Suatu ketika dahulu nama-nama pelari pecut negara seperti Watson Nyambek, Azmi Ibrahim dan terkini, Khairul Hafiz Jantan cukup mesra di bibir peminat sukan tanah air terutamanya olahraga.
Tak dapat dinafikan dalam sukan olahraga gelaran ‘raja pecut’ dalam acara 100 meter dan 200 meter sentiasa mendapat perhatian paling tinggi.
Terbaru satu nama yang secara senyap menyelinap di bawah radar pemerhatian rakyat Malaysia. Bagi pengikut setia sukan olahraga negara mungkin nama ini tidak asing lagi buat anda terutamanya selepas kejayaan pelari pecut ini memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter yang sebelum ini dupegang oleh Khairul Haifz Jantan.
Pelari pecut yang telah mencipta rekod baharu itu ialah Russell Taib atau nama penuhnya Russell Alexander Nasir Taib.
BACA: Kacak & Ada Style, Ini 12 Atlet Peluncur Ais Di Seluruh Dunia, Malaysia Pun Ada!
Jadi anda mungkin tertanya siapakah atlet yang mempunyai wajah campuran ini?
Ya, anda tidak silap. Russel Taib merupakan atlet yang mempunyai darah kacukan Malaysia dan Australia. Dilahirkan di Kuala Lumpur, Russel bnerpindah ke Australia pada usia 3 tahun ke Hobart, Tasmania.
Jejaka berusia 21 tahun ini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidangh Ijazah Psikologi Sukan di University of The Sunshine Coast, Queensland di Australia.
Bakat yang dimiliki oleh Russel telah menonjol sejak peringkat junior lagi. Dia pernah bergelar juata sebanyak lapan kali dI Kejohanan Australia dalam acaea 100, 200, 400 dan 4×100 meter.
Bakat sebenar Russel telah dicungkil oleh gurunya yang melihat potensi dimilikinya dengan kemampuan larian deras dan pantas. Memetik temubualnya bersama Sinar Harian, Russel berkata, “Ketika itu umur saya 11 tahun. Sejak itu saya telah diberikan latihan khusus oleh jurulatih bertauliah”.
Gemerlapan potensi bintangnya mula bersinar selepas menerima Anugera Junior National U14 dalam acara 100 meter di Australia.
Namun bagaimanakah Russel diserap dan terpiluh sebagai atlet negara? Segalanya bermula apabila dia mencipta rekod baru kebangsaan dalam acara 200 meter pada Kejohanan Trek Klasik Queeensland di Brisbane, Australia.
Dalam kejohanan itu dia menduduki tempat kedua dengan mencatatkan masa 20.77 saat, sekali gus mamadamkan rekod terdahulu yang dipegang Raja Pecut Kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Kejayaan itu menjadi permulaan buat Russel yang diserap menjadi atlet Malaysia. “Saya memang ingin mencurahkan bakat saya dengan negara kelahiran saya iaitu Malaysia. Saya gembira telah menyarung jersi Malaysia. Saya rasa sudah tiba masanya saya mewakili negara. Sudah menjadi hasrat saya untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa,” kata Russel yang senang diajak berbicara walaupun sisa kepenatan masih terserlah pada wajahnya.
Baru-baru ini dia mewakili negara dalam Kejohanan Malaysia Open Grand Prix. Bagi acara 200 meter dia berjaya memungut pingat pera dengan catatan 21.12 saat, tewas ditangan pelari Taiwan.
Walapun tidak berapa fasih bercakap namun Russel masih faham bila ditanya dalam Bahasa Melayu. Anak bongsu dari 3 beradik ini merupakan kacukan Melayu dan Australia-British. Ayahnya berasal dari Perak manakala ibunya pula rakyat Australia berketurunan British.
Dia kini menyimpan hasrat dan menumpukan sepenuh perhatian untuk membawa nama Malaysia pada Kejohanan Olahraga Asia di Doha tidak lama lagi.Jika anda ingin mengenalinya dengan lebih lanjut bolehlah mengunjungi laman sesawangnya di http://www.russeltaib.com/.
Semoga Russel terus berjaya dan terus mara ke Olimpik suatu hari nanti!
Kredit: Sinar Harian & Russel Taib
Kredit feature foto: Lilly Castle