Jenama telco Maxis, Celcom, UMobile dan DiGi bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat di negara kita.
Lebih-lebih lagi dalam masa sama, syarikat telco ini turut menawarkan pakej internet untuk pelanggannya.
Jadi sebagai pengguna yang bijak, anda harus tahu anda ingin menggunakan internet itu untuk apa? Adakah untuk :
a. Menonton video seperti di YouTube
b. Menggunakan hostpot untuk sambungkan internet ke laptop
Keutamaan anda perlu diutamakan dan jangan cepat mengambil plan yang dilihat menawarkan pakej internet terbaik tetapi tidak kena dengan keperluan anda.
Menerusi artikel ini, penulis akan berkongsi perbezaan fungsi penggunaan internet pada kadar RM100 :
1. RM98 : Celcom Gold First Class
Internet harian : 20 GB
Internet hujung minggu : 20 GB
Hotspot : Tiada data khusus
Video streaming : 100GB
Plan ini amat sesuai untuk kaki YouTube atau mereka yang gemar menonton cerita secara online
menggunakan telefon.2. RM98: MaxisOne Plan 98
Internet harian : 15 GB
Internet hujung minggu : 15 GB
Hotspot : Tiada data khusus
Video streaming : Tiada data khusus
3. RM99 : UMobile Hero Postpaid 99
Internet harian : Unlimited
Internet hujung minggu : Unlimited
Hotspot : 30 GB
Video streaming : Unlimited
Plan ini amat sesuai untuk mereka yang memerlukan hotspot bagi membuat kerja di laptop jika tiada wifi di kawasan berdekatan.
4. RM100 : Digi Infinate Internet (Up to 10Mbps)
Internet harian : Unlimited
Internet hujung minggu : Unlimited
Hotspot : 20 GB
Video streaming : Tiada data khusus
Walau bagaimanapun, setiap kekuatan internet adalah bergantung kepada lokasi anda juga.
Jika liputannya bagus dan kuat, anda tidak akan mengalami kesukaran untuk menggunakan internet anda sepuas-puasnya.
Semoga bermanfaat dan share jika ini adalah perkongsian yang anda serta rakan-rakan cari selama ini!