Untuk mendapat tubuh yang lebih tegap dan menawan, bahagian dada merupakan salah satu bahagian yang akan memantapkan lagi penampilan keseluruhan tubuh. Jika anda ke gim, anda pasti mendapati pelbagai mesin senaman yang boleh digunakan untuk melatih otot dada anda.
Senaman menggunakan mesin ini dikategorikan sebagai senaman compound, iaitu senaman yang menggunakan lebih dari satu bahagian otot. Setiap gim berkemungkinan mempunyai mesin chest press yang berlainan, namun konsep latihannya tetap sama. Pertama, penting untuk melaraskan kedudukan tempat duduk mengikut keselesaan kita. Selain itu, laraskan bebanan mengikut berat yang bersesuaian dengan kemampuan anda.
Apabila anda telah duduk dengan selesa, pastikan anda duduk dengan postur yang betul. Jangan membongkok, pastikan sentiasa mendada. Pastikan juga bahagian tulang belikat anda mengepak sehingga seakan-akan mengepit tulang belakang anda.
Kemudian, barulah anda boleh memulakan senaman anda dengan menolak bebanan tersebut. Ketika menolak, tumpukan tekanan pada bahagian otot dada kerana senaman ini juga berpotensi untuk memberi tekanan kepada otot bahu dan trisep. Tidak mengapa untuk menolak bebanan dengan laju asalkan anda menurunkannya dengan perlahan untuk memaksimakan tekanan pada otot.
Ads
Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanyak 15 kali untuk tiga hingga empat set, bergantung kemampuan anda.
Mesin Chest Fly
Senaman menggunakan mesin ini dikategorikan sebagai senaman isolation, iaitu senaman yang melatih secara fokus pada satu bahagian otot sahaja. Mesin chest fly ini akan melatih lebih fokus kepada otot dada anda.
Ads
Seperti mesin yang lain, pastikan tempat duduk dilaraskan pada kedudukan yang anda selesa. Kelebaran bahagian menolak bebanan juga perlu dilaraskan agar tangan posisi depangan tangan anda selari dengan tubuh, tidak terlalu mengepak dan tidak terlalu menguncup.
Gunakan bebanan yang sesuai dan lakukan senaman ini sebanyak 20 kali untuk empat set, demikian cadangan yang diberikan.
Tekan Tubi (Push-up)
Selesai kedua-dua senaman di atas, pastinya tenaga juga semakin berkurang. Namun masih ada cara untuk melatih dada anda dan memaksimakan pengembangan otot menerusi senaman bodyweight, iaitu senaman yang menggunakan berat badan sendiri sebagai bebanan.
Ads
Tidak perlu sebarang mesin, anda hanya memerlukan sebuah bangku atau apa sahaja barang yang kukuh untuk menampung tubuh anda. Letakkan tangan anda pada bangku tersebut dan posisikan badan anda pada posisi tekan tubi. Pastikan badan anda dalam keadaan lurus dan selesa.
Ketika turun melakukan tekan tubi, pastikan ia memberi tekanan di bahagian dada dan bukannya di bahagian trisep. Turun secara perlahan, dan tolak semula ke atas dengan laju. Lebih perlahan anda turun, lebih mencabar senaman ini untuk anda.
Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sehingga anda merasakan keperitan paling maksima.
Tonton video penuh di bawah untuk kefahaman menyeluruh mengenai senaman-senaman ini menerusi gambaran yang lebih terperinci.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah dagu berlapis bukan hanya ditakuti oleh wanita sahaja. Lelaki pun turut risau jika miliki dagu berlapis dan berlipat. Betul ke nak hilangkan dagu berlapis ini anda kena buat diet ekstrem? Tak perlu, sebab dengan senaman mudah juga anda boleh hilangkan masalah dagu berlapis ini.
Senaman dagu adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah dagu berlapis ini. Ada 8 senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan boleh dibuat di rumah.
Apa lagi, jom kita cuba.
1. THE KISS
Berdiri dan dongakkan kepala sambil memandang ke siling.
Muncungkan bibir seolah-olah anda ingin mencium siling selama 5-8 saat.
Relaks dan tegakkan semula kepala.
Ulang sebanyak 5 kali.
2. STICK IT OUT
Jelirkan lidah dalam kiraan 5.
Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
Ulang sebanyak 10 kali.
3. JAW JUT
Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu.
Buat kiraan sehingga 10.
Relaks semula rahang.
Ulang sebanyak 10 kali.
4. NECK ROLL
Mula dari arah kanan, pusingkan kepala secara membulat.
Buat sehingga kiraan 5.
Kembalikan kepala ke sisi asal.
Pusingkan pula kepala ke kiri secara membulat dalam kiraan 5.
Ulang semula dalam kiraan 30 saat.
5. TONGUE ON TEETH
Buka mulut.
