Selain perempuan, lelaki juga perlu tahu waktu subur. Selalunya kita biasa dengar tentang info waktu kesuburan wanita. Tapi tak banyak pula orang mengambil tahu tentang waktu subur lelaki.
Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga dipengaruhi oleh musim dan waktu.
Jumlah sperma akan lebih banyak pada waktu pagi dan juga sewaktu musim sejuk. Ketika keadaan cuaca panas, kuantiti sperma aktif akan berkurang serta tidak berkualiti.
Testis lelaki amat sensitif pada suhu persekitarannya. Pada waktu siang dan ketika cuaca panas, keadaan ini akan menjejaskan kualiti sperma dan boleh mengakibatkan kehidupan sperma menjadi lebih singkat. Oleh itu, lelaki tidak digalakkan mandi wap atau bersauna pada waktu tertentu.
Waktu subur suami dianggarkan pada jam 4.00 pagi sehingga 7.00 pagi dan ini adalah waktu yang sesuai untuk anda yang inginkan zuriat atau “senang lekat”.
Pada waktu ini, jumlah sperma lebih banyak dan sangat berkualiti. Untuk pasangan yang merancang zuriat digalakkan menunggu waktu subur kedua-dua suami isteri.
Untuk pasangan yang “susah lekat”, mereka digalakkan bercuti ke tempat yang menarik untuk ketenangan minda. Suhu sejuk bilik ‘honeymoon’ akan menambahkan lagi kelebihan pada kesuburan anda.
Kualiti sperma juga amat mempengaruhi kesuburan lelaki untuk merancang kehamilan. Nak tahu sama ada sperma anda ada masalah atau tidak?
1. Sperma terlampau pekat
2. Sperma berwarna coklat atau kemerahan (sperma yang sihat berwarna putih awan)
3. Sperma berwarna kuning kehijauan (kemungkinan ada jangkitan kuman)
4. Jumlah sperma yang sedikit (sperma yang sihat akan menghasilkan 200-500 juta sel)
5. Sperma yang berbau busuk
Sperma yang normal akan berbau seperti klorin. Jika sperma anda mengeluarkan bau busuk, kemungkinan adanya jangkitan. Jadi perhatikan dan ambil tahu kualiti sperma anda bermula hari ini.