-payah.
Namun ramai orang yang silap mengamalkan senaman dan diet. Apatah lagi jenis yang tak sabar dan ingin melihat hasilnya dalam tempoh yang singkat. Anda harus ingat, proses ini merupakan sebuah perjalanan bukannya ingin capai keputusan sahaja.
Terdapat beberapa perkara yang sering silap dilakukan oleh ramai orang. Malah ada juga yang amalkan sesetengah tip dan petua atas dasar dengar apa yang orang lain cakap semata.
Berikut merupakan antara persepsi salah dan cara silap yang ramai orang lakukan.
SKIP MAKAN MALAM
Sejak kebelakangan ini ramai yang mula meninggalkan makan malam semata-mata ingin berdiet. Sebenarnya ia hanya menyebabkan badan anda kekurangan tenaga. Apa gunanya kalau anda skip makan malam tapi pada waktu pagi dan tengahari makan bagai nak rak. Berat gerenti tak berkurang malah boleh meningkat juga.
SENAMAN SEMATA
Ramai yang mengeluh selepas bersenam dalam beberap tempoh waktu tapi hasilnya tak dapat dirasai. Berat badan tak turun dan hanya dapat letih sahaja. Tahukah anda bahawa faktor berat badan turun dengan melakukan senaman hanyalah 20% sahaja. Manakala faktor lebih ebsar, 80% bergantung kepada diet dan corak pemakanan anda. Bersenam kalau tak jaga makan memang tak akan ke mana.
Salah satu spot paling ketara bila berat badan naik ialah bahagian perut terutamanya di kalangan lelaki. Anda buatlah senaman seberapa banyak sampai perut pun sakit cramp. Tapi kalau tak jaga diet dan pemakanan, usah mimpi perut itu akan kembali rata.
KEPENTINGAN SENAMAN
Tapi janganlah pula anda anggap senaman itu tak penting. Ya, senaman memang sangat penting bukan sahaja untuk membantu badan membakar segala kalori dan lemak badan tetapi menjamin kualiti hidup lebih sihat. Dengan diet yang seimbang, proses senaman anda juga boleh berjalan dengan lancar. Barulah dapat hasilnya dalam tempoh yang cepat.
TAK MAKAN NASI TAPI BERAT SAMA
Ini adalah mitos yang buatkan ramai orang memusuhi nasi. Sebenarnya nasi itu tak salah. Malah sebagai orang Malaysia, nasi itu menjadi sebagai sumber makanan dan tenaga utama kita. Apa yang salah ialah bila anda makan nasi dengan banyak dan tak kawal jumlahnya. Untuk diet yang sihat anda perlu hanya makanan kira-kira segenggam nasi setiap kali makan. Sertakan juga dengan sayuran dan sumber protein seperti ikan, aya atau daging secukupnya. Nasi tak salah, yang salah adalah tabiat makan anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang berbeza tahap ketahanan mereka. Ini terutamanya bila di bulan puasa. Ada orang berasa cepat dahaga. Ada pula yang mudah rasa lapar dan tak kurang juga selalu sakit perut.
Sebnearnya kondisi setiap orang berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan tbuh badan mereka. Namun secara amnya, jika anda mengikuti langkah-langkah yang baik untuk menghadapi ibadah puasa perkara seperti itu dapat dielakkan.
Antara faktor utama yang boleh anda lakukan ialah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan kurang mengambil makanan atau minuman yang boleh menjejaskan ketahanan anda lalu membuat perut mudah sakit.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi tip bagaimana nak elak perut sakit ketika berpuasa.
Menurutnya di perkongsian Facebook tersebut, ramai pesakitnya mengandu berdepan simptom sakit perut seperti pedih ulu hati, kejang perut, kerap sendawa, berasa loya dan muntah serta rasa panas di bahagian dada.
Kesemu simptom tersebut disifatkan oleh beliau sebagai tanda-tanda dyspepsia yang merupakan kondisi pencernaan terjejas. Antara punca berlakunya kondisi sepeeti ini adalah kerana gastritis, peptic ulcer disease atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
Ikuti tip beliau bagaimana untuk elak perkara ini berlaku.
CARA ELAK DYSPEPSIA SEPANJANG BERPUASA
ELAKKAN
merokok serta minum minuman keras
minum kopi, teh, minuman berkarbonat
makan juadah berempah, pedas dan berminyak
ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
makan terlalu banyak semasa berbuka
baring atau tidur selepas berbuka/sahur
makan terlalu hampir waktu tidur
AMALKAN
berbuka awal(tak usah tangguh)
sahur lewat (bukan sebelum tidur)
makan porsi kecil dan berulang
sahur dengan makanan tinggi serat
tidur yang mencukupi
minum air kosong secukupnya
bertenang(kurangkan stress)
BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.
2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.
3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.
4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak. Hehe.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan Salam Ramadan
Nota: silakan follow saya jika mahu ikuti tips kesihatan yang ringkas dan padat
Semoga perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dapat memberikan manfaat kepada anda terutamanya untuk menjalani ibadah puasa. Hendak seribu daya, tak hendal seribu dalih!