Bagi sesetengah orang, tabiat dengkur itu satu perkara biasa. Tapi tahukah anda berapa ramai pasangan yang berpisah, bertengkar dan berselisih faham akibat taboat dengkur yang kuat?

Jadi apa itu dengkur?

Dengkur adalah kondisi di mana nafas tersekat-sekat berlaku ketika tidur dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung. Disebabkan itulah individu yang mengalaminya mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.

Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.

TIDUR TAK SEMPURNA

Kenali Punca & Simptom Dengkur Serta Cara Untuk Mengawalnya

Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap obstructive sleep apnoea (OSA) tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat.

IKLAN

Keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang kepada OSA, malah ada individu yang tidak obese berdengkur jika berat badan mereka meningkat daripada kebiasaan, namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.

Ramai kalangan penghidap OSA adalah obes yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.

IKLAN

USIA MAJORITI PESAKIT

Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.

Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.

IKLAN

Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.

Kenali Punca & Simptom Dengkur Serta Cara Untuk Mengawalnya

Simptom OSA

  • Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
  • Berdengkur dengan kuat
  • Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
  • Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
  • Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
  • Sakit kepala pada waktu pagi
  • Sukar untuk tidur (insomnia)
  • Sukar memberi perhatian

Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.

Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI