Kenali Tengku Hassanal Shah, Pemangku Raja Pahang Yang Persis Prince Charming

2719

Wajah serta nama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mula disebut-sebut ramai oleh warganet di negara kita selepas ayahandanya, Sultan Abdullah memulakan pemerintahan di tampuk Persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari yang lalu.

Ketika berlangsungnya Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang & Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang serta Isitadat Menjunjung Duli, wajahnya mula mencuri perhatian umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

 

Pada majlis istiadat itu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah yang sebelum ini mendapat gelaran Tengku Panglima Besar Pahang telah dimahsyurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

 

View this post on Instagram

 

KDYMM Agong Kita

A post shared by KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

 

Dengan senyuman yang sentiasa tidak lekang dari bibirnya, Tengku Hassanal Shah mula tular di kalangan rakyat jelata. Malah, semakin ramai yang mengikuti Tengku Hassanal Shah menerusi laman media sosialnya di Instagram.

Mungkin ada di antara anda masih belum mengenalinya. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa fakta menarik tentang Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang kesayangan rakyat terutamanya di negeri Pahang.

PENDIDIKAN

Memulakan pendidikannya di negeri Pahang sebelum terbang ke United Kingdom bagi melanjutkan pelajaran. Berikut merupakan latar belakang pendidikan Tengku Hassanal Shah:

2002 – 2005: Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang.
2006 – 2009: Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom.
2009 – 2014: Sherbone School, London, United Kingdom.
2015 – 2018: University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations Bachelor of Arts In International Relations.
27 September 2018: Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan.
1 Jan 2019 – 14 Dis 2019: Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst.

KEPUTERAAN

Tengku Hassanal Shah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Baginda merupakan anakanda kedua pasangan dirraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Puteri Iman Afzan (@imanabdullah) on

PEMANGKU RAJA PAHANG

Selepas ayahandanya Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16, Tengku Hassanal Shah selaku Tengku Mahkota Pahang telah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.

MESRA RAKYAT

Inilah ciri-ciri yang membuatkan ramai terpesona dengan Tengku Hassanal Shah. Mewarisi sikap ayahanda dan bondanya yang sangat mesra dan sering mencemar duli mendekati rakyat jelata.

 

View this post on Instagram

 

Awok semua jangan lupa kutip sampah awok! #keeppahangclean #zamansaya

A post shared by KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) on

SUKAN

Tengku Hassanal Shah seorang yang sangat meminati sukan polo. Malah baginda pernah mengikuti perlawanan amal The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England.

Selain itu, baginda juga meminati sukan lain seperti bola sepak, ragbi, menembak dan golf.