Otot belakang yang mantap mampu memperbaiki bentuk tubuh anda agar kelihatan lebih tegap dan maskulin. Jika anda melangkah ke gim, terdapat pelbagai mesin senaman dengan bermacam variasi untuk anda melatih otot belakang. Menerusi video di Youtube Maskulin, pempengaruh kecergasan Aiman Radzi memberikan panduan untuk menggunakan mesin di gim bagi melatih otot berkenaan.
Lat Pulldown
Jika anda pernah ke beberapa gim, anda boleh melihat pelbagai variasi mesin senaman lat pulldown. Sesetengah pemegangnya berbentuk memanjang (long bar), dan ada juga yang berbentuk V (V-bar). Menurut Aiman, pemegang berbentuk V memberi lebih tekanan pada bahagian bawah belakang badan.
Dalam senaman ini, anda perlu meletakkan tenaga menarik mesin berkenaan pada bahagian siku, bukannya bisep. Selain itu, pastikan anda duduk dengan postur yang betul dan selesa. Jangan membongkok, pastikan sentiasa mendada. Pastikan juga bahagian tulang belikat anda mengepak sehingga seakan-akan mengepit tulang belakang anda.
Ads
Tarik pemegang hingga ke paras dada dengan laju, dan lepaskan semula secara perlahan-lahan untuk memaksimakan tekanan. Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanyak 15 repitisi untuk tiga hingga empat set, menggunakan bebanan bersesuaian dengan kemampuan anda.
Seated Cable Row
Mesin senaman ini juga boleh menggunakan pemegang jenis long bar ataupun V-bar. Untuk memberi tumpuan kepada otot trapezius (otot berbentuk segitiga di tengah bahagian atas belakang), pemegang jenis long-bar adalah lebih sesuai.
Ads
Pastikan duduk dalam keadaan yang selesa dengan postur yang betul, iaitu mendada. Ketika menarik, pemegang boleh ditarik sama ada ke paras perut, paras dada atau paras leher. Ketiga-tiganya tidak salah, namun akan memberikan tekanan yang berbeza pada bahagian trapezius.
Ads
Paras yang paling selesa ialah pada paras perut. Pastikan anda meletakkan tenaga di bahagian siku ketika menarik bebanan. Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanyak 15 repitisi untuk tiga hingga empat set, menggunakan bebanan bersesuaian dengan kemampuan anda.
Bagaimanapun, pastikan anda mengenal pasti kemampuan diri anda agar dapat melakukan senaman dengan berkesan dan selamat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak korang alami keadaan di mana susah sangat nak lelap kan mata walaupun dah bermacam cara dilakukan. Kalau sekali skali boleh diterima juga tapi kalau dah tiap malam berlanjutan ia boleh menganggu kehidupan dan kesihatan kamu.
Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak sedar waktu tidur tidak berkualiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, diabetes dan buah pinggang. Gangguan lain termasuk kegagalan jantung, asma dan apnea tidur atau gangguan pernafasan sewaktu tidur. Sebenarnya ia boleh diatasi dan dicegah.
1. Makan sayur buah terung.
Boleh dimasak dalam bentuk kari atau sebagainya. Terung dapat melenakan mata dan mempercepatkan badan untuk rasa pasif.
2. Makan pisang dan minum susu hangat.
Kalau boleh tambahkan madu supaya dapat membuatkan perut selesa dan mata mudah lena.
.
3. Jangan suka mengeluh dan banyak berfikir.
Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
.
4. Jangan merokok atau minum kafein.
Ia menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah laju dan sukar berehat.
.
5. Jangan tengok jam, kerana anda akan berasa risau jika tidak tidur. tenangkan diri dan tidur seperti biasa.
6. Paling penting: JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’.
Katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.
Sumber : Pesan Ibu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh apabila kita tak sedar akan kepentingannya. Bro, tahu tak bahawa buah pinggang merupakan antara organ yang paling penting dalam badan kita kerana ia berfungsi untuk menapis segala kekotoran seperti toksin?
Toksin boleh menjadi bahaya di mana jika tidak dikeluarkan boleh memudaratkan kesihatan.Apabila toksin keluar melalui perkumuhan, maka seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sihat untuk jangka masa yang lama. Sebab itu, pentingnya kita menjaga kesihatan buah pinggang.
Minum Air Mencukupi
Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
Elak Junk Food
Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
Elak Minuman Berperisa
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
NO Minuman Berkarbonat
Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimumkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
Jangan Makan Ayam & Daging Berlebihan
Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Definisi lelaki sejati bukan sahaja diukur melalui akhlak, tetapi juga atas segak keperibadiannya. Tidak hanya berbekalan raut kacak, tubuh sihat dan tegap memberikan ‘markah tambahan’ kepada jejaka ini.
“DULU BERAT SAYA 109KG…”
“Aspek kecergasan dan kesihatan tubuh badan memang dititikberatkan. Walaupun sudah bekerjaya, mana mungkin saya tangguhkan urusan yang melibatkan fizikal”, itu pembuka bicara Faruq kepada penulis.