Angkatkan hujung lidah pada barisan gigi atas.
Anda akan rasakan ketegangan pada leher.
Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’.
Lakukan selama 1 minit.
Relaks dan ulang sekali lagi.
6. CHIN SLAP
Jelirkan lidah.
Tepuk bawah dagu dengan belakang tangan secara perlahan-lahan.
Lakukan sehingga 30 saat.
7. IN AND OUT
Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
Pastikan jari lain berada di tepi pipi.
Tolakkan muka ke hadapan secara perlahan-lahan.
Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
Relaks dan ulang sehingga 3 kali.
8. LAYING LIFTS
Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada.
Biarkan selama 10 saat.
Kembalikan kepala pada posisi asal.
Ulang sebanyak 2 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang selalu terlupa nak buat senaman di bahagian bawah badan iaitu paha dan betis hingga membentuk badan seakan-akan kon aiskrim. Atas tegap, tapi bahagian bawah keding!
Jadi, MASKULIN nak kongsi tip senaman untuk mantapkan bahagian paha dan betis sepertimana yang telah anda lakukan pada bahagian atas badan. Ia juga boleh dilakukan tanpa menggunakan dumbbell.
Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman ini sebanyak dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.
Cari permukaan yang tingginya 4 inci dari tanah. Letakkan bahagian hadapan kaki dan tinggalkan separuh di bahagian belakang sedikit. Tekan tumit kaki ke bawah sebanyak 15-20 kali untuk lengkapkan 1 set. Ulangi sekurang-kurangnya 2 set.
2. Lunge Pulses
Berdiri tegak dan majukan kaki kiri ke hadapan. Gunakan berat badan sebagai beban untuk menekan bahagian betis. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali untuk 1 set. Pastikan kaki anda turun 90 darjah untuk mendapatkan kesan yang mantap.
Mula-mula, turunkan badan kepada posisi senaman out push up. Naikkan kaki kanan ke dalam secara 90 darjah. Selepas itu tukar kepada kaki kiri. Ulangi step ini dalam masa seminit dan kelajuannya mengikut kemampuan anda.
4. Senaman Tali Skipping
Senaman ini memfokuskan otot pada bahagian betis. Namun tanpa kita sedar, ia boleh membuatkan kita berpeluh seperti tengah melakukan senaman kardiovaskular. Sebagai permulaan, anda boleh set kepada 1 minit seberapa banyak yang anda boleh lakukan. Cuba tingkatkan jumlah masa untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Perasan tak workout betis rasanya seperti anda sedang berlari? Untuk menutup sesi senaman bahagian betis ini, anda mesti melakukan regangan bahagian bawah untuk meredakan semula otot yang sudah dilenjan sebelum ini. Ia juga penting untuk melindungi otot anda daripada kecederaan yang tidak diingini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak tips diet mencadangkan kita untuk memakan epal sebagai gentian kepada snek lain yang tidak menyihatkan. Ini kerana epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat.
Selain daripada memakan epal, kita juga boleh ekstrak ia menjadi minuman yang menyihatkan. Harus diingat, anda seharusnya meminum ia tanpa campuran gula, kalau tidak sama sahaja anda beli jus epal yang ada di pasaran dengan jumlah gula yang tidak diketahui.
Walaupun buah epal bukan buah tempatan dan sedikit mahal, namun untuk mendapatkan khasiatnya, tidak salah untuk melabur sedikit.
Berikut adalah antara khasiat yang bakal anda perolehi jika mengamalkan minuman jus Epal.
Tubuh badan kita memerlukan serat untuk memudahkan proses penghadaman. Buah epal amat kaya dengan serat, ia juga membantu mengurangkan masalah sembelit ketika membuang air besar.
2. Melambatkan proses penyebaran sel barah
Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap khasiat buah epal dan salah satunya adalah mengurangkan risiko penyakit barah. Ia mampu mengurangkan kapasiti barah paru-paru serta melambatkan proses penyebaran sel tersebut.
3. Merawat Anemia
Seorang lelaki dewasa normal memerlukan 12.5 hingga 18.5g/dL haemogoblin. Jika kurang daripada itu, anda menghidap penyakit Anemia iaitu kekurangan zat besi dalam badan. Buah ini kaya daengan khasiat zat besi serta berupaya menambah kekurangan haemoglobin dalam darah.
4. Mengurangkan risiko kencing manis & diebetes
Mereka yang mengambil sebiji epal setiap hari mempunyai risiko lebih rendah mendapat diabetes kerana kandungan serat yang tinggi menstabilkan gula dalam darah, selain rasa kenyang lebih lama mengelak makan terlalu banyak.
Memakan epal membantu membersihkan gigi dan gusi. Ia juga mengurangkan kaviti atau gigi berlubang serta membantu membersihkan gigi dan anti-bakteria dalam kandungan buah ini melindungi tubuh daripada kuman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.