“ Sewaktu belajar dahulu, saya boleh dikatakan sangat gemuk. Berat badan saya pula hampir 109 kg. Serik dan asyik menjadi bahan sindiran, saya tetapkan pendirian, kuatkan azam dan segera turunkan berat badan”.
Namun, kejayaan tidakkan bertanda jika tiada diduga. Ujar Faruq, usaha kerasnya berjaya namun malangnya hasilnya pula terlampau ketara.
“ Akibat terlalu teruja ingin menurunkan berat badan, tubuh saya pula menjadi tersangat kurus sehingga mengundang perlian. Pernah juga saya dituduh rakan mengambil dadah dan sebagainya. Tanpa menoleh ke belakang, saya tetapkan semula sasaran, kembali bersenam, menjaga pemakanan dan hasilnya tubuh saya semakin sihat, cergas dan mula membentuk”.
Puas hati dengan bentuk tubuh sekarang? Usik penulis, lantas Faruq menjawab, “Mana mungkin. Pastinya saya akan teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh lebih berstamina dan berotot. Sehingga kini, tidak, saya masih belum berpuas hati”, ujar Faruq.
AKTIF DENGAN AKTIVITI LUAR SELEPAS BERGELAR AYAH Melihat pada trend masa kini, Faruq antara golongan muda yang menjadikan gim tempat untuk memperkasakan tubuhnya.
“Menjadi kebiasaan, sementelah tamat bertugas pastinya saya akan ke gim. Selain itu, saya juga tidak lokek menjalani pelbagai aktiviti outdoor yang terbukti menyihatkan. Antaranya berjoging, berenang dan bermain ragbi. Walaupun kini sibuk menguruskan keluarga, saya tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Saya juga turut menggunakan kelebihan teknologi kini dalam mempelajari selok-belok penjagaan badan melalui tutorial video di Internet. Secara peribadi, saya sering menjadikan video ScottHermanFitness dan RJ Riches Fitness sebagai rujukan. Saya mengakui majalah Maskulin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup saya sehingga sekarang”, jelas Faruq lagi.
“Apa pula nasihat mahupun tip dari Faruq buat mereka yang berazam miliki tubuh persis Faruq?”, tanya penulis.
‘Bagi saya, motivasi itu penting. Semangat kenalah kuat dan janganlah sekadar ingin mencuba. Tetapkan sasaran dengan usaha berterusan pasti menjamin hasil diinginkan”, ujar Faruq yakin.
PERUBAHAN SELEPAS BERGELAR AYAH
Perubahan hidup itu lebih kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membentuk dan mendidik anak. Di samping mahu mencari rezeki demi menyara keluarga. Tak boleh nak selfish lagi sebab whatever happen, family comes first. Rasa macam lebih energetic untuk cari sumber pendapatan and fullfill keperluan. Dari segi emosi tu rasa macam lebih bahagia sebab ada someone else yang valuable selain isteri.
RUTIN KESIHATAN?
Dari segi rutin kesihatan tu masih maintain seperti selalu. At least 3 to 4 times / week dekat gym. Sibuk tu memang lah sibuk dengan kerja dan belajar fulltime. Tapi saya full utilize my free time waktu kerja untuk selit-selit masa ke gimnasium.
MASA BERSENAM?
biasanya lunch hour sebab time ni gym tak ramai.
RAMAI LELAKI LEPAS KAHWIN TAK JAGA PENAMPILAN DIRI, PANDANGAN ANDA?
Pandangan saya benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab ia macam satu kerugian. Kalau dulu gigih bertahun-tahun workout dan dapat hasil badan idaman, spend masa dan duit. Then lepas kawin kita abaikan usaha macam itu sahaja. Tambahan bila dah jadi seorang suami dan bapa kita kena kekal cergas dan sihat especially untuk cari rezeki demi keluarga. And one most important things, takkan suami je nak isteri cantik untuk anda kan? Suami juga harus berusaha untuk maintain penampilan macam masa bercinta dulu.
Lelaki ni bila dah kahwin pun ramai yang malas nak jejak gym, sebabnya mungkin mereka rasa bila dah kahwin ni tak perlu untuk jaga penampilan sebab dah ada isteri yang mungkin tak kisah penampilan diorang. Kalau dulu masa single kena sentiasa look fit and attractive sebab nak dapatkan perhatian org. Tapi bila dah kahwin ni mungkin pada pandangan mereka ” siapa je nak tengok aku sekarang?” And lagi satu mungkin juga faktor masa dan penat. So macam biasa alasan “tiada masa nak ke gym” tapi hakikatnya homeworkout pun terbukti berkesan kalau konsisten.
JADI DADDY HOT, LEBIH BANYAK POSITIF ATAU NEGATIF?
pada saya ia lebih kepada positif sebab ia boleh dijadikan faktor penyumbang untuk kekalkan keyakinan diri. Di samping boleh jadi contoh ikutan pasangan dan anak. Kalau bab negatif tu, mungkin individu tu ada niat yang lain kot.
PROFIL
Nama penuh: Faruq Fadhullah B Kamal Baharom
Adik beradik: Sulung dari 4 orang adik beradik
Tempat lahir: Klang
Tarikh lahir: 25 Julai
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya
Idola bidang kecergasan: Scott Herman
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